Salah tetap salah

Pihak polis megesahkan menerusi Twitter bahawa video itu sudah pun diserahkan kepada jabatan yang berkenaan.

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dirujuk kepada pihak polis oleh kelabnya selepas dia dirakam sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Pihak polis megesahkan menerusi Twitter bahawa video itu sudah pun diserahkan kepada jabatan yang berkenaan.

Jurucakap kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, mereka sudah pun merujuk kepada polis selepas mengadakan perbincangan bersama Salah.

Katanya, sebarang tindakan susulan terhadap pemain antarabangsa Mesir itu hanya akan dilakukan secara dalaman.

Video berkenaan yang tular di Twitter menunjukkan Salah menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu. Ramai peminat termasuk kanak-kanak mendekati keretanya ketika itu.

Jurucakap berkenaan berkata: “Pihak kelab selepas mengadakan perbincangan dengan pemain sudah merujuk kepada pihak polis.

“Kami juga sudah berbincang dengan pemain dan tindakan susulan akan dilakukan secara dalaman.”

Kategori
BeritaSukanUtama