Trio berbisa negara, Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid menjadi watak penting buat Malaysia apabila masing-masing menghasilkan jaringan pada minit ke-37, 61 dan 78, manakala gol sagu hati wakil dari Asia Tengah itu pula dihasilkan oleh Ernist Batyrkanov pada minit ke-55.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan tiga mata yang diraih ini biarpun pada awal perlawanan pemain kelihatan sedikit gugup, namun mereka berjaya mengatasinya dengan baik selepas itu.

“Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pada aksi kedua menentang Korea Selatan Jumaat ini,” ujar Ketua Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee.

Skuad muda Harimau Malaya diletakkan sasaran untuk berada pada pusingan suku akhir temasya kali ini selepas tampil cemerlang apabila berada dalam kelompok lapan terbaik pada kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari lepas.

Dalam pada itu, Korea Selatan memberi amaran awal untuk mempertahankan pingat emas yang diraih di Incheon empat tahun lalu apabila membelasah Bahrain 6-0 di venue sama malam tadi.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad bola sepak negara pada temasya empat tahun sekali itu adalah ketika meraih pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia dan edisi 1974 di Teheran, Iran. Kyrgyzstan