Penolong ketua jurulatih, Azzmi Aziz berkata, strategi berbeza itu perlu dalam misi penting untuk memastikan skuad Helang Merah dapat mengutip tiga mata bagi memburu tempat lebih selesa.

Menurutnya, beliau akan melakukan strategi lebih baik berbanding perlawanan lalu untuk menghadapi situasi di tempat lawan yang dijangka lebih sengit.

“Jika ikut situasi semasa, saya fikir kami akan melakukan sedikit perubahan. Dalam aksi bertemu MISC-MIFA kami hanya fokus untuk menang, bukan seri. Jadi kami semesti­nya perlu mengatur strategi kemenangan.

“Apa yang penting persiapan secukup­nya dalam latihan dan pemain bebas daripada ­kece­de­­­ra­an,” katanya di Alor Setar semalam.

Azzmi berkata, walaupun Kedah mendapat suntikan motivasi melalui kemenangan 3-2 ke atas MISC-MIFA minggu lalu, namun pasukan itu perlu berhati-hati dalam setiap langkah supaya tidak memakan diri.

Bagaimanapun, beliau percaya pasukan tuan rumah juga tidak mahu melepaskan pe­luang untuk membalas dendam terhadap skuad Helang Merah.

“Sehubungan itu, para pemain Kedah perlu berhati-hati kerana lawan sudah ada enam mata dan mereka takkan lepaskan peluang apabila beraksi di laman sendiri,” ujar­nya.