Rangkuman Berita Malaysia 19 Julai 2017

Rangkuman Berita Bertarikh 19 Julai 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

TN50 Sediakan Rakyat Hadapi Revolusi Perindustrian Keempat – PM Najib

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.

Generasi Kedua, Ketiga Felda Perlu Ada Semangat Kepenerokaan Tinggi

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Generasi kedua dan ketiga Felda perlu mempunyai semangat kepenerokaan atau jati diri yang tinggi supaya mereka tidak mudah mengaku kalah apabila berdepan apa juga cabaran dan dugaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia Bukan Negara Gagal – PM Najib

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara gagal sama ada dalam aspek pembangunan Islam atau kemudahan infrastruktur untuk rakyat.

Kerajaan Kaji Tuntutan Komuniti India Muslim Sebagai Bumiputera – PM

SERDANG, 18 Julai (Bernama) — Kerajaan akan mengkaji secara mendalam untuk menerima tuntutan komuniti India Muslim untuk diiktirafkan sebagai Bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesemua Sistem Imigresen Bakal Diintegrasikan Di Bawah SKIN

CYBERJAYA, 18 Julai (Bernama) — Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bakal mengintegrasikan semua sistem imigresen sedia ada termasuk Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang akan dilaksana sepenuhnya pada 2021, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peserta Parlimen Mahasiswa Boleh Diangkat Jadi Calon – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Peserta Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 boleh diangkat menjadi calon pilihan raya berdasarkan kualiti perbahasan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan Isu Rakyat – Ahmad Zahid

CYBERJAYA, 18 Julai (Bernama) — Kebanyakan isu ditonjolkan pada persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini adalah isu yang dekat di hati rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Negara

Berita Gembira Menanti Warga FELDA

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membawa berita gembira buat warga FELDA semasa perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 di sini, Ahad ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Sistem Tiket Bersepadu Rel Menjelang Akhir Tahun – Liow

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan rel di negara ini dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tiada Jangkitan Virus Rabies Di Melaka – Dr Subramaniam

BERA, 18 Julai (Bernama) — Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila atau virus rabies di Melaka.

Kementerian Sumber Manusia Pastikan Kadar Pengangguran Tidak Meningkat

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia akan memastikan kadar pengangguran di Malaysia tidak meningkat sehingga mencecah empat peratus, kata Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Wujud Senarai Kontraktor Berwibawa, Berkebolehan Bina Hospital – Dr Subramaniam

BERA, 18 Julai (Bernama) — Kementerian Kesihatan bercadang mewujudkan senarai kontraktor berwibawa dan berkebolehan dalam membina hospital bagi mengelak berlaku masalah terbengkalai, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

TN50 Cadang Program PLKN Sebanyak Tiga Kali

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Cadangan mewajibkan setiap anak muda menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebanyak tiga kali pada umur 12, 15 dan 17 tahun, merupakan antara perkara yang dikemukakan oleh Kumpulan Masa Depan Transformasi Nasional (TN50).

SPR Terima 214,118 Permohonan Pendaftaran Pemilih Suku Kedua 2017

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 214,118 permohonan pendaftaran sebagai pemilih dalam urusan pendaftaran pemilihan suku kedua (April, Mei dan Jun) tahun ini (2017).

Majikan Wajib Beri Hari Kelepasan Am Berbayar 9 Sept – Riot

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Kerajaan menetapkan majikan wajib memberi hari kelepasan am berbayar kepada pekerja seluruh negara pada 9 Sept ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

Anggota Parlimen Mahasiswa Perlu Tampil Kehebatan Kepemimpinan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Peserta Parlimen Mahasiswa perlu merebut peluang menampilkan kepimpinan mereka di dalam dewan kerana mereka ‘diintai’ sebagai pelapis calon pilihan raya, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

4,824 Terumbu Karang Ditanam Di Pantai Salang Dalam Tempoh 60 Minit

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Sebanyak 4,824 terumbu karang ditanam dalam masa 60 minit di Pantai Salang, Pulau Tioman Ahad Lepas sekali gus memecah rekod 3,040 yang dicipta Lembaga Hasil Dalam Negeri pada Januari 2014 di Pulau Manukan, Sabah.

Agong Perkenan Penubuhan Suruhanjaya Siasat Kes Kerugian Bank Negara – Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, menurut Pejabat Perdana Menteri.

1,600 Pegawai JKM Diberi Kuasa Keluar EPO – Rohani

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Kira-kira 1,600 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberi kuasa untuk mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) bagi memberi pelindungan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Wujudkan Sistem ‘e-Pensyarah’ Tingkat Mutu Universiti Kurang Prestasi – Parlimen Mahasiswa

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mewujudkan sistem ‘e-Pensyarah’ bagi membolehkan pensyarah berpengalaman dari universiti penyelidikan mencurah khidmat mereka di universiti yang kurang berprestasi.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 Dikuat Kuasa – Shabery

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang bertujuan memastikan pemilik haiwan bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dikuatkuasakan sejak 1 Julai lalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

SMK Bukit Rahman Putra Jadi Sekolah Rintis PIMA

SUNGAI BULOH, 18 Julai (Bernama) — Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra di sini dipilih sebagai sekolah rintis bagi Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) yang bertujuan melahirkan modal insan berkemahiran dan bersedia untuk menyertai pasaran kerja.

Syarikat IT Digesa Manfaatkan Dana MOSTI – Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa syarikat teknologi maklumat di negara ini supaya memanfaatkan dana yang diperuntukkan melalui Smart Challenge Fund (SMART Fund).

Negeri

Kadar Buruh Naik, Pengangguran Kekal Pada Mei 2017

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Kadar penyertaan tenaga buruh pada Mei tahun ini meningkat 0.1 peratus kepada 67.8 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin.

Pendeposit SSPN-i Boleh Lakukan Transaksi Di ATM Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Pendeposit SSPN-i kini boleh melakukan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automastik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan khidmat ‘cash-in and cash-out’ (CICO) Bank Rakyat di seluruh negara.

5,000 Pelatih Daftar PLKN Setakat Ini – JLKN

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Kira-kira 5,000 pelatih telah melapor diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 14/2017 setakat ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohamed Asri Yusof.

50,000 Unit Pakaian Edisi Khas Sukan SEA Mula Dijual

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Peminat sukan berpeluang memiliki unit pakaian edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur , sebagai ‘ole-ole’ kenangan temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung 14 hingga 30 Ogos ini .

Kes Kereta Pajak Gadai: Polis Nafi Tuduhan PPIM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap aduan mangsa kereta pajak gadai di sebuah syarikat kenderaan.

Perairan Negara Miliki 1.8 Juta Tan Ikan, Cukup Tampung Keperluan

GEORGE TOWN, 18 Julai (Bernama) — Kajian Jabatan Perikanan Malaysia mendapati kawasan perairan negara mempunyai 1.8 juta tan ikan laut dengan nilai semasa RM18 bilion dan mencukupi untuk menampung bekalan penduduk Malaysia.

Jamuan Aidilfitri Warga Kerja KKMM Kedah Meriah

ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah antara tetamu yang memeriahkan Majlis Jamuan Aidilfitri jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Kedah di perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Kedah Tumpas Sindiket Tebang Hutan Secara Haram

ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) — Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menumpaskan sindiket penebangan hutan secara haram dan merampas 25 batang balak jenis meranti bernilai kira-kira RM100,000 di Kompartmen 28 Hutan Simpan Gunung Bongsu di Kulim pada 13 dan 14 Julai lepas.

Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai

IPOH, 18 Julai (Bernama) — Seorang penghantar barangan ‘runner’ bergegas membawa 73 borang tender yang dikirim pelbagai pihak daripada Selangor untuk mendapatkan plat pendaftaran kenderaan negeri Perak ‘AKU’ di sini.

Rang Daftar Pemilih Tambahan Dipamer Mulai Esok

IPOH, 18 Julai (Bernama) — Orang ramai yang mendaftar sebagai pemilih baharu pada April lepas hingga Jun atau menukar alamat, boleh menyemak nama mereka dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Kedua Tahun 2017 yang akan dipamerkan bermula esok.

Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan

GUA MUSANG, 18 Julai (Bernama) — Masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil di sini sejak 30 tahun lepas, bakal diatasi melalui projek khas bernilai RM4.8 juta awal tahun depan.

Terengganu Belum Bercadang Bantu Penuntut IPG Dalam Isu Penarikan Elaun

KUALA TERENGGANU, 18 Julai (Bernama) ? Kerajaan negeri belum bercadang membantu penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) negeri ini berhubung penarikan elaun bagi pelajar baharu ambilan Jun 2018 yang menyambung pengajian ke peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

35% Aduan Selesai Dalam Enam Bulan Pertama – Suhakam

PEKAN, 18 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berjaya menyelesaikan sebanyak 35 peratus daripada 330 aduan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Razali Ismail.

Kastam Rampas Rokok Seludup Nilai Cukai RM7 Juta

SEREMBAN, 18 Julai (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas 8.98 juta batang rokok seludup jenama ‘SAAT’ dengan nilai cukai RM7 juta, iaitu rampasan terbesar di negeri ini bagi tahun ini.

ADUN Lenggeng Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

SEREMBAN, 19 Julai (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Datuk Ishak Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah pada kira-kira 11.25 Selasa malam.

Penyediaan RTMVV 2045 Ambil Masa 12 Bulan Sehingga Jun 2018

PORT DICKSON, 18 Julai (Bernama) — Penyediaan Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley (RTMVV) 2045 akan mengambil masa 12 bulan bermula bulan ini sehingga Jun 2018, kata Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan Hasnan Iberahim.

CCTV Perlu Dipasang Di Masjid Dan Surau – Ketua Polis Melaka

MELAKA, 18 Julai (Bernama) — Pengurusan masjid dan surau di negeri ini disyor supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi membendung kejadian mencuri tabung serta peralatan masjid sejak kebelakangan ini.

Johor Jamin Kemasukan Barangan Import Lalui Pemeriksaan Ketat

JOHOR BAHRU, 18 Julai (Bernama) — Kerajaan Johor memberi jaminan kemasukan barangan import ke negeri itu tidak akan terlepas daripada pemeriksaan pihak berkuasa.

Hanya 500 Pemandu Teksi Daftar Skim Bencana Kerja

JOHOR BAHRU, 18 Julai (Bernama) — Hanya 500 pemandu teksi di seluruh negara berdaftar di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang dilancarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak ia dikuatkuasakan 1 Jun lepas.

Sekolah The Shattuck St Mary Bakal Operasi Di Forest City

GELANG PATAH, 18 Julai (Bernama) — Bright Scholar Education Holdings Ltd, satu daripada pemain terbesar dalam bidang pendidikan, melabur RM935 juta untuk membangunkan sekolah antarabangsa Amerika, The Shattuck St Mary, di tapak hab pendidikan Forest City di sini.

Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar

KOTA TINGGI, 18 Julai (Bernama) — Penduduk Kampung Lukut di sini hidup dalam kebimbangan sejak terdapat seekor gajah liar berkeliaran di kampung mereka.

Sabah/Sarawak

Kerajaan Sabah Sumbang RM100,000 Kepada 20 Sekolah Agama

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada 20 buah sekolah agama rakyat yang beroperasi di seluruh Sabah.

130 Warga LPP Sabah Tandatangan Ikrar bebas rasuah

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) — Seramai 130 kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang terdiri daripada pegawai penyelia dan pengurus besar di Sabah hari ini melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Penyelidikan Teras Inovasi – Mary Yap

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) — Penyelidikan adalah teras bagi inovasi institusi pengajian tinggi, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Masidi Mahu Pemain Industri Pelancongan Sabah Luah Isu Secara Tertib

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) — Pemain industri pelancongan Sabah dinasihatkan agar meluahkan sebarang rasa tidak puas hati mereka dengan cara betul yang mencerminkan kemesraan dan kebudayaan masyarakat di negeri itu.

Ops Patuh LHDN Sandakan Tumpu 9 Syarikat, 35 Peniaga

SANDAKAN, 18 Julai (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sandakan melaksanakan Operasi Patuh LHDN ke atas sembilan syarikat dan 35 peniaga yang berlangsung empat hari bermula hari ini.

SEB Timbang Ganjaran Pemberi Maklumat Kecurian Tembaga

MIRI, 18 Julai (Bernama) — Sarawak Energy Berhad (SEB) sedia menambah baik strategi dalam menangani perbuatan mencuri tembaga yang semakin berleluasa sehingga mengakibatkan gangguan bekalan tenaga kepada pengguna di negeri ini.

Virus Rabies Serian Ada Persamaan Kes Kalimantan Dan Sulawesi

KUCHING, 18 Julai (Bernama) — Kes jangkitan rabies atau anjing gila di Serian mempunyai persamaan jujukan genom strain virus yang berasal dari Kalimantan dan Sulawesi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Segalanya Siap Sedia Untuk Borneo Cultural Festival 2017

SIBU, 18 Julai (Bernama) — Segalanya siap sedia untuk berlangsungnya Festival Budaya Borneo (BCF) 2017, pada 20 hingga 29 Julai di Medan Bandar Sibu Fasa 1 di sini.

Isu  Berterusan

Sebutan Semula Kes 19 Penuntut UPNM 14 Ogos

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 14 0gos untuk sebutan semula kes 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lepas.

Pukul Isteri Sarat Hamil, Suami Dipenjara Lima Bulan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Akibat memukul isteri yang sarat hamil sembilan bulan kerana berang wanita itu pergi ke asrama dihuninya tanpa kebenarannya, seorang eksekutif jualan dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Didakwa Sebabkan Kegusaran Awam

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyebabkan kegusaran awam di bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mei lepas.

TKP JPJ Didenda RM600 Kerana Memandu Di Lorong Kecemasan

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memandu di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya, Oktober tahun lepas.

Mahkamah Rayuan Ketepikan Kebenaran Kepada Pengundi Untuk Semakan Kehakiman

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) — Tujuh penggundi tidak dapat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka.

Jenayah

30 Ditahan, 115 Mesin Simulator Judi Dirampas

Polis Berhasil Banteras 99 Peratus Kegiatan Judi Di Pulau Pinang

Lelaki Myanmar Mati Dibunuh Di Sungai Petani

Geng Awang Pontian Curi Motosikal Tumpas

Geng Samun ‘Myvi Hijau’ Tumpas

Politik

Noh Kesal Selangor Terus Politikkan Isu PPR Lembah Subang

KUALA SELANGOR, 18 Julai (Bernama) — Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kesal dengan apa yang didakwa tindakan kerajaan Selangor terus mempolitikkan isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 hingga menyukarkan usaha membantu penghuninya.

Enggan Tandatangani IBR: Bukti Kerajaan Negeri Pimpinan DAP Hipokrit – Ismail Sabri

TAMPIN, 18 Julai (Bernama) — Keenganan kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir DAP menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan kerajaan negeri itu mengamalkan sikap hipokrit, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pembangkang Hanya Populis Tabur Janji – Mustapa

KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) — Pakatan pembangkang hanya populis dalam menabur janji untuk semata-mata meraih sokongan pengundi terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sukan

PBS UPM Juarai 99-second Pitch Challenge Di Thailand

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Sekolah Perniagaan Putra (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai acara 99-Second Pitch Challenge pada Cabaran Pemimpin Masa Depan Siam Commercial Bank PLC (SCB) 2017 di Thailand dengan mengalahkan 280 pasukan dari 33 negara.

Akademi Badminton China Latih Pemain Sarawak

KUCHING, 18 Julai (Bernama) — Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Akademi Latihan Badminton Difon-Jooyyume dari Xiamen, China hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan latihan bersama.

Skuad Hoki Padang, Hoki Dalam Dewan Terima Tajaan Kasut

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) ? Skuad hoki padang dan hoki dalam dewan negara, menerima suntikan semangat menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan apabila menerima tajaan kasut sukan jenama Asics daripada sebuah syarikat swasta, Dentsu Sports Asia, hari ini.

Ahmad Luth Buru Pingat Pada Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Pelari jarak jauh negara Ahmad Luth Hamizan bertekad untuk memburu pingat di Sukan SEA ke-29 pada Ogos ini selepas muncul juara acara 1,500 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Kategori
Rangkuman Berita