TELEKOM SETUJU TINGKAT KELAJUAN 4 TERABIT SESAAT PADA JUN – ABANG JO

kejayaan Ekonomi Digital Sarawak terletak sepenuhnya pada kelajuan dan liputan infrastruktur fizikal kabel dan fiber atau Lebuhraya Digital
Telekom Malaysia bersetuju terhadap permintaan kerajaan negeri, Sarawak dijangka bakal menikmati kelajuan tranmisi data empat terabit sesaat (4Tbps) menjelang Jun tahun ini.
“Saya ingin mengumumkan selepas kenyataan saya pada Persidangan IDECS pada 3 dan 4 April 2017, kini Telekom Malaysia (TM) menyambut baik hasrat Sarawak dan mereka akan meningkatkan kelajuan backhaul bukan sahaja untuk 2 terabit sesaat (2 Tbps) tetapi untuk 4 terabit sesaat (4 Tbps) menjelang Jun tahun ini 2017.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, Telekom Malaysia memberi respons yang sangat baik terhadap permintaannya bagi 2 Tbps, malah meningkatkannya kepada 4 terabit sesaat.
“Terima kasih TM kerana memberi sokongan kepada Sarawak!,” katanya
Abang Johari mengumumkan ketika ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18, di sini semalam.
Menurutnya, kejayaan Ekonomi Digital Sarawak terletak sepenuhnya pada kelajuan dan liputan infrastruktur fizikal kabel dan fiber atau Lebuhraya Digital.
“Untuk kita mencapai sasaran hingga 100 mbps bagi setiap isi rumah, kita perlu pastikan bahawa kelajuan transmisi data mencukupi.
“Dalam masa terdekat, melalui 5,000 menara telekomunikasi yang diperlukan, kita akan beralih kepada teknologi 5G dengan peruntukan spektrum baharu.
“Kadar kelajuan transmisi data hari ini ialah 1.3 terabit sesaat (1.3 Tbps). Saya umumkan bulan lepas bahawa saya mahu kelajuan ini menjadi 2 terabit sesaat (2 Tbps) bagi menjadikan langkah kita ke arah Ekonomi Digital Sarawak lebih bermakna,” ujarnya
Ketika ini kelajuan purata di Sarawak hanya sehingga 100 megabit sesaat (100 mbgps) setiap isi rumah di kawasan yang padat penduduk dan antara 20 hingga 50 mbps di kawasan taburan penduduk rendah yang mana hanya mencukupi untuk teknologi 4G.
“Ketika ini Sarawak mempunyai 1,200 menara komunikasi dan jumlah itu akan ditambah sehingga 5,000 menara, dengan peruntukkan dana RM1 bilion untuk pembinaan 3,8000 menara lagi,” katanya.
Kategori
Borneo