Rangkuman Berita Malaysia 17 Jun 2017

Rangkuman Berita Bertarikh 17 Jun 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Pembangunan Negara Perlu Seimbang Dengan Penghayatan Seni Budaya – Najib

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Pembangunan pesat yang sedang dinikmati negara perlu seimbang dan bergerak seiring dengan keperluan rohani melalui penghayatan terhadap seni dan budaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

PM Mahu Pembinaan Sekolah Baharu, Blok Tambahan SK Kebun Baharu Dipercepat

BANTING, 16 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pembinaan sekolah baharu dan blok tambahan bagi Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu di Telok Panglima Garang di sini, dipercepatkan bagi mengurangkan kesesakan di sekolah itu.

Negara

Jangan Mudah Percaya Fitnah Yang Sengaja Diadakan – Rosmah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.

Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah

GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan jerayawara dan kempen memerangi gejala buli di sekolah, yang akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Ibu Bapa Eksploitasi Kanak-kanak Boleh Hilang Hak Penjagaan

ALOR SETAR, 16 Jun (Bernama) — Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan kepentingan diri sendiri seperti mahu membalas dendam boleh kehilangan hak penjagaan.

Tindakan Tegas Perlu Diambil Tangani Budaya Buli Dan Gengsterisme – Dr Subramaniam

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan lebih serius dan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani budaya buli di sekolah dan gengsterism dalam kalangan belia.

Tiada Bukti Wang 1MDB Disalah guna – Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan adanya penyalahgunaan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nahas Pesawat Hawk 108: Pesawat Baharu Lalui Peyelengaraan Penuh Awal Tahun Ini – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam nahas hingga mengorban dua juruterbangnya semalam, baharu dua kali diterbangkan selepas melalui penyelenggaraan penuh pada awal tahun ini.

Yayasan Tabung Haji, UMNO Peruntuk RM20.2 Juta Bantu 131,320 Golongan Asnaf         

JOHOR BAHRU, 16 Jun (Bernama) — Yayasan Tabung Haji dan UMNO memperuntukkan RM20.2 juta untuk diagihkan kepada 131,320 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf iaitu orang kurang upaya, anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di seluruh negara.

Kerajaan Malaysia Persoalkan Tindakan Terbaru DOJ

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Pelbagai siasatan mendapati tiadanya bukti yang menunjukkan wang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan kerajaan pula mempersoalkan tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman terbaru bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Salleh Kutuk Tindakan Pembangkang Sanggup Guna Kuasa Asing Campuri Urusan Politik Negara

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota dan penyokong pembangkang yang sanggup mengetepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.

Syarikat Air Negeri Diarah Pastikan Bekalan Air Mencukupi Semasa Aidilfitri

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) — Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) mengarahkan kesemua syarikat air negeri supaya mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan bekalan air mencukupi dan berterusan pada perayaan Aidil Fitri.

Projek Peluasan Pelabuhan Kuantan Sudah Terima Tempahan Dermaga – Liow

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) — Projek peluasan Pelabuhan Kuantan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4 bilion menunjukkan perkembangan positif apabila menerima tempahan meskipun fasa pertama projek itu dijadual siap pada pertengahan tahun depan.

Perkhidmatan Teksi Perlu Berkerjasama Dengan Perkhidmatan e-Hailing Untuk Tingkat Pendapatan – Nancy

KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri meminta perkhidmatan teksi bekerjasama dengan perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Kerajaan Peruntuk RM3.4 Juta Laksana Projek Program Ameniti Sosial Di Kelantan Sejak Januari – Ahmad Jazlan  

MACHANG, 16 Jun (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sejumlah RM3.4 juta untuk melaksanakan pelbagai projek di bawah Program Ameniti Sosial di Kelantan sejak Januari sehingga sekarang.

13 Penuntut UPNM, Dibenar Sambung Belajar – Idris Jusoh

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Kesemua 13 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang masing-masing dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah sehingga sebutan semula kes pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, dibenarkan menyambung semula pengajian di universiti itu.

Negeri

Kematian Nhaveen Dapat Perhatian Masyarakat Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Berita kematian T. Nhaveen, yang dibuli dan dipukul dengan kejam oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, George Town, Pulau Pinang, Sabtu lepas, bukan sahaja mendapat perhatian warga Malaysia, bahkan turut menjadi bualan pengguna media sosial antarabangsa.

KPN Dijadual Bersara September

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau dijadual bersara wajib pada September ini.

Arkib Negara Sedia Kerjasama Dengan IPTA Mantapkan Pengetahuan Sejarah Masyarakat

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Arkib Negara sedia bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan pengetahuan tentang sejarah negara dalam kalangan orang ramai.

Rangka Pesawat Hawk 108 Ditemui Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Pasukan mencari dan menyelamat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya mengesan kedudukan rangka pesawat pejuang Hawk 108, yang terhempas semalam, berhampiran Kampung Yak Yah di Chukai, Terengganu, pagi tadi.

SPAD Benarkan Kira-Kira 5,000 Bas Ekspres Beroperasi Untuk Musim Perayaan Aidilfitri Ini

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Kira-kira 5,000 bas ekspres termasuk 93 bas tambahan dibenarkan beroperasi untuk musim perayaan Aidilfitri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah.

LZS Pelopori Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Aplikasi ‘MyEG Mobile’

SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) — Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjadi institusi pertama yang melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui aplikasi mudah alih ‘MyEG Mobile’.

Cadangan Tandas Mesti Bersih, Kalau Nak Baharui Lesen

SEPANG, 16 Jun (Bernama) — Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji cadangan supaya pihak berkuasa tempatan menjadikan kebersihan tandas sebagai syarat untuk memperbaharui lesen restoran, kata Ketua Setiausahanya Datuk Mohammad Mentek.

Pokok Jati Di Jalan Raya Seluruh Perlis Mula Ditebang Untuk Keselamatan – Exco

KANGAR, 16 Jun (Bernama) — Kerja-kerja menebang lebih 10,000 pokok jati di tepi jalan raya seluruh Perlis mula dilakukan sejak minggu lepas atas faktor keselamatan pemandu kenderaan di negeri ini.

Sampah Meningkat Pada Ramadan, Musim Perayaan, E-Idaman Lanjut Waktu Operasi

KANGAR, 16 Jun (Bernama) — Syarikat pengurusan sisa pepejal, Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) di negeri ini melanjutkan operasi pembersihan sehingga lewat malam sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri berikutan peningkatan jumlah sampah pada musim berkenaan.

Tiga Rumah Dua Tingkat Musnah Terbakar

ALOR SETAR, 16 Jun (Bernama) — Tiga rumah dua tingkat di Kampung Padang, Kuala Kedah di sini musnah dalam kebakaran , awal pagi tadi.

Orang Ramai Diminta Tidak Tularkan Perkara Tidak Benar Tentang Kejadian Pesawat Hawk 108

JITRA, 16 Jun (Bernama) — Orang ramai diminta tidak sewenang-wenangnya menularkan perkara tidak benar dalam media sosial mengenai kejadian pesawat Hawk 108 yang dipercayai terhempas dan mengorbankan dua juruterbang semalam.

Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital

BAGAN SERAI, 16 Jun (Bernama) — Pelancaran kempen Op Selamat 11/2017 peringkat negeri Perak pada 22 Jun ini, akan dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini sebagai usaha memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Urusan Jenazah Dua Juruterbang Disempurnakan Di Pangkalan Udara TUDM Kuantan

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) — Jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Hawk 108 semalam, tiba di surau Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pada pukul 5.45 pagi ini.

Program Anjung Kasih Terima Sambutan Baik Masyarakat – YKN

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) — Kemudahan Anjung Kasih yang disediakan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di lapan hospital kerajaan di seluruh negara dimanfaatkan oleh kira-kira 40,000 setakat ini, menunjukkan sambutan baik masyarakat terhadap usaha kerajaan dalam membantu waris menunggu anggota keluarga mereka yang dirawat di hospital.

Ada Warga Rohingya Jual Cerita Sedih Tagih Simpati Untuk Dapat Wang – JKM

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) — Bukan niat untuk menghina mereka, tetapi terdapat warga Rohingya yang dilihat mengambil kesempatan untuk memperoleh wang dengan menjaja penderitaan yang mereka alami di negara mereka.

Dua Beranak Maut Digilis Treler Di Temerloh

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) — Seorang ibu dan anaknya yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang basah untuk berniaga di bazar Ramadan terbunuh selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah motosikal lain sebelum digilis sebuah treler di Km 3, Jalan Mempatih-Lanchang, Temerloh malam tadi.

Kerajaan Negeri Melaka Nafi Umum Pemberian Bonus Rakyat Melaka (BRAM)

MELAKA,16 Jun (Bernama) — Kerajaan negeri Melaka hari ini menafikan tentang kewujudan bonus Bantu Rakyat Melaka (BRAM) sebanyak RM750 kepada rakyat yang berumur antara 16 hingga 55 tahun dilahirkan di Melaka, yang tular di laman sosial.

MB Negeri Sembilan Nafi Akan Beri Duit Raya Kepada Orang Ramai Seperti Ditularkan

SEREMBAN, 16 Jun (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan berita yang tular di media sosial WhatsApp kononnya beliau akan memberi duit raya kepada orang ramai di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atau masjid-masjid di Rantau, dekat sini.

Kerajaan Jamin Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sempena Aidilfitri

KOTA BHARU, 16 Jun (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan mentah mencukupi bagi menghadapi permintaan sempena musim perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Kampung Yak Yah, Kemaman Tumpuan Operasi Pencarian Bangkai Pesawat Hawk 108

KEMAMAN, 16 Jun (Bernama) — Sebuah lokasi kira-kira dua kilometer dari lokasi dua mayat juruterbang pesawat Hawk 108 ditemukan di Jalan Chukai-Ibok berdekatan Kampung Yak Yah pada 2.30 petang semalam, menjadi tumpuan orang ramai hari ini.

Nasi Kerabu Fauzi Tersenarai Kelompok 50 Makanan Pilihan Dunia

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) — Siapa sangka, perniagaan nasi kerabu yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh Mohd Fauzi Salleh kini diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas tersenarai di tangga ke-23 daripada 50 makanan ‘jalanan’ terbaik dunia di World Street Food Congress di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Sabah/Sarawak

Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Di Membakut Tarik Perhatian Ahmad Shabery Cheek

KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) — Kaedah menternak ikan keli spesies Afrika oleh seorang pengusaha di Kampung Limadang, Membakut, kira-kira 79 kilometer dari sini, terutama dari segi penyediaan makanan ternakan menarik perhatian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perlu Sentiasa Nilai Program Pendidikan – Raja Muda Perlis

TAWAU, 16 Jun (Bernama) — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengesyorkan setiap aktiviti atau program pendidikan yang hendak dilaksanakan perlu sentiasa dinilai supaya seiring dengan manfaat perkembangan sejagat.

Isu  Berterusan

Kes Dua Wanita Dituduh Bunuh Jong-Nam Disebut Di Mahkamah Tinggi Shah Alam 28 Julai

KAJANG, 16 Jun (Bernama) — Kes dua wanita asing yang dituduh membunuh Kim Chol, atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Julai.

Jurukimpal Didakwa Ugut Bunuh Dan Edar Gambar Lucah Kenalan Facebook

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Seorang jurukimpal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membuat ugutan bunuh dan mengedar gambar lucah kenalan wanita yang dikenalinya melalui laman sosial ‘Facebook’, minggu lepas.

Pengurus Kedai Kasut Didakwa Hantar Komunikasi Jelik Berhubung Gambar PM

KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) — Seorang pengurus kedai kasut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menghantar komunikasi jelik dengan cara mengedit gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama wanita berpakaian menjolok mata, melalui akaun Facebooknya, Disember tahun lepas.

Tukang Rumah Menangis Teresak-esak Dipenjara Lapan Bulan Miliki Kereta Curi

PETALING JAYA, 16 Jun (Bernama) — Seorang tukang rumah menangis teresak-esak selepas dia dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memiliki kereta curi, dua hari lalu.

Lelaki Cedera Ditembak Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Merompak

SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) — Seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah bank di sini pada minggu lepas, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak dua individu yang sedang membawa wang tunai RM200,000 menggunakan parang serta menyebabkan kecederaan.

Jenayah

Empat Lelaki Disyaki Terlibat Kegiatan Daesh Ditahan

Lima Remaja Ditahan Kes Nhaveen Akan Dituduh Membunuh – Polis

Polis Pahang Tumpas Dua Kumpulan Peminjam Wang Tanpa Lesen

Polis Tahan Dua Individu Dalangi Skim Penipuan Pelaburan GCC World

Kastam Tahan Dua Suspek, Rampas Dadah RM150,000

Polis Buru Empat Lelaki Cuba Samun Kedai Emas Di Seksyen 18 Shah Alam

Politik

Musa Optimis Hanya BN Mampu Teruskan Khidmat Kepada Rakyat Selepas Pilihan Raya

NABAWAN, 17 Jun (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman optimis bahawa selepas pilihan raya akan datang hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu bertahan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

Tengku Adnan Sedia Berdepan Saman Sivarasa

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau sedia berdepan dengan saman fitnah yang difailkan oleh Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa terhadapnya.

Pembangkang Kelirukan Rakyat Tentang Pengumuman DOJ – Salleh

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, sedang mengelirukan rakyat Malaysia mengenai implikasi pengumuman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini.

200 Anggota PPBM Melaka Keluar Parti

ALOR GAJAH, 16 Jun (Bernama) — Seramai 200 orang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka hari ini bertindak meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan perjuangannya.

DAP Sarawak Tunggu Keputusan Mahkamah Untuk Umum Calon

MIRI, 16 Jun (Bernama) — DAP Sarawak membuat keputusan untuk tidak mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pujut kerana menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung perkara itu, esok.

Gerakan dakwa 15 janji belum ditunaikan DAP sejak 2008

KUALA LUMPUR 16 Jun – Parti Gerakan men­dakwa DAP ma­sih belum menunaikan janji-janji sejak mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008.

Kadar air naik 77 peratus?

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menjelaskan sama ada terdapat keputusan untuk menaikkan kadar air sehingga 77 peratus terhadap pengguna individu dan 58 peratus bagi perniagaan di negeri itu.

Gagal untuk menjawab hak bersuara dalam PPBM sudah mati

KUALA LUMPUR 16 Jun – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi mendesak kepemimpinan tertinggi parti tersebut supaya menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya dalam kalangan akar umbi sebelum ini.

Hubungan Antarabangsa

Sri Lanka Berminat Pelajari Kepakaran Malaysia Dalam Pensijilan Halal

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Sri Lanka berminat mempelajari kepakaran Malaysia dalam bidang pensijilan halal bagi membolehkan negara itu meneroka lebih banyak peluang serta mengembangkan pertumbuhan ekonomi di negara ini, kata Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia, A.J.M Muzammil.

Sukan

Hendrawan Yakin Misbun Mampu Tingkatkan Prestasi Perseorangan Badminton Negara

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Penolong ketua jurulatih perseorangan badminton negara Hendrawan yakin kepulangan semula Datuk Misbun Sidek ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih akan meningkatkan kembali prestasi pemain perseorangan badminton negara.

‘Kita Bagi Masa’, Kata Khairy Mengenai Prestasi Harimau Malaya

SEPANG, 16 Jun (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin optimis bahawa masa depan skuad Harimau Malaya akan kembali gemilang di bawah kendalian ketua jurulatih Nelo Vingada serta kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mohd Poad Puas Hati Prestasi Cemerlang Atlet Pecut Di Terbuka Thailand

SEPANG, 16 Jun (Bernama) — Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim berpuas hati dengan keputusan positif yang dilakar atlet di bawah kendaliannya pada Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand di Kompleks Sukan Universiti Thammasat, Pathum Thani, yang berakhir semalam.

Status Imam Ke Kelantan Masih Jadi Tanda Tanya

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Status pendaftaran pemain baharu pasukan Kelantan, Syedi L Imam pada jendela perpindahan pertengahan musim terus menjadi tanda tanya selepas Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sehingga kini masih belum memberikan kata putus.

Kategori
Rangkuman Berita