Cub Prix: Fazli sasar layak ke Superpole

“Cuma, kami masih belum berada di tahap terbaik. Walaupun saya berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam perlumbaan akhir, keputusan peringkat kelayakan agak mengecewakan.

KUALA LUMPUR: Ahmad Fazli Sham menetapkan sasaran awal untuk layak ke sesi Superpole kelas CP150 dalam pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada Sabtu dan Ahad ini.

Masih segar dengan dua kemenangan kelas Underbone 150cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di India baru-baru ini, Fazli berharap dapat meneruskan momentum tersebut dalam kejuaraan peringkat kebangsaan setelah memilih haluan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing bagi musim 2018.

Namun, selepas tiga pusingan setakat ini, pelumba berusia 36 tahun itu belum menemui rentak terbaik apabila masih gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik yang layak ke sesi Superpole.

“Kami masih mencari keserasian dan akan terus bekerja keras. Di Asia, kami sudah mula menunjukkan peningkatan dan begitu juga dalam Cub Prix di mana pelumba kami juga telah menaiki podium di Jasin sebelum ini, jadi ia membuktikan yang kami juga mampu.

“Cuma, kami masih belum berada di tahap terbaik. Walaupun saya berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam perlumbaan akhir, keputusan peringkat kelayakan agak mengecewakan.

“Saya tidak mahu memberikan tekanan dengan meletakkan sasaran di podium. Saya perlu lebih realistik dan layak ke Superpole adalah matlamat utama ketika ini,” katanya.

Kategori
BeritaSukanUtama