NO CUKUR-CUKUR DAH

Noorkhiriah Ahmad Shapie yang viral kerana sup bunjut dalam drama Nur mengakui menyesal dengan tindakannya mencukur kening ketika zaman yang disifatkannya sendiri sebagai zaman jahiliahnya.

PELAKON Noorkhiriah Ahmad Shapie yang viral kerana sup bunjut dalam drama Nur mengakui menyesal dengan tindakannya mencukur kening ketika zaman yang disifatkannya sendiri sebagai zaman jahiliahnya.

Noorkhiriah berkata begitu setelah ada peminat yang bertanyakan mengenai keningnya melalui Instagram dan lantas pelakon berbakat besar ini memberi jawapan yang jujur.

“Ya dik, dulu akak cukur kening akak. Tapi sekarang tak. Macam ni tengok, kening akak, dia memang tak nak tumbuh.

“Zaman akak jahiliah dulu memang akak cukur, but nowadays no more. No more cukur-cukur. Menyesal uols,” kata Noorkhiriah dalam video tersebut.

Kategori
Hiburan