United, Everton buru Zouma

“Sama ada ia mungkin ataupun tidak mungkin. Sekiranya mungkin, ia bagus tetapi jika sebaliknya kami akan terus berjuang, berusaha dan mempercayai pemain yang ada.”

MANCHESTER: Manchester United mengambil langkah untuk mendapatkan pertahanan Chelsea, Kurt Zouma tatkala Jose Mourinho merancang memperkuatkan pilihan barisan pertahanannya sebelum jendela pemindahan pemain berakhir, hari ini.

United begitupun bersaing sengit dengan Everton untuk mendapatkan Zouma, sama seperti ketika mereka cuba mendapatkan pertahanan Barcelona Yerry Mina, lapor akhbar Perancis, L’Equipe.

Terdapat laporan yang menyatakan The Toffees berminat dengan perjanjian secara pinjaman namun United lebih selesa mengikat pemain berkenaan secara tetap meskipun Chelsea dilihat berkeras menjualnya kepada pasukan seteru.

United berminat untuk memiliki bek tengah dan Mourinho yang membawa masuk Zouma ke Chelsea, tampak kecewa dengan aktiviti kelab itu pada jendela perpindahan pada musim panas ini.

Mourinho mengesahkan yang beliau mahukan dua pemain baharu sebelum pemindahan pemain berakhir hari ini tetapi mengakui hanya menjangkakan seorang saja pemain terbaik akan tiba pada hujung Julai lalu.

“Saya mungkin mahukan dua lagi pemain,” kata Mourinho. “Saya fikir saya tidak akan mempunyai dua. Saya fikir, mungkin hanya seorang. Ada kemungkinan.

“Perkara itu saya sudah senaraikan dalam senarai lima pemain yang dihantar kepada kelab kira-kira beberapa bulan lalu, saya akan melihat sama ada berkemungkinan saya mempunyai salah seorang pemain ini.

“Sama ada ia mungkin ataupun tidak mungkin. Sekiranya mungkin, ia bagus tetapi jika sebaliknya kami akan terus berjuang, berusaha dan mempercayai pemain yang ada.”

Everton bersetuju untuk membayar yuran pemindahan 28.5 juta pound (RM149.48 juta) bagi mendapatkan Mina selepas rundingan pemain Colombia itu  bersama United terhenti. – Agensi

Kategori
BeritaSukanUtama