TERIMA ASET BERNILAI RM5.9 JUTA APM SARAWAK SEDIA HADAPI BENCANA

penerimaan jentera baharu itu dapat membantu memperkukuhkan aset APM Sarawak apabila berlaku bencana seperti banjir
KUCHING: APM Sarawak menerima lapan lori lima tan (MAN) dan sebuah bot ‘Amphibious Rigid Infaltable’ 7.1 Sealegs daripada kerajaan persekutuan secara tidak langsung meningkatkan lagi kebolehupayaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak di dalam Operasi bantuan musim bencana.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penerimaan jentera baharu itu dapat membantu memperkukuhkan aset APM Sarawak apabila berlaku bencana seperti banjir.
“Selain itu, ianya akan meningkatkan lagi kadar keupayaan dan mobiliti APM di negeri ini dan sekurang-kurangnya dapat membantu operasi,” katanya.
Beliau yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan lapan buah lori tersebut bernilai RM5.3 juta.
Manakala, Amphibious Rigid Infaltable Boat 7.1 Sealegs bernilai RM 640,000.
“Saya rasa amat gembira kerana APM Negeri Sarawak telah memperolehi lapan buah lori 5 tan (MAN) serta sebuah Amphibious Rigid Infaltable Boat 7.1 Sealegs.
“Saya mewakili kerajaan Negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Sri Shahidan Kasim,Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia diatas komitmen serta keprihatinan dalam meningkatkan mutu perkhkidmatan kepada rakyat Sarawak khususnya dalam menangani bencana,”katanya
Kategori
Borneo