ABANG JO UJI KERETA API BERJANA KUASA HIDROGEN DI CHINA

Lawatan ini penting kerana beliau sebelum ini telah mengumumkan rancangan untuk membina sistem aliran transit ringan (LRT) yang menghubungkan Kuching dengan Serian, Kota Samarahan dan Damai.

BEIJING, China: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang dalam rangka lawatan hari kedua ke kota metropolis ini semalam berkunjung ke pejabat China Railway and Engineering Corporation untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai teknologi kereta api rel ringan di China.

Lawatan ini penting kerana beliau sebelum ini telah mengumumkan rancangan untuk membina sistem aliran transit ringan (LRT) yang menghubungkan Kuching dengan Serian, Kota Samarahan dan Damai.

Justeru lawatan ke China ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meneroka teknologi yang berpotensi dan sesuai untuk sistem LRT tersebut.

Ketika ini, pilihan teknologi yang utama untuk Sarawak ialah kuasa hidrogen yang dijana melalui air, sebelum ditukar menjadi elektrik melalui sel bahan bakar.

Pada petang semalam, Abang Johari meluangkan masa melawat sebuah stesen kereta api maglev dan menguji

penggunaannya yang menggunakan tujahan elektrik dan magnet untuk bergerak.

Ketua Menteri esok akan terbang ke selatan menuju Wuhan di wilayah Hubei pada kunjungan kali keduanya ke China tahun ini.

* Ambrose Cheng merupakan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak

Kategori
Borneo