Rangkuman Berita Malaysia 17 September 2017

Rangkuman Berita Malaysia bertarikh 17 September 2017

Perdana Menteri  / Timbalan Perdana Menteri

Najib Minta Masyarakat Cina Kemukakan Lebih Ramai Wakil Dalam Kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa masyarakat Cina negara ini supaya mengemukakan lebih ramai wakilnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pelbagai kaum pada pilihan raya umum akan datang.

Najib Tempelak Pembangkang Tuduh Kerajaan Jual Kedaulatan

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar pihak pembangkang yang menuduhnya menjual kedaulatan negara hanya kerana menjalin hubungan yang erat dengan China.

Malaysia Kini Dipandang Tinggi – Najib

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Malaysia kini dipandang tinggi oleh dunia sejak pembentukannya 54 tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam ini.

Sabah Maju Di Bawah Kepimpinan Musa Aman – Najib

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Sabah kini rancak membangun sejak berada di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Hak Sabah, Sarawak Akan Terus Dipelihara – Najib

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak memberi jaminan hak Sabah dan Sarawak akan terus dipelihara dalam Persekutuan Malaysia selain memastikan rakyat kedua-dua negeri itu akan terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Tiada Siapa Boleh Terlepas Jika Didapati Wujud Unsur Jenayah – TPM

BAGAN DATUK, 16 Sept (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak ada pihak yang akan terlepas sekiranya wujud perbuatan jenayah dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini.

JPA Disaran Kaji Tangga Gaji Tenaga Pakar Sektor Kesihatan – TPM

BAGAN DATUK, 16 Sept (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta mengkaji semula tangga gaji tenaga pakar dalam sektor kesihatan bagi mengelakkan kehilangan khidmat golongan profesional ini berhijrah ke negara lain.

Negara

Trajedi Tahfiz

Jenazah Warden Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Selamat Dikebumi

Sekolah Tahfiz: Kementerian Pendidikan Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Terus Dikunjungi Ramai

Tragedi Pusat Tahfiz: Kerajaan Tawar Khidmat Kaunseling

Aspek Keselamatan Perlu Dipatuhi Untuk Buka Pusat Tahfiz – Mufti

Pengurusan 23 Jenazah Lakar Sejarah, Selesai Tiga Jam 15 Minit

Bukit Aman Periksa Bangunan, Persekitaran Pusat Tahfiz

Bahan Mudah Terbakar Antara Punca Kebakaran Pusat Tahfiz – Soiman

Bapa Masih Yakin Dengan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Pelan Pembangunan Rumah Kebajikan, Tahfiz Di Wilayah Persekutuan Dikaji Semula

Pusat Tahfiz Berdaftar Lebih Teratur – Adnan

Tujuh Remaja Ditahan, Ejek-Mengejek Punca Pusat Tahfiz Dibakar – Polis

 

Kementerian Wilayah Persekutuan Laksana Program Khas Latih 1,300 OKU

PUTRAJAYA, 16 Sept (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan sedang memberi latihan kepada 1,300 individu kelainan upaya atau OKU bagi menjadikan mereka lebih berdikari dan boleh membantu diri sendiri menjana rezeki.

Hari Malaysia Hari Penyatuan Negara Bangsa – Salleh

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Hari Malaysia yang dirai pada tanggal 16 Sept setiap tahun juga disambut sebagai hari penyatuan negara bangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Tiada Laporan Rakyat Malaysia Antara Mangsa Serangan Terkini Di London

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan di stesen kereta api Parson Green di London yang mencederakan 22 orang pada Jumaat.

KSN Ajak Rakyat Berganding Bahu Perkasa Semangat Patriotisme

PUTRAJAYA, 16 Sept (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengajak rakyat Malaysia bersama-sama berganding bahu memperkasakan semangat patriotisme.

1,200 Belajar Di Politeknik Besut Mulai 2020 – Idris Jusoh

BESUT, 16 Sept (Bernama) — Seramai 1,200 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berpeluang mengikuti pelajaran dalam bidang teknikal apabila Politeknik Besut beroperasi pada 2020.

Penambahan Pesawat Beri Impak Positif Kepada Industri Pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Sokongan Kerajaan Persekutuan untuk Malaysia Airlines membeli 16 lagi pesawat daripada Boeing akan memberi impak positif kepada kemasukan pelancong asing ke negara ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Segala Keputusan PM Hanya Untuk Pertumbuhan Ekonomi – Hamzah

BATU KURAU, 16 Sept (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata segala keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Amerika Syarikat adalah untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Program Koding Di Sekolah Sasar Jumlah Pelajar Lebih Tinggi Tahun Ini

PUTRAJAYA, 16 Sept (Bernama) — Program Koding di Sekolah menyasarkan untuk menggandakan pelajar yang terlibat dalam program itu tahun ini kepada 6,000 pelajar dengan tumpuan diberikan kepada pelajar dari sekolah luar bandar.

Melepaskan PLUS Kepada Maju Holdings Boleh Ringankan Beban Kerajaan – Nazri

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Permohonan Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui pembelian saham UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang dianggarkan bernilai RM36 bilion, harus dipertimbangkan kerana ia boleh mengurangkan beban kerajaan Persekutuan.

Negeri

Masyarakat Cina Patriotik, Mahu Malaysia Membangun Lebih Pesat

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Masyarakat kaum Cina di negara ini mempunyai harapan tinggi untuk melihat Malaysia terus menikmati keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kestabilan politik serta pembangunan yang lebih pesat.

APM Perlis Minta Penduduk Patuhi Arahan Berpindah

KANGAR, 16 Sept (Bernama) — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis meminta penduduk mematuhi arahan berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini susulan hujan lebat yang melanda negeri ini sejak semalam.

Jumlah Mangsa Banjir Di Langkawi Meningkat 173 Orang

LANGKAWI, 16 Sept (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Langkawi meningkat kepada 173 orang sehingga 11 pagi ini, apabila sembilan lagi mangsa didaftarkan di Pusat Pemindahan Dewan Kampung Raja di sini.

Pemilik Rumah Terdengar Dentuman Kuat Sebelum Tanah Runtuh Berlaku

GURUN, 16 Sept (Bernama) — Seorang pemilik rumah di Taman Permai Utama, Fasa satu Jalan Jeniang-Gurun, lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam, memberitahu terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang rumahnya sebelum insiden tersebut berlaku.

Taburan Hujan Sebulan Turun Dalam Sehari Punca Banjir Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 16 Sept (Bernama) — Banjir yang melanda Pulau Pinang semalam dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melampau dengan purata taburannya sebanyak 270 milimeter, bersamaan dengan jumlah air hujan dalam sebulan.

Mayat Wanita Dibawa Arus Banjir Ditemui

GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) — Seorang pekerja kilang yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Jalan Paya Terubong ketika menunggang motosikal meredah banjir semalam, ditemui lemas di dalam sungai berhampiran Bukit Jambul hari ini.

78 Pemancing ‘Berkampung’ Di Rompin Demi Ikan Layaran

ROMPIN, 16 Sept (Bernama) — Pertandingan memancing ikan layaran Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2017 yang bermula di sini hari ini, menarik 78 kaki pancing dari 13 negara untuk mencuba nasib ‘menjinakkan’ spesies ikan yang terkenal dengan daya juang yang tinggi itu.

USIM Sedia 219 Tempat Bagi Pelajar Kurang Berkemampuan

SEREMBAN, 16 Sept (Bernama) — Seramai 219 pelajar kurang berkemampuan mendapat tempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, untuk melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda melalui saluran kemasukan khas.

40 Pelajar Bermalam Di Muzium Negeri

SEREMBAN, 16 Sept (Bernama) — Seramai 40 pelajar berusia 16 hingga 19 tahun dari Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau menyertai Program Perdana ‘Bermalam Di Muzium 2017’ di Muzium Negeri, Seremban selama dua hari yang bermula semalam.

MOTAC Melaka Perluas Program Bermalam Di Muzium Penjara

MELAKA, 16 Sept (Bernama) — Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Melaka sedang berusaha mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperluaskan Program Bermalam di Muzium Jabatan Penjara di Jalan Parameswara di sini.

Tiga Pusat Internet 1Malaysia Bakal Diwujudkan Di Parlimen Hulu Terengganu

KUALA BERANG, 16 Sept (Bernama) — Tiga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) baharu akan ditambah di Parlimen Hulu Terengganu lewat tahun ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata PI1M baharu tersebut akan ditempatkan di Kampung Bukit Gemuroh, Kampung Nibong dan Kampung Teluk Menara.

25 Institusi Tahfiz Di Terengganu Masih Belum Berdaftar – Exco

KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Bernama) — Terdapat 25 institusi pondok dan tahfiz di Terengganu masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Dua Lelaki Ditahan Gali Emas Secara Haram

KOTA BHARU, 16 Sept (Bernama) — Dua lelaki ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) kerana disyaki menggali emas secara haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Stong Selatan, Tanah Merah, dua hari lepas.

Kong Kong Laut Tumpuan Pelancong Di Sebalik Kepesatan Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU, 16 Sept (Bernama) — Siapa sangka di sebalik pembangunan pesat Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) di sini, ada satu kawasan yang belum diusik pembangunan hutan konkrit.

Sabah / Sarawak

Najib Tiba Di Kota Kinabalu Untuk Sambutan Hari Malaysia Malam Ini

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada 5.55 petang ini bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia di perkarangan Kompleks Sukan Likas malam ini.

Sabah Terus Perjuang Hak Dengan Cara Tersendiri – Musa Aman

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Kerajaan negeri Sabah beriltizam untuk terus memperjuang hak dan kepentingan rakyat dan negeri ini dengan cara serta pendekatan tersendiri termasuk menerusi perbincangan dan rundingan, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

MPT Lancar Aplikasi Jomparking Yang Pertama Dilaksana Di Sabah

TAWAU, 16 Sept (Bernama) — Majlis Perbandaran Tawau (MPT) hari ini melancarkan aplikasi JomParking iaitu aplikasi pembayaran parkir menggunakan telefon pintar yang pertama dilaksanakan di Sabah, bertujuan memudahkan serta menggalakkan pengguna membayar parkir tanpa perlu membeli kupon.

Pusat Tahfiz Tanpa Perakuan Keselamatan Di Tawau Akan Ditutup Sementara

TAWAU, 16 Sept (Bernama) — Pusat tahfiz di daerah ini yang tidak mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta berisiko kebakaran akan ditutup sementara, kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Aljius Sipil.

RM442 Juta Peruntukan Disalurkan Kepada Sekolah Di Sarawak Tahun Ini

KUCHING, 16 Sept (Bernama) — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengabaikan murid di Sarawak yang memerlukan peruntukan bantuan persekolahan dengan lebih RM442 juta peruntukan itu telah disalurkan kementerian ke negeri ini bagi tahun ini.

Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi Dengan Rakyat Semenanjung

SIBU, 16 Sept (Bernama) — Rakyat Sarawak mahu berdiri sama tinggi dengan rakan mereka di Semenanjung daripada segi pembangunan ekonomi, kata Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Abang Openg.

Sekolah Daif Di Sarawak Dibaiki Dalam Masa Dua Tahun

SIBU, 16 Sept (Bernama) — Sarawak akan melaksanakan projek untuk membaiki atau membina semula lebih 1,000 sekolah dalam keadaan daif di luar bandar di negeri ini dalam masa dua tahun, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Jenayah

Polis Johor Tahan 28 GRO Warga Asing, Selamat 23 Lagi

Tujuh Remaja Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Kebakaran Pusat Tahfiz

Politik

Pengagihan Kerusi Berdasarkan Faktor Boleh Menang – Mohamed Azmin

SHAH ALAM, 16 Sept (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempertimbangkan memberi kerusinya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdasarkan faktor ‘boleh menang’ kata timbalan presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pemimpin Umno Cawangan, Bahagian Perlu Pantas Tangkis Fitnah Pembangkang

KOTA BHARU, 16 Sept (Bernama) — Pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian perlu proaktif dan pantas menangkis fitnah dilemparkan pembangkang terhadap kepimpinan parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hubungan Antarabangsa

Anifah Lakukan Lawatan Kerja Ke Turkmenistan

PUTRAJAYA, 16 Sept (Bernama) — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Turkmenistan bermula esok. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata Anifah akan bertemu rakan sejawatannya dari Turkmenistan, Rashid Meredov dan dijangka membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov esok.

Sukan

Cabaran Malaysia Di Terbuka Korea Berakhir

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Cabaran negara pada Kejohanan badminton Siri Super Terbuka Korea berakhir selepas satu-satunya pasangan regu yang masih beraksi, Chan Peng Soon/Cheah Yee See tumpas pada separuh akhir di Seoul, Korea Selatan hari ini.

Kerajaan Negeri Disaran Bantu Persatuan Hoki Negeri

PASIR MAS, 16 Sept (Bernama) — Kerajaan negeri perlu membantu persatuan hoki di negeri masing-masing bagi mengelak berlakunya pembaziran bakat muda dalam sukan tersebut.

Skuad Bola Sepak Orang Buta Negara Yakin Pertahan Pingat Emas

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Pantulan bunyi di Stadium Hoki Nasional berada dalam keadaan baik untuk skuad bola orang buta negara mempertahankan pingat emas dalam bola sepak lima sebelah pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-9.

Misi Malaysia Buru Gelaran Juara Keseluruhan Bermula Esok

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Berbekalkan semangat kenegaraan sempena Hari Malaysia hari ini, kontinjen negara pastinya menumpukan sepenuh perhatian untuk mencapai sasaran 103 pingat emas yang dicanang oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan membuka tirainya, esok.

Kategori
Rangkuman Berita