Dalam suasana penuh debaran, rakyat Malaysia bersama jutaan penonton di seluruh dunia memberikan tumpuan kepada perlawanan akhir yang menyaksikan pasukan Perancis menumpaskan Croatia dengan jaringan 4-2 di Stadium Luzhniki, Moscow, Rusia.

Restoran Hakim, Seksyen 7 menjadi lokasi kaki bola daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan bersejarah itu selain menyertai pelbagai aktivi­ti yang disediakan.

Orang ramai menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir tersebut menerusi dua skrin gergasi LED 24×12 kaki, lima projektor besar dan lima buah televisyen.

Menurut Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Hazwan Hairul, pengunjung mula memenuhi Restoran Hakim sejak pukul 5 petang bagi memeriahkan acara di samping me­nyaksikan penentuan juara bagi Piala Dunia 2018.

“Sejak pukul 5 petang lagi kami telah menerima pengunjung yang berpusu-pusu ke Restoran Hakim untuk mendaftarkan diri bagi menyertai pelbagai permainan dan pertandingan yang diadakan.

“Antara pertandingan yang menjadi tumpuan pengunjung ialah permainan teka balang, permainan bola sepak PS4, fusbal serta permainan sepak gawang.