Ciri-ciri LGBT dalam akhbar di Malaysia jadi berita antarabangsa

Antara penerbitan yang melaporkannya semula ialah The Guardian, Washington Post, Evening Standard, UK, Huffington Post, news.com.au, NZ Herald dan beberapa yang lain.

Artikel Akbar Malaysia berhubung homoseksual dan bagaimana untuk mengenali golongan itu, termasuk mereka yang suka ke gym – bukan untuk bersenam tetapi lebih kepada melihat lelaki lain – dan memakai baju ketat untuk tunjuk six pack (otot perut), telah menjadi berita antarabangsa.

Beberapa penerbitan asing memetik laporan itu, yang turut mengundang bidasan daripada pelbagai pihak.

Antara penerbitan yang melaporkannya semula ialah The GuardianWashington PostEvening Standard, UKHuffington Postnews.com.auNZ Herald dan beberapa yang lain.

Menurut laporan Akbar Malaysia yang lalu, lelaki gay, antara lain, gemar menimpan janggut dan misai dan memakai pakaian berjenama.

“Bagi gay yang berperanan sebagai perempuan pula, mereka suka melihat lelaki kacak (biasanya mata membulat apabila melihat lelaki kacak,” petik laporan itu.

Bagi golongan lesbian pula, akhbar Melayu itu berkata, mereka membenci lelaki dan suka memburukkan lelaki, suka menyendiri, kuat cemburu, berjalan berpelukan dan berpegangan tangan sesama mereka.

Akbar Malaysia itu juga memetik seorang pendakwah, Ustaz Hanafiah Abd Malek sebagai berpandangan, masalah Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) semakin ketara di Malaysia.

 

Kategori
BeritaDuniaRencana