HAQIEM RUSLI PANAS DENGAN NOH HUJAN?

keterujaan peminat band Hujan meraikan persembahan kumpulan tersebut bersempena Love Suria Charity pada Sabtu semalam, peminat Haqiem Rusli pula sebaliknya.

DALAM keterujaan peminat band Hujan meraikan persembahan kumpulan tersebut bersempena Love Suria Charity pada Sabtu semalam, peminat Haqiem Rusli pula sebaliknya.

Difahamkan ia berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan vokalis Hujan, Noh, ketika membuat persembahan dengan memetik nama penyanyi kesayangan mereka dengan ayat disifatkan kasar dan tidak sesuai.

Salah seorang peminat dan juga penonton yang hadir ketika persembahan tersebut berlangsung telah berkongsi petikan video persembahan tersebut yang menyaksikan Noh memetik nama Haqiem Rusli.

“Buktikan bahawa independent boleh tapau mainstream. Pergi m****s Haqiem Rusli,” ucap Noh bersahaja.

Kategori
Hiburan