Gameiro, 31, terpaksa membuat keputusan tersebut kerana sukar merebut tempat dalam kesebelasan utama Atletico, apatah lagi selepas juara Liga Europa itu membeli tiga pemain baharu, Gelson Martins, Nikola Kalinic dan Thomas Lemar baru-baru ini.

Bekas penyerang skuad antarabangsa Perancis itu sudah tidak sabar untuk membuat debut bersama Valencia menjelang aksi pembuka tirai saingan La Liga musim ini menentang Atletico di Stadium Mestalla pada 21 Ogos ini.

“Saya berharap dapat memulakan aksi bersama Valencia secepat mungkin. Kecergasan saya juga semakin menghampiri tahap terbaik, sekali gus membolehkan saya bersedia untuk perlawanan pertama nanti,” kata Gameiro.

Perpindahan Gameiro ke Valencia dilihat satu ‘perniagaan’ merugikan buat Atletico yang sebelum ini membelinya dengan yuran perpindahan tinggi bernilai €32 juta (RM149.5 juta) dari Sevilla pada 2016.

Gameiro yang pernah beraksi de-ngan Strasbourg, Lorient dan Paris Saint-Germain sebelum ini, merupakan pembelian kedua Valencia selepas kelab itu berjaya mendapatkan khidmat penyerang Chelsea, Michy Batshuayi secara pinjaman sehingga akhir musim.

Meskipun Gameiro tidak diberikan banyak peluang selama dua musim di Atletico, namun dia masih berupaya menjaringkan 27 gol da-ripada keseluruhan 83 penampilan bersama naib juara La Liga itu. – Agensi