RINGGIT MERUDUM TERENDAH TAHUN INI

Sebaik sahaja PH berkuasa, bukan sahaja nilai Ringgit mula jatuh, malah pelabur juga mula menarik balik pelaburan mereka di negara ini.

Sejak kerajaan  PH memerintah, Ringgit terus merudum, dan pada tarikh 15 Ogos, kedudukan Ringgit berbanding dolar Amerika adalah terendah tahun ini.

Walaupun ia satu fenomena ekonomi yang dikaitkan dengan keadaan politik antarabangsa, namun ia memalukan kerajaan PH kerana sebelumnya BN telah berjaya mempertahankan nilai Ringgit di bawah paras 4.0 dan menghampiri 3.8 berbanding dolar Amerika.

Misalnya pada tarikh 2 April lalu semasa BN masih berkuasa, nilai Ringgit berada pada 3.8520/8560 berbanding Dolar Amerika.

Sebaik sahaja PH berkuasa, bukan sahaja nilai Ringgit mula jatuh, malah pelabur juga mula menarik balik pelaburan mereka di negara ini.

Kerajaan sesebuah negara boleh mempertahankan nilai wangnya dengan baik, namun ia amat memalukan bukan sahaja perbandingan Ringgit dengan Dolar Amerika, bahkan dengan Dolar Singapura, Australia mahupun Brunei Darussalam.

Dalam dagangan awal pagi semalam (15 Ogos), nilai Ringgit terus merosot mencecah paras terendah dalam tempoh lapan bulan dengan unit tempatan diniagakan pada 4.0970/1000 berbanding Dolar AS daripada 4.0950/1000 semasa ditutup lewat petangnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Nazri Khan Adam Khan, pelabur kini bimbang mengenai keadaan nilai ringgit sedemikian.

                      Dipetik dari BHOnline

Ketegangan politik AS-Turki dikatakan menjadi punca peningkatan nilai Dolar Amerika, manakala nilai Ringgit yang apung itu terkesan daripada lonjakan tersebut.

“Malaysia akan terjejas kerana ia adalah rakan dagang penting Turki, dengan negara itu menjadi ekonomi ke-18 terbesar di dunia,” kata Nazri Khan.

Sehari sebelumnya, Turki telah mengambil tindakan balas dengan memboikot produk elektronik dari Amerika selepas Washington mengenakan sekatan dan kenaikan tarif ke atas negaranya berikutan penahanan seorang paderi AS di Turki.

Sejauh manakah merudumnya nilai Ringgit pada hari-hari yang mendatang berbanding Dolar Amerika, tidak pula dapat dijangkakan. Namun Malaysia harus mengambil tindakan proaktif kerana ia akan memberi kesan kepada dagangan luar negara.

Kategori
Rencana