NABILA RINDU AYAH

Nabila Huda mendedahkan sudah tiga tahun dia tidak bertemu bapanya, yang juga merupakan penyanyi rock terkenal, Amy Search.

PELAKON Nabila Huda mendedahkan sudah tiga tahun dia tidak bertemu bapanya, yang juga merupakan penyanyi rock terkenal, Amy Search.

Tidak menafikan hubungan mereka agak dingin semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Nabila, 34, mengakui cukup merinduinya bapanya itu.

“Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa… Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya,” kata Nabila sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar.

Pelakon KL Gangster Underworld ini bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar kejadian tesrebut berlaku.

Namun pada Jun lalu, Nabila pernah memuat naik beberapa status di InstaStory yang meluahkan perasaannya berhubung masalah itu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Norish.

Kategori
Hiburan