PENYANYI ERA 90-AN, AZREEN MANAN, MENINGGAL DUNIA

Penyanyi era 90’an, Azreen Manan yang menderita kanser serviks tahap akhir, telah  meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) sekitar jam 1.06 tengahari tadi.

PENYANYI era 90’an, Azreen Manan yang menderita kanser serviks tahap akhir, telah  meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) sekitar jam 1.06 tengahari tadi.

Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh suami Azreen, Shah, kepada sebuah akhbar.

Difahamkan Azreen atau nama sebenarnya Azrina Abdul Manan, 41, sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang ovari dua tahun lepas. Namun kanser kembali menyerang pada awal tahun lalu.

Pelakon Erra Fazira yang juga rakan kepada Azreen turut terkesan dengan pemergian tersebut dan meluahkan perasaannya yang tidak sempat bertemu Azreen buat kali terakhir, di laman Instagramnya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… adinda kesayangan ramai Azreen Manan telah kembali menemui Sang Pencipta. Maaf adikku.. tak sempat kakak menziarahmu di saat-saaat terakhir hayat mu.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa- dosa adinda Azreen selama hayatnya ada. Moga Kau tempatkan beliau di kalangan hambaMu yang soleh dan solehah.

Kategori
Hiburan