PROGRAM DIGITAL KENYALANG BANTU TINGKATKAN PENDAPATAN 13,000 USAHAWAN MIKRO

usahawan mikro di Sarawak sehingga mampu membantu meningkatkan pendapatan mereka dalam dunia perniagaan.

KUCHING: Program Digital Kenyalang anjuran Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) bersama MDEC berlangsung esok yang bakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di  Penview Convention Centre (PCC) Demak Laut.

Program terbabit bertujuan memberi pendedahan bermanfaat kepada usahawan mikro di Sarawak sehingga mampu membantu meningkatkan pendapatan mereka dalam dunia perniagaan.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Sri Fatimah Abdullah program terbabit mendedahkan kepada peserta tentang teknik betul mengiklankan produk mereka secara online termasuk di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Penganjur menyasarkan kehadiran 1,000 peserta dari kalangan usahawan mikro tempatan menghadiri program tersebut yang akan diteruskan kemudian ke Bahagian Samarahan, Sri Aman, Sibu, Miri dan Limbang.

Bercakap pada sidang media berkaitan Program Digital Kenyalang di PCC Demak Laut, Fatimah mendedahkan sehingga 2017, sudah lahir 13,118 usahawan mikro di negeri ini yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

 Majoriti 8,643 usahawan mikro berkenaan dilahirkan melalui program 1 Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) di bawah kementerian terbabit.

Sementara, 4,031 usahawan mikro dilahirkan melalui program Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan 207 dilahirkan melalui program JKM Sarawak.

Manakala, program Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Perindustrian Sarawak pula melahirkan 146 orang dan program Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak melahirkan 91 usahawan mikro. – Sarawakvoice

Kategori
Borneo