Rangkuman Berita Malaysia 14 Jun 2017

Rangkuman Berita Bertarikh 14 Jun 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Perbelanjaan Kerajaan Untuk Pesara Dijangka Meningkat Kepada RM100 Bilion Pada 2050 – Najib

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Jumlah pesara kerajaan dijangka meningkat daripada 775,000 orang ketika ini kepada 1.5 juta pada 2050 seiring trend peningkatan jangka hayat penduduk daripada 75 tahun kepada 85 tahun dalam tempoh tersebut, kata Perdana Menteri.

PM Puji Usaha MAHB Tingkat Kebersihan Tandas KLIA, klia2

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini memuji usaha Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam meningkatkan kebersihan tandas di dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Zahid Arah Polis Pulau Pinang Perangi Judi Habis-habisan

BALIK PULAU, 13 Jun (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri itu.

Negara

KPDNKK Senarai 21 Barangan Harga Kawalan Sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Hari Raya Puasa tahun ini.

Nasyrul Quran Beroperasi Secara Rasmi Hari Ini

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Kompleks percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia Nasyrul Quran di sini yang bernilai RM60 juta memulakan operasi percetakan dan penjilidan secara rasmi hari ini.

Anggota Kelab Kecergasan True Fitness Boleh Buat Tuntutan – Menteri

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Anggota pusat kecergasan True Fitness Malaysia yang ditutup boleh membuat aduan dan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Jabatan Akauntan Malaysia Tidak Pernah Keluarkan e-mel Tawar Perkhidmatan Urus Wang Tidak Dituntun

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) tidak pernah mengeluarkan e-mel kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat atau firma bagi menawarkan perkhidmatan menguruskan Wang Tidak Dituntut (WTD).

IKHLAS Serah Memo Kepada PM , Mohon Tangguh Perobohan Ampang Park

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon agar cadangan merobohkan pusat beli-belah Ampang Park di ibu negara ditangguhkan sehingga selesai pilihan raya umum akan datang.

Malaysia Kongsi TN50 Mengenai Tenaga Kerja Pada Persidangan Buruh Antarabangsa

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Malaysia berkongsi hasratnya dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menawarkan peluang bagi memupuk budaya kerja mulia dan memperjuangkan hak buruh secara lebih berkesan dalam paradigma universal pembangunan lestari pada persidangan berkaitan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

Wisma Putra Sahkan Rompakan Di Rumah Malaysia Di Chile

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Rumah Malaysia, kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk oleh sekumpulan penjenayah pada Isnin.

Laporan Sarawak Report Hanya Berunsur Fitnah – Salleh

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Rakyat diminta untuk tidak mempercayai sebarang laporan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.

Kerajaan Tanggung Peningkatan Subsidi Haji Hampir RM60 Juta – Tabung Haji

MELAKA, 13 Jun (Bernama) — Kerajaan dijangka menanggung peningkatan subsidi haji hampir RM60 juta untuk musim haji tahun in susulan kenaikan kos mengerjakan ibadah itu, kata Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Peruntukan RM300 Juta Untuk Penyelenggaraan PPR Sekitar Ibu Kota -Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan bagi membiayai kos penyelenggaraan dan menaik taraf kira-kira 75,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pangsapuri kos rendah di sekitar ibu kota.

Gabungan Portfolio Pendidikan Dan Sukan Lebih Serasi – Khairy

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Menggabungkan portfolio pendidikan dan sukan di bawah satu kementerian merupakan aspirasi peribadi yang disuarakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada sesi Dialog TN50.

Malaysia Terus Anjurkan Kesederhanaan Untuk Tangani Konflik

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Malaysia akan terus menganjurkan kesederhanaan sebagai pendekatan untuk merapatkan jurang perbezaan serta menangani punca yang menimbulkan konflik, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ramlan Ibrahim.

Segera Laksana Pendaftaran E-Kad Pati Atau Berdepan Hukuman Sebat

BANTING, 13 Jun (Bernama) — Para majikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin diingatkan supaya segera mendaftarkan mereka dalam program E-Kad (Enforcement Card) sebelum 30 Jun ini atau bersedia menerima hukuman sebat.

Mata Pelajaran Budi Wajib Di Sekolah, IPT

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya sukatan pelajaran budi atau bimbingan budaya diwajibkan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Negeri

Hanya 20 Peratus Bomba Dibenar Cuti Raya

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Hanya 20 peratus atau 2,600 daripada 13,000 pegawai dan anggota bomba dI seluruh negara dibenarkan mengambil cuti sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Perbuatan Membuli, Keganasan Di Kalangan Pelajar Perlu Dikawal – Lam Thye

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Perbuatan membuli dan keganasan di kalangan pelajar dan remaja perlu dikawal kerana budaya itu sekarang bertapak dalam masyarakat tempatan, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

TLDM Lancar Aplikasi RMN Official App

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar ‘RMN Official App’ yang menyediakan kemudahan maklumat terkini kepada orang awam mengenai pasukan keselamatan itu.

Komuniti India Muslim Tidak Akan Dipinggirkan Daripada MIB, Kata Dr Subramaniam

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Masyarakat India Muslim tidak akan dipinggirkan daripada Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB), pelan tindakan untuk membangunkan masyarakati India di negara ini, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Rangka Nuri Yang Tular Di Media Sosial Adalah Barangan Dilupus – Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Gambar rangka Helikopter Nuri M23-15 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tular di media sosial adalah barangan dilupus dan ia ditempatkan di sebuah bengkel barangan lusuh di Sungai Petani, Kedah.

Selangor Beri Bantuan Khas Aidilfitri Dua Bulan Gaji

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar 21 Jun ini.

Insiden Pengendali Kren Tanya Bayaran Bantu Operasi Menyelamat Tidak Pernah Berlaku Sebelum Ini – Bomba

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) — Insiden pengendali kren bertanyakan bayaran terlebih dahulu ketika diminta membantu operasi mengeluarkan mayat enam sekeluarga yang rentung dalam nahas di Km 25, Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan pada Ahad lepas, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Masjid Ara Damansara

PETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Ara Damansara, di sini.

Kastam KLIA Patah Cubaan Seludup 288kg Sisik Tenggiling RM3.69 Juta

SEPANG, 13 Jun (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 288kg sisik tenggiling bernilai kira-kira RM3.69 juta.

Kertas Siasatan Buli Dan Pukul Remaja Hingga Cedera Parah Hampir Siap

GEORGE TOWN, 13 Jun (Bernama) — Kertas siasatan berhubung kes seorang remaja dipukul sehingga cedera parah oleh sekumpulan remaja lelaki di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi Sabtu lepas, hampir siap, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ,ACP Anuar Omar.

100 Anak Yatim Dirai Pada Program Nilai Murni KDN Di Pulau Pinang

BALIK PULAU, 13 Jun (Bernama) — Sejumlah 100 anak-anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri yang tiba ke destinasi terakhir di sini, hari ini.

Kerajaan Persekutuan Lulus Peruntukan RM4 Juta Naik Taraf Masjid Permatang Damar Laut

BALIK PULAU, 13 Jun (Bernama) — Kerajaan Persekutuan hari ini meluluskan peruntukan RM4 juta untuk projek menaik taraf Masjid Al-Qahhar di Permatang Damar Laut di sini.

JASA Pastikan Rakyat Peroleh Maklumat Tepat Pada PRU14 – Mohd Puad

IPOH, 13 Jun (Bernama) — Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah bersedia membantu kerajaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan memastikan rakyat memperoleh maklumat yang tepat dan betul, kata Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sahabudin Ibrahim Dilantik Datuk Baginda

KUALA PILAH, 13 Jun (Bernama) — Pesara guru besar, Sahabudin Ibrahim, 65, dari Suku Biduanda Waris Perut Bukit Luak Johol dilantik dan dimasyhurkan sebagai Datuk Baginda dalam satu majlis adat istiadat di Balai Undang Luak Johol dekat sini, semalam.

Dua Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Libatkan Tiga Kenderaan

ALOR GAJAH, 13 Jun (Bernama) — Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini, pagi tadi.

Tunku Azizah Sampai Sumbangan Kepada Anak Yatim

PEKAN, 13 Jun (Bernama) –Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli ke program Malam Sejuta Rahmat di perkarangan Muzium Masjid Sultan Abdullah, dekat sini hari ini.

Jenazah Enam Sekeluarga Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad Di Jelawat, Bachok

BACHOK, 13 Jun (Bernama) — Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan, Ahad lepas, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat di sini, pada jam 3.30 pagi ini.

Jabatan Kesihatan Terengganu Terima Empat Aduan Makanan Basi

KUALA TERRENGGANU, 13 Jun (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menerima empat aduan berkaitan penjualan makanan kitar semula dan basi di pasar bazar Ramadan masing-masing di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan Kepada Negeri

JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) — Kerajaan persekutuan perlu mencari satu mekanisme bagi pengagihan hasil cukai pelancongan kepada semua negeri agar kutipan itu boleh digunakan bagi merancakkan lagi usaha promosi dan pemasaran industri pelancongan negara.

Sabah/Sarawak

Sabah Terus Hargai Pengorbanan Anggota Pasukan Keselamatan

KOTA KINABALU, 13 Jun (Bernama) — Kerajaan Sabah terus menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan negara, khususnya pada musim perayaan.

30 Lagi Pakej Lebuhraya Pan Borneo Akan Ditender Secara Berperingkat Mulai Bulan Ini

KOTA KINABALU, 13 Jun (Bernama) — Tiga puluh lagi pakej di bawah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan ditender kepada syarikat-syarikat yang layak secara berperingkat mulai Jun ini sehingga penghujung tahun 2017.

Jabatan Perhutanan Sabah Akan Tambah 45 Laras Senjata Api

SANDAKAN, 13 Jun (Bernama) — Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) akan menambah 45 lagi laras senjata api untuk dibekalkan kepada pegawainya yang bertugas di kawasan berisiko pencerobohan hutan yang tinggi.

LHDN Laksana Audit Luar, Meja Di Sandakan

SANDAKAN, 13 Jun (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan audit luar dan meja terhadap 18 syarikat guaman dan arkitek di daerah ini menerusi Operasi Gegar Bersepadu selama dua hari, bermula hari ini.

Kabinet Sarawak Akan Bincang Isu Cukai Pelancongan Khamis Minggu Depan

KUCHING, 13 Jun (Bernama) — Kerajaan negeri akan membincangkan isu Cukai Pelancongan dalam mesyuarat kabinetnya pada 22 Jun ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Isu  Berterusan

Saman Kecuaian: 16 Jun Pengurusan Kes Saman Pegawai Kanan LHDN Terhadap Hospital

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 16 Jun untuk pengurusan kes saman seorang pegawai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap sebuah hospital swasta dan dua lagi berhubung dakwaan kecuaian seorang doktor pakar sakit puan hingga menyebabkan pundi kencing wanita itu terpotong ketika pembedahan membuang rahim.

Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Berhubung Hak Sebagai Pengundi

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung haknya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dua tahun lepas.

Penganggur Dipenjara, Didenda Curi Barangan Penjagaan Diri

PETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) — Seorang penganggur terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di dalam penjara apabila dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan penjagaan diri, minggu lalu.

Kelindan Lori Didakwa Lakukan Pemerasan, Rogol Jururawat

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) — Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan pemerasan dan merogol seorang jururawat yang juga bekas teman wanitanya, di sebuah hotel di Seksyen 13 di sini, awal bulan ini.

Jenayah

Ketulan Mayat Dalam Tiga Guni

Polis Tahan 11 Lelaki Bantu Siasatan Kes Cubaan Bunuh

Polis Tembak Mati Dua Anggota Geng Samun Rantau Sitiawan, ‘Ari’ Dan ‘Kenjo’

Polis Tahan Tujuh Peniaga Jual Bunga Api, Mercun Tanpa Permit Sah

Polis Siasat Kes Kanak-kanak Lelaki Tiga Tahun Diberi Dadah

Mayat Warga Bangladesh Dikerat Enam

Politik

BN Iktiraf, Hormati Badan Keagamaan Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat Di Sabah – Radin

TENOM, 13 Jun (Bernama) — Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf dan menghormati setiap badan keagamaan yang ada di negara ini berlandaskan prinsip parti mahu memastikan pembangunan yang seimbang, adil dan telus kepada rakyat, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh.

Kerja sia-sia layan pelawaan berdebat pembangkang – Ismail Sabri

BERA: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan adalah lebih baik untuk Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak melayan permintaan pembangkang untuk berdebat.

PPBM didakwa halang kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kecewa dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menghalang kebebasan bersuara untuk ah­linya, Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar tidak menolak kemungkinan untuk keluar daripada parti itu.

PRU 14: Najib dijangka tingkat prestasi BN

KUALA LUMPUR 13 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mampu sama ada mengekalkan atau pun meningkatkan prestasi serta peluang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang.

Kepemimpinan PPBM perlu adil

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kepemimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didesak supaya telus dalam perjuangan tanpa menjadikan individu tertentu yang ikhlas menganggotai parti sebagai mangsa seterusnya mengelakkan dominasi pihak berkepentingan peribadi.

Perkongsian pintar selesai masalah rakyat

PASIR MAS 13 Jun – UMNO Bahagian Pasir Mas menjalinkan perkongsian pintar dengan jabatan-jabatan kerajaan dalam usaha membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih cepat.

Sukan

Cadangan Wujudkan Tabung Kebajikan Persaraan Atlet

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Tabung Kebajikan Persaraan Atlet ala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara aspirasi dilontarkan pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama warga sukan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, hari ini.

Malaysia Tewas 1-2 Kepada Lubnan Pada Perlawanan Kelayakan Piala Asia Kumpulan B

JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) — Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila ditewaskan Lubnan 1-2 pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019, Kumpulan B di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, di sini malam ini.

Skuad B-22 Seri Aksi Persahabatan Kedua Jelajah China

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Skuad bola sepak Bawah 22 negara (B-22) bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang pasukan simpanan Guangzhou R&F pada aksi persahabatan kedua Jelajah China di Padang Latihan Bola Sepak Baining di Guangzhou, China, hari ini.

Terserah Kepada Penembak Negara Berhubung Saman – Khairy

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata dua atlet menembak kebangsaan boleh meneruskan hasrat mereka untuk menfailkan saman terhadap pihak yang gagal mengemukakan bukti mendakwa mereka menghadapi masalah disiplin sehingga digugurkan daripada senarai atlet ke Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Kategori
Rangkuman Berita