Perlumbaan MotoGP British dibatalkan kerana keadaan Litar

136 SILVERSTONE (United Kingdom), 26 Ogos  — Hujan lebat memaksa perlumbaan MotoGP di Litar Silverstone hari ini dibatalkan. Selepas pelumba MotoGP memanaskan badan dan jentera  dalam keadaan litar kering, hujan  mulai  turun selepas kelas sokongan berakhir dan menjadi lebat selepas pelumba kelas premier masuk ke grid. Terdahulu satu mesyuarat antara penganjur perlumbaan, Dorna,...

SILVERSTONE (United Kingdom), 26 Ogos  — Hujan lebat memaksa perlumbaan MotoGP di Litar Silverstone hari ini dibatalkan.

Selepas pelumba MotoGP memanaskan badan dan jentera  dalam keadaan litar kering, hujan  mulai  turun selepas kelas sokongan berakhir dan menjadi lebat selepas pelumba kelas premier masuk ke grid.

Terdahulu satu mesyuarat antara penganjur perlumbaan, Dorna, Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan pelumba MotoGP diadakan bagi membuat keputusan  mengenai  perlumbaan  hari ini.

“Kami berjumpa dan berbincang mengenai keadaan itu. Kami sudah membuat keputusan awal untuk  perlumbaan ditangguhkan tetapi keadaan litar tidak bertambah baik biarpun hujan sudah reda , litar masih terlalu basah. Keselamatan masih menjadi keutamaan kami.

Keadaan litar masih lagi basah.  Kami membincangkan pelbagai pilihan termasuk mengadakan perlumbaan esok tetapi ia adalah mustahil,” kata Pengarah Perlumbaan MotoGP, Mike Webb dalam satu sidang media.

Permulaan Grand Prix British ditangguhkan  kerana cuaca buruk di litar.

Dengan hujan lebat sepanjang hujung minggu, perlumbaan sudah diawalkan daripada waktu perlumbaan  asal dari 1 tengah hari kepada 11.30 pagi  dalam  usaha  untuk  menghadapi  keadaan  cuaca  tetapi  hujan  berterusan, memaksa pegawai menangguhkan masa perlumbaan atas sebab keselamatan.

Sementara itu pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 berkata beliau menerima keputusan yang telah dibuat.

“Daripada sudut teknikal, komisar keselamatan telah memuktamadkan yang perlumbaan itu dibatalkan

Pembatalan ini disebabkan oleh faktor keselamatan trek yang tak selamat dan keadaan cuaca yang tidak baik. Sesi kelayakan saya juga kurang baik. Untuk pusingan seterusnya saya mahu meningkatkan  cengkaman  dan sudut teknikal jentera,” katanya.

Kategori
BeritaSukanUtama