Lelaki Bunuh Abang Kandung Direman Empat Hari

Lelaki membunuh abangnya dengan alat pemadam api selepas timbul perselisihan faham antara mereka direman empat hari

PERMATANG PAUH : Seorang lelaki yang membunuh abangnya dengan alat pemadam api selepas timbul perselisihan faham antara mereka direman empat hari, mulai hari ini.

Suspek berusia 48 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi sebelum perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah.

Dalam kejadian di Kampung Sama Gagah semalam, seorang lelaki maut selepas disembur dengan alat pemadam api selain terdapat kesan hentakan objek tumpul pada bahagian belakang kepalanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa dipercayai bertindak menyerang dan cuba melanggar adiknya dengan motosikal terlebih dahulu sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Kategori
Nasional