Selatan Jepun Digegarkan Gempa Bumi 6.0 Magnitud

Gempa bumi kuat yang berlaku di Selatan Jepun itu tidak menyebabkan tsunami

TOKYO : Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 menggegar selatan Jepun hari ini, namun tiada amaran tsunami atau laporan kerosakan atau kecederaan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa pada kedalaman 33 kilometer itu berlaku di kawasan perairan pulau Miyako di Okinawa.

Miyako yang mempunyai kira-kira 55,000 penduduk terletak kira-kira 1,840 km dari barat daya Tokyo. – Reuters

Kategori
Dunia