HARGA MINYAK MENTAH DUNIA TERUS MEROSOT

Brent jatuh hampir sembilan peratus sejak mencapai paras tinggi AS$79 minggu lalu berikutan pengeluaran lebih tinggi dari Arab Saudi dan anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) selain Russia dan AS.

LONDON: Harga minyak terus merosot semalam selepas data rasmi menunjukkan peningkatan stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) luar jangka, selain penambahan dalam output AS dan pengeluaran pengeksport minyak utama.

Penanda aras minyak mentah antarabangsa, Brent susut 40 cents pada AS$72.50 setong pada 0740 GMT.

Sementara minyak mentah AS 20 cents lebih rendah pada AS$68.56.

Brent jatuh hampir sembilan peratus sejak mencapai paras tinggi AS$79 minggu lalu berikutan pengeluaran lebih tinggi dari Arab Saudi dan anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) selain Russia dan AS.

“Prospek kekal negatif,” kata Penganalisis Teknikal PVM Oil Associates, Robin Bieber.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS pada Rabu berkata, bagi kali pertama, pengeluaran minyak mentah AS mencecah 11 juta tong sehari (bpd).

Negara berkenaan telah meningkatkan pengeluaran hampir satu juta bpd sejak November, berikutan peningkatan drastik dalam penggerudian syal.

 

Kategori
Ekonomi