140 GAY DITAHAN DI JAKARTA TERMASUK DUA WARGA MALAYSIA

Semua lelaki itu ditangkap dalam satu serbuan lewat kelmarin di sebuah bangunan di Jakarta yang menempatkan sebuah sauna dan gimnasium

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia menahan 141 lelaki gay termasuk beberapa warga asing yang sedang berpesta seks di sebuah sauna di sini, kata polis semalam.

Semua lelaki itu ditangkap dalam satu serbuan lewat kelmarin di sebuah bangunan di Jakarta yang menempatkan sebuah sauna dan gimnasium.

Beberapa gambar yang tersebar di Internet menunjukkan suspek yang tidak berbaju duduk di sebuah bilik sempit ketika ditahan.

Polis memberitahu, ketika serbuan kebanyakan suspek berada dalam keadaan bogel.
Jurucakap polis, Nasriadi berkata, empat suspek yang ditahan adalah warga asing terdiri daripada rakyat Britain, Singapura dan dua warga Malaysia.

“Sebelum membuat serbuan, pegawai kami menyiasat dengan menyamar sebagai pengunjung,” katanya.

Menurutnya, 10 suspek bakal didakwa mengikut undang-undang antipornografi dan berdepan hukuman penjara 10 tahun.

“Semua 10 suspek itu terdiri daripada penganjur dan beberapa pelacur serta penari bogel.
“Baki pengunjung yang ditahan itu masih disoal siasat polis dan mungkin menjadi saksi pendakwaan,” jelasnya. – AFP

Kategori
Dunia