Satu lagi kilauan emas untuk Malaysia pada hari kelapan Asiad 2018

79 JAKARTA, 26 Ogos  – Kontinjen Malaysia kembali mempamerkan aksi terbaik selepas menambah satu pingat emas dan perak serta tiga gangsa pada hari kelapan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di...

JAKARTA, 26 Ogos  – Kontinjen Malaysia kembali mempamerkan aksi terbaik selepas menambah satu pingat emas dan perak serta tiga gangsa pada hari kelapan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Indonesia, hari ini.

Kilauan pingat emas kedua negara disumbangkan oleh ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang mengetepikan saingan sengit pemain muda negara, S. Sivasangari; 11-13, 11-9, 5-11, 11-6 dan 11-8 pada aksi final perseorangan wanita di Stadium Skuasy, Gelora Bung Karno, di sini.

Atlet karate negara, S. Prem Kumar menghadiahkan gangsa untuk kontinjen negara selepas menewaskan wakil Hong Kong, Lee Chun Ho 5-0 pada aksi penentuan pingat gangsa acara kumite bawah 60kg lelaki di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta.

Dua lagi gangsa hadir menerusi acara silat selepas dua pesilat negara iaitu Mohamad Hazim Amzad dan Muhammad Robial Sobri, kalah kepada lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir kelas Putera C (55-60kg) dan Putera I (85-90kg).

Kategori
BeritaSukanUtama