Rangkuman Berita Malaysia 19 Mei 2017

Rangkuman Berita Malaysia bertarikh 19 Mei 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Gambar Lokasi Menarik Oleh Penggiat Media Sosial Mampu Tingatkan Industri Pelancongan Negara – Najib

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Gambar-gambar lokasi dan tempat menarik dalam negara yang dikongsi oleh para penggiat media sosial dapat membantu menaikkan populariti serta meningkatkan industri pelancongan tempatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap Negara Yang Boikot Minyak Sawit – PM Najib

KUALA SELANGOR, 18 Mei (Bernama) — Malaysia dan Indonesia akan bertindak balas terhadap negara-negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak sawit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan Cadang Laksana Program Bantuan Makanan Untuk Golongan Miskin Bandar – TPM

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Kerajaan bercadang melaksanakan program bantuan makanan kepada golongan miskin bandar melibatkan pelbagai kementerian melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan menyediakan makanan sejuk beku untuk golongan miskin tegar bandar.

Kaji 3 Elemen Sumbang Kenaikan Kos Sara Hidup Untuk Tangani Isu Kemiskinan Bandar

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Elemen yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di bandar khususnya yang melibatkan barang makanan, perumahan dan pengangkutan perlu dikaji terlebih dahulu bagi menangani isu kemiskinan bandar secara komprehensif dan berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Negara

PM Lawat Abdul Hadi Di IJN

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa.

Arab Saudi Larang Umrah Do-it-yourself (DIY)

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak melaksanakan ibadah umrah secara persendirian atau ‘Do it Yourself’ (DIY) kerana ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi.

SPRM Rampas RM800,000 Dari Rumah Koperal

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 dari stor rumah seorang Koperal di Melaka.

Proses Tapisan Pengambilan Penjawat Awam Mungkin Perlu Ditambah Baik Bagi Elak Rasuah – Ali Hamsa

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Proses tapisan bagi pengambilan penjawat awam mungkin perlu ditambah baik bagi mengelak sebarang aktiviti rasuah ketika berada dalam perkhidmatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Rosmah Lancar Sistem Permata Q, Jamin Kualiti Kurikulum Permata Negara

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Sistem Jaminan Kualiti Permata Negara (Permata Q) bertujuan bagi menilai keberkesanan kurikulum Permata Negara yang dilaksanakan taman asuhan kanak-kanak (taska) kelolaan agensi kerajaan dan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Belajar Bagaimana Jepun Tidak Bergantung Kepada Pekerja Asing

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Malaysia perlu belajar daripada pengalaman Jepun dalam menjadi negara maju tanpa bergantung kepada pekerja asing walaupun melakukan pekerjaan yang kotor, bahaya dan sukar, kata pakar pengurusan sisa Dr Theng Lee Chong.

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Kekecohan Dialog TN50 Di Seri Perdana

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, di sini semalam.

KETTHA Kenal Pasti 10 Sungai Untuk Dibina Laluan Pejalan Kaki

NILAI, 18 Mei (Bernama) — Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) telah mengenal pasti 10 sungai yang akan dibina trek pejalan kaki dalam usaha memelihara dan memulihara kebersihan sungai sebagai sumber air.

150 Produk Bernilai RM155 Juta Di Bawah MOSTI Berjaya Dikomersialkan

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjaya mengkomersialkan 150 produk berinovasi yang dihasilkan oleh rakyat tempatan bernilai RM155 juta pada tahun lepas, menepati sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2016.

JITU, JPA Sedia Garis Paduan Dan Arahan Mengenai Penajaan Bagi Penjawat Awam – Low

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyediakan satu set garis panduan dan arahan mengenai penajaan oleh sektor swasta kepada kakitangan awam untuk membendung percanggahan kepentingan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Usaha Pembangkang Sabotaj Ekonomi Sia-sia, Lebih Banyak Pelaburan Diterima M\’sia – Azalina

KOTA TINGGI, 18 Mei (Bernama) — Usaha pembangkang yang beberapa kali cuba mensabotaj ekonomi serta menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata sia-sia apabila lebih banyak pelaburan diterima Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pindaan Akta Kerja 1955 Akan Dibentang Di Parlimen Januari Depan

NILAI, 18 Mei (Bernama) — Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan.

Hubungan Dua Hala Malaysia- Singapura Di Kemuncaknya- Rahman Dahlan

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) — Hubungan dua hala Malaysia dan Singapura kini berada di kemuncaknya di bawah kepimpinan bijaksana dan pendekatan “diplomasi durian” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Rakyat Disaran Manfaat Program Jelajah TN50 – KSN

SHAH ALAM, 18 Mei (Bernama) — Rakyat daripada pelbagai peringkat disaran memanfaatkan program siri jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan berkongsi cadangan dan pendapat supaya dasar kerajaan dapat direalisasikan menjelang 2050.

Negeri

Kempen kesedaran jenayah Siber di Jakel Mall Sabtu Ini

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman akan mengadakan Kempen Kesedaran Jenayah Siber bersempena sambutan Hari Polis ke-210 di Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah di sini, Sabtu ini.

Insiden Tampar: PTVM Mohon Maaf Bagi Pihak MIG, David

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) hari ini memohon maaf bagi pihak anggotanya, Metroweatlh (MIG) Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutifnya David Teo yang didakwa bersikap biadap semasa sesi dialog program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Perdana Menteri semalam.

Pelajar OKU Lakar Kejayaan Dalam STPM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) membuktikan kecacatan bukan halangan untuk beliau melakar kejayaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Potong Markah Penjawat Awam Merokok Di Premis Kerajaan – Mohamad Hasan

SEREMBAN, 18 Mei (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam kalangan penjawat awam di negeri ini adalah mereka yang tidak merokok.

Usahawan Online Diingatkan Waspada Ancaman Siber – MARA

SEREMBAN, 18 Mei (Bernama) — Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menjalankan perniagaan dalam talian dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan perniagaan daripada dicerobohi pihak tertentu menerusi pelbagai serangan siber.

Kerajaan Negeri Serah Kepada Pihak Berkuasa Hapus Kegiatan Judi Haram Di Melaka

MELAKA,18 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menghapuskan kegiatan judi haram yang terdapat di negeri Melaka, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Kerajaan Pertimbang Tambah Peruntukan TVET Dalam Bajet 2018

SIK, 18 Mei (Bernama) — Kerajaan mempertimbang menambah peruntukan untuk sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam bajet 2018 yang akan dibentang pada Oktober ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

16,000 Pengerusi JKKK Akan Guna Sistem E-tadbir Urus Desa

ALOR SETAR, 18 Mei (Bernama) — Semua 16,000 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara akan menggunakan sistem baharu dalam talian iaitu e-tadbir urus desa tidak lama lagi, bagi memudahkan penyediaan serta penyampaian laporan dan minit mesyuarat di peringkat kampung.

Kesedaran Ibu Bapa Benarkan Anak Jalani Ujian Talasemia Masih Rendah

ALOR SETAR, 18 Mei (Bernama) — Sasaran mengurangkan 95 peratus kelahiran pesakit talasemia menjelang 2040 sukar dicapai sekiranya kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya membenarkan anak mereka menjalani ujian penyakit itu di negeri ini masih rendah.

Eksesais Air Thamal Malaysia-Thailand Dipertingkat – TUDM

BUTTERWORTH, 18 Mei (Bernama) — Eksesais Air Thamal antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) akan dipertingkat bagi memastikan hubungan dua hala antara kedua-dua negara sentiasa berada di tahap yang membanggakan.

Jangan Sertai Perhimpunan Di Kuil Hindu Ahad Ini – Polis

KEPALA BATAS, 18 Mei (Bernama) — Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini.

Kesetiaan Anggota Polis Dihargai–MB Perak

KUALA KANGSAR, 18 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri Perak tidak melupakan semangat kesetiaan yang ditunjukkan anggota polis dalam memberikan khidmat kepada rakyat dan kerajaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

RM571 Juta Bangunkan Infrastruktur Kawasan NKEA Pertanian Seluruh Negara Sejak 2012

PASIR SALAK, 18 Mei (Bernama) — Kerajaan membelanjakan RM571 juta untuk pembangunan infrastruktur kawasan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di seluruh negara sejak tahun 2012 sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Pembekal, Pengusaha Tempatan Diberi Keutamaan Sepanjang Ramadan – Tajuddin

PASIR SALAK, 18 Mei (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan pembekal dan pengusaha tempatan diberi keutamaan dari segi pembekalan barangan sepanjang Ramadan ini.

Polis Terima Enam Laporan Kes Buli Di MRSM Parit

PARIT, 18 Mei (Bernama) — Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini menjadi mangsa buli apabila dipukul oleh 10 senior mereka kerana mangsa enggan meminjamkan kasut bola, awal bulan ini.

Ujian Perisian Komputer Mampu Jana Ekonomi Negara

KUANTAN,18 Mei (Bernama) — Ujian dan pembangunan perisian komputer memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara apabila Malaysia menjadi hab bagi program-program seperti itu.

Graduan Berkemahiran Giatmara Penuhi Kehendak Industri

KOTA BHARU, 18 Mei (Bernama) — GiatMara berhasrat melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran bagi memenuhi keperluan pihak industri di negara ini, kata Pengerusinya Datuk Azian Osman.

RM10 Juta Bantu Belia Berniaga – Kesedar

GUA MUSANG, 18 Mei (Bernama) — Sejumlah RM10 juta dibelanjakan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi membantu 241 belia di kawasan Kelantan Selatan menceburi bidang perniagaan, sejak 10 tahun lepas.

MB Terengganu Bakal Saman Akhbar, Siar Isu Tanpa Usul Periksa

KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) — Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bakal menyaman wartawan dan sebuah syarikat akhbar yang menimbulkan isu pokok benang sutera berharga RM180,000 yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus.

Pengusaha Industri Perlu Tingkat Tanggungjawab Jaga Keselamatan Pekerja

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Bernama) — Pengusaha industri digesa memikul tanggungjawab mematuhi semua peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan terhadap mereka terutamanya berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sabah/Sarawak

Lebih 7,000 Aduan Berkaitan Telekomunikasi, Kandungan Media Baharu Diterima

KOTA KINABALU, 18 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) menerima sebanyak 7,837 aduan berkaitan telekomunikasi dan isu kandungan media baharu pada suku pertama tahun ini.

Bantu Kerajaan Penuhi Keperluan Kumpulan Terpinggir – Musa

KOTA KINABALU, 18 Mei (Bernama) — Semua pihak berkepentingan pendidikan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu membantu kerajaan menyediakan keperluan kepada kumpulan yang terpinggir, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Pesta Kaamatan Galak Pelancongan Sabah

KINABATANGAN, 18 Mei (Bernama) — Sambutan pesta menuai, Pesta Kaamatan di Sabah dapat menggalakkan sektor pelancongan di negeri ini kerana ia merupakan satu daya penarik kehadiran pelancong asing dan domestik , kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sarawak Sasar Lima Juta Ketibaan Pelancong Tahun Ini, Resit Pelancongan RM8.98 Juta

KUCHING, 18 Mei (Bernama) — Sarawak menyasarkan menarik ketibaan lima juta pelancong tahun ini dengan anggaran RM8.98 juta bagi resit pelancongan.

Sarawak Rancang Anjur Acara Sukan Berperingkat Tinggi – Abd Karim

KUCHING, 18 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri bercadang menganjurkan lebih banyak acara sukan berperingkat tinggi bagi membolehkan atletnya mendapat pendedahan dan menimba pengalaman sebagai usaha untuk menjadi kuasa besar sukan negara.

Dewan Sarawak: Saya Masih Menentukan Skop Terperinci Tugas Dan Tanggungjawab – Talib Zulpilip

KUCHING, 18 Mei (Bernama) — Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip yang bertanggungjawab bagi integriti dan ombudsman berkata beliau “masih dalam proses menentukan skop terperinci tugas dan tanggungjawab.”

Sarawak Perlu RM17 Biilon Laksana Program Bekalan Air

KUCHING, 18 Mei (Bernama) — Sarawak memerlukan kira-kira RM17 bilion untuk melaksanakan pelbagai program bekalan air di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan 12.

Lebih 1,000 Pekerjaan Ditawar Di Job Fair Sarawak Di UTC Kuching Sabtu Ini

KUCHING, 18 Mei (Bernama) — Orang ramai khususnya yang sedang mencari kerja dijemput menghadiri Job Fair@UTC Sarawak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Bukit Mata di sini Sabtu ini, yang dijangka menawarkan 1,178 pekerjaan kepada mereka yang layak dan berminat.

Kerajaan Peruntuk RM2 Juta Bina Tukun Tiruan Di Perairan Labuan

LABUAN, 18 Mei (Bernama) — Kerajaan memperuntuk hampir RM2 juta untuk membina 11 tukun tiruan yaang diletak di tujuh kawasan di sekitar perairan Labuan.

Isu  Berterusan

Bekas Pengurus Syarikat Didakwa Kemuka Dokumen Pesanan Pembelian Palsu Bernilai RM50.9 Juta

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Bernama) — Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 27 pertuduhan mengemukakan dokumen pesanan pembelian palsu untuk resin plastik berjumlah RM50.9 juta, dua tahun lalu.

Tujuh Individu Termasuk Wadar Penjara, Polis Dan Kontraktor Dituduh Berkaitan Rasuah

KOTA BHARU, 18 Mei (Bernama) — Tujuh individu termasuk wadar penjara, polis dan kontraktor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan berkaitan rasuah.

Jenayah

25 Warga China, Taiwan Ditahan Dipercayai Terlibat ‘Macau Scam’

Geng Aunty Edar Dadah Di Salon Tumpas

Sembilan Anggota Geng Koki Diberkas, Tujuh Kes Samun Selesai

Lelaki Malaysia Ditahan, 250g Ice Dirampas Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Politik

Anggota Exco Dan ADUN PAS Akan Terus Berkhidmat Untuk Rakyat, PAS Selangor

SHAH ALAM, 18 Mei (Bernama) — PAS Selangor akur dengan ketetapan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat supaya tiga anggota Exco parti itu terus kekal dalam pentabdiran kerajaan negeri, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasbullah Ridzwan.

Sokong Calon BN Demi Pembangunan – MCA Negeri Sembilan

SEREMBAN, 18 Mei (Bernama) — Penduduk di kawasan Parlimen Seremban diminta terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) demi kelestarian pembangunan dan kebajikan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PH Belum Muktamadkan Pembahagian Kerusi Di Johor – Muhyiddin

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Bernama) — Pembahagian kerusi pilihan raya di Johor bagi Pilihan Raya Umum akan datang dalam kalangan parti yang menganggotai Pakatan Harapan (PH) masih belum dimuktamadkan walaupun terdapat perbincangan mengenainya hari ini, kata Presiden Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jangan Pilih Personaliti Sahaja, Pilih Parti Yang Miliki Rekod Baik

SEMPORNA, 18 Mei (Bernama) — Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran mengingatkan pengundi agar tidak memilih personaliti semata-mata tetapi turut mengambil kira parti yang diwakili calon itu mempunyai rekod terbaik mentadbir negara khususnya Sabah.

PAS Putus Tiga Exco Kekal Dalam Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengadakan mesyuarat khas hari ini memutuskan tiga Exco parti itu kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor tanpa perlu meletak jawatan.

PFP Sedia Tanding 13 Kerusi DUN Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 18 Mei (Bernama) — Penang Front Party (PFP), sebuah parti politik yang ditubuhkan September lepas, sedia untuk bertanding sekurang-kurangnya di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sukan

Mohammed Ghaddar SAH bersama JDT

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Bernama) — Penyerang import, Mohammed Ghaddar hari ini secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menandatangani kontrak menyertai skuad Harimau Selatan itu.

Abou Bakr Al-Mel Sah Milik Pasukan Kelantan

KOTA BHARU, 18 Mei (Bernama) — Penyerang skuad kebangsaan Lebanon, Abou Bakr Al-Mel sah milik pasukan Kelantan bagi menggantikan penyerang import yang juga rakan senegaranya, Mohammed Ghaddar yang menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

FAP Intai Pemain Timur Tengah, Afrika

GEORGE TOWN, 18 Mei (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua pemain import, masing-masing dari Timur Tengah dan Afrika, bagi memantapkan cabaran pasukan itu dalam baki saingan Liga Super.

Makaf Sasar Enam Pingat Emas Sukan SEA 2017

SEREMBAN, 18 Mei (Bernama) — Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) meletakkan sasaran sekurang-kurangnya enam pingat emas dalam Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos ini.

Kategori
Rangkuman Berita