Rangkuman Berita Malaysia 15 Jun 2017

Rangkuman Berita Bertarikh 15 Jun 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Projek ERCL Sebagai Pencetus Perubahan Bagi Penduduk Pantai Timur – Najib

PUTRAJAYA 14 Jun (Bernama) — Projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berperanan sebagai pencetus perubahan dan membuka minda penduduk di Pantai Timur tentang ketibaan era moden di kawasan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Negara

Najib Antara 5,000 Hadir Majlis Berbuka Puasa Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini malam ini.

KPN Tidak Akan Lindungi Dirinya, Keluarga Jika Terbabit Kegiatan Salah

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak akan melindungi diri sendiri dan keluarganya sekiranya ada bukti pembabitan mereka dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

KKM, MARA Sertai Inisiatif Negaraku

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyertai inisiatif Negaraku sebagai komitmen memupuk semangat patriotik di dua agensi kerajaan itu.

Rujuk Syarikat Pelancongan Berikutan Pembatalan Penerbangan Qatar Airways

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) — Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menasihatkan rakyat Malaysia yang telah membeli tiket penerbangan Qatar Airways melalui mana-mana syarikat pelancongan berlesen untuk berurusan dengan syarikat berkenaan bagi tindakan susulan yang bersesuaian.

Selangor Digesa Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) — Selangor diminta mempergiatkan usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk eedes bagi mengawal penyakit denggi, virus Zika dan Chikungunya yang dibawa vektor tersebut.

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kebakaran Di London – Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kebakaran awal pagi Rabu di Grenfell Tower, North Kensington, London.

Pertandingan #Gurukusekolahku Terima 3,604 Penyertaan

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) — Pertandingan fotografi dan video bersempena Hari Guru, #Gurukusekolahku menerima 3,604 penyertaan dari seluruh negara.

35 Peratus Sasaran Kutipan Cukai Berjaya Dikutip Hingga 31 Mei

CYBERJAYA, 14 Jun (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 31 Mei lepas telah berjaya mengutip sekitar 35 peratus daripada RM127.7 bilion sasaran cukai yang ditetapkan kerajaan tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

Harga Mingguan Petrol Turun Tujuh Sen, Diesel Turun Enam Sen – KPDNKK

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel turun lagi berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini bagi tempoh 15 hingga 21 Jun.

“Saya Dipukul Dengan Kayu Belati, Ditendang” – Duta Besar Malaysia Ke Chile

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — “Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang dan mereka hampir menikam perut saya,” kata Duta Besar Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya, 48, menceritakan saat getir dialaminya ketika kediaman rasminya di Las Condes, Santiago, dipecah masuk pada Isnin.

Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum Selamat Dan Tidak Berbahaya – KKM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bahawa penggunaan peluntur ‘Benzoil Peroksida’ di dalam tepung gandum dan makanan adalah selamat dan dibenarkan mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Keluarga Malaysia Tawar Penginapan Untuk Mangsa Kebakaran London

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Sebuah keluarga Malaysia yang menetap di London telah menawarkan penginapan sementara untuk mangsa kebakaran Grenfell Tower, North Kensington, London.

Negeri

Ops Selamat: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’ Mantapkan Keberkesanan Operasi – KPN

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kamera Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) bagi memantapkan keberkesanan operasi sepanjang Ops Selamat 11/2017 bermula Ahad ini sehingga 2 Julai.

Grabcar Digesa Laksana Butang Panik Selewat-lewatnya 31 Julai

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Grab Malaysia digesa menguatkuasakan butang panik pada aplikasi perkhidmatannya untuk keselamatan penumpang selewat-lewatnya 31 Julai ini.

RM1.6 Juta Diperuntukkan Di Bawah Program RTMS Tahun Ini

KUALA KUBU BHARU, 14 Jun (Bernama) — Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta pada tahun ini untuk program di bawah Rangsangan Tanggungjawab Masyarakat Selangor (RTMS).

Sultan Selangor Beri Sumbangan Hari Raya Kepada 351 Golongan Asnaf

SEMENYIH, 14 Jun (Bernama) — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Bandar Rinching, di sini.

Daftar Perniagaan Melalui Perkhidmatan Ezbiz Online – SSM

KANGAR, 14 Jun (Bernama) — Orang ramai boleh mendaftar perniagaan mereka secara dalam talian melalui perkhidmatan ‘EzBiz Online’ dan tidak perlu hadir ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Wanita Siar Gambar Anak Diberi Dadah Untuk Sakiti Hati Bekas Suami – Polis

ALOR SETAR, 14 Jun (Bernama) — Seorang wanita merakam dan menularkan video yang menunjukkan anaknya diberi dadah adalah bertujuan bagi menyakitkan hati bekas suaminya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid.

Agensi Penguat Kuasa Sempadan Diarah Tingkat Kawalan Banteras Penyeludupan Mercun, Bunga Api

BAGAN SERAI, 14 Jun (Bernama) — Polis Perak mengarahkan agensi penguatkuasaan sempadan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia supaya meningkatkan kawalan di sempadan negeri itu terutama di Pengkalan Hulu untuk membanteras penyeludupan mercun dan bunga api dari negara jiran.

Hawar Berdarah: Lapor Segera Kepada JPV Untuk Perkhidmatan Percuma Tangani Wabak

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) — Penternak lembu dan kerbau di Terengganu perlu melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sekiranya mendapati haiwan ternakan mereka dijangkiti penyakit hawar berdarah (Haemorrhagic Septicemia).

KPDNKK Bekerjasama Dengan LKIM Selaras Harga Ikan Sempena SKHMP 2017

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menyelaras harga ikan di beberapa tempat di sini.

Tiga Maut, Enam Cedera Dalam Kemalangan Di LPT2

KEMAMAN,14 Jun (Bernama) — Tiga lelaki warga Thailand maut manakala enam lagi cedera parah selepas van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler yang membawa Baja di Kilometer 327.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini, dekat Kerteh, awal pagi tadi.

Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

JOHOR BAHRU, 14 Jun (Bernama) — Pengeksportan kayu pokok getah perlu diberikan kuota bagi memastikan bekalannya untuk kegunaan industri perabot tempatan sentiasa mencukupi.

Sabah/Sarawak

JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah

KOTA KINABALU, 14 Jun (Bernama) — Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mencadangkan kerajaan pusat membina kuarters transit sebagai kemudahan tempat tinggal sementara kepada pemilik tanah yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

APM Sabah Terima Lima Lori, Bot Bernilai RM4 Juta

KOTA KINABALU, 14 Jun (Bernama) — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah hari ini menerima lima lori 5 tan dan sebuah bot pelbagai guna jenis Amphibious Sealegs bagi memperkukuh lagi gerak kerja jabatan itu dalam pengurusan serta operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam.

Kerajaan Pusat Salur RM66,000 Biayai Aktiviti Masjid Dan Surau Di Pensiangan

KENINGAU, 14 Jun (Bernama) — Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM66,000 untuk membiayai aktiviti jawatankuasa masjid dan surau di kawasan Parlimen Pensiangan sepanjang bulan Ramadan, kata Ketua UMNO Bahagian Pensiangan Datuk Ghani Yassin.

Isu  Berterusan

Bekas Exco Johor Dan Anak Lelakinya Mengaku Tidak Bersalah

JOHOR BAHRU, 14 Jun (Bernama) — Bekas Exco Johor, Datuk Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 21 tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) melibatkan nilai RM35.78 juta.

Kes Saman Oleh Consortium Zenith Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo Jieh Sheng untuk memindahkan kes saman fitnah yang difailkan terhadapnya berhubung projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya negeri, ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Enam Penuntut UPNM Didakwa Bunuh, Subahat Bunuh Zulfarhan Osman

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Jenayah

Polis Buru Pemandu Viva Langgar Lari Wanita Warga Emas

Teknologi Maklumat Kini Diguna Edar Dadah – Bukit Aman

Polis Sepang Tumpaskan Geng Sanco

Warga Bangladesh Dibunuh Di Tapak Projek Perumahan Di Batu Kurau

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM4,500

Politik

Pas Sarawak Belum Putus Nak Letak Calon Atau Tidak Pada PRK Pujut

MIRI, 14 Jun (Bernama) — PAS Sarawak belum membuat keputusan sama ada akan meletak calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut yang akan diadakan pada 4 Julai ini.

Mubarak Dekati Pengundi Umur 50 Tahun Ke Atas

SHAH ALAM, 14 Jun (Bernama) — Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor akan turut membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan memfokuskan kepada pengundi berusia 50 tahun ke atas di Selangor.

UMNO Pulau Pinang Gesa DAP Negeri Dedah Sumber Dana Parti

GEORGE TOWN, 14 Jun (Bernama) — UMNO Pulau Pinang menggesa kepimpinan DAP negeri itu mendedahkan sumber kewangan mereka bagi mengelakkan kekeliruan tentang punca pendapatan parti itu.

Tolak monopoli PPBM

KUALA LUMPUR 14 Jun – DAP hari ini dengan tegas menolak keghairahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.

Pembangkang belum sepakat pengagihan kerusi PRU-14

IPOH 14 Jun – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengakui Pakatan Harapan yang diketuai DAP belum mencapai kata sepakat untuk penentuan kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

UMNO kuat kerana setiakawan pemimpin, sokongan rakyat – Syed Ali

KUALA LUMPUR: Kekuatan UMNO selama ini terletak kepada semangat setiakawan dan kerjasama erat di kalangan pemimpin di samping sokongan kukuh ahli-ahlinya.

Hubungan Antarabangsa

Projek Dipamer Di Pavilion Malaysia, Astana Mampu Beri Sumbangan Besar Kepada KDNK

ASTANA (KAZAKHSTAN ), 14 Jun (Bernama) — Pelbagai projek dan inovasi yang dipamerkan di Pavilion Malaysia pada Ekspo Astana 2017 berpotensi menghasilkan sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara apabila dikomersialkan kelak.

Sukan

Persiapan Sukan SEA: Skuad Sepak Takraw Wanita ‘Berkampung’ Di Hat Yai

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Skuad sepak takraw wanita negara akan ‘berkampung’ di Hat Yai, Thailand selama dua minggu bermula 8 Julai ini sebagai persiapan akhir menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tiga Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP

ISKANDAR PUTERI, 14 Jun (Bernama) — Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) melantik tiga muka baharu untuk menganggotai Lembaga Pengarahnya.

Dia Adalah Jurulatih Terbaik Yang Pernah Membimbing Skuad Negara – Khalid Ali

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Ketegasan dalam menyemai rasa cinta terhadap sukan bola sepak merupakan antara rahsia utama yang digunakan bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan Karl Heinze-Weigang sewaktu merencanakan agendanya sebagai seorang jurulatih.

Skuad Futsal Kebangsaan Sertai Kejohanan Di China Hadapi Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Skuad futsal lelaki kebangsaan bakal menyertai Kejohanan Futsal Antarabangsa Persatuan Bola Sepak China (CFA) 2017 di Hunan, China dari 23 hingga 25 Jun ini sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

Kategori
Rangkuman Berita