PH TUDUH BN PUNCA KEGAGALAN MENUNAIKAN JANJI 100 HARI

tuduhan Saifuddin agak aneh kerana, mantan PM, Datok Seri Najib Tun Razak tanpa banyak alasan telah menghapuskan 11 tol lebuh raya di negara ini

Kerajaan Malaysia Baharu, Pakatan Harapan (PH) telah memperakui bahawa mereka tidak dapat menunaikan beberapa janji dalam tempoh 100 hari, seperti yang terkandung dalam manifesto PRU14, semata-mata kerana salah pengurusan kerajaan BN sebelumnya.

Hasil carian imej untuk saifuddin

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan memerlukan tempoh lebih lama untuk melihat hasilnya, bagi melunaskan janji kepada rakyat kerana buat masa ini keadaan kewangan negara agak tertekan.

Katanya, kegagalan menunaikan janji berlaku kerana keadaan ekonomi dan kewangan yang diambil alih daripada kerajaan BN sebelum ini, lebih ‘teruk’ daripada apa yang disangkakan.

“Dalam masa 100 hari, ada 10 janji yang telah kita sebut dalam manifesto PH, ada perkara yang sudah kita laksanakan, ada perkara yang sedang diusahakan dan ada perkara yang baru kita mulakan.

“Ia satu janji yang kita tetap akan tunaikan, tetapi saya harap rakyat Malaysia memahami keadaannya sangat teruk sehingga ada satu dua janji sukar dilaksanakan dalam 100 hari, mungkin dapat dilaksanakan satu dua tahun,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Saifuddin, yang juga Menteri Luar mengakui terdapat beberapa janji yang memerlukan sedikit masa lagi untuk ditunaikan, antaranya pemberian kad pengenalan kepada warga negara Malaysia yang masih belum memilikinya.

“Ada yang harus tunggu, contohnya GST diganti SST, kena tunggu Dewan Negara dahulu dan ada beberapa perkara lain yang akan ambil sedikit masa, sebab ia melibatkan banyak peraturan dan sebagainya. tetapi yang penting 10 janji itu telah dimulakan prosesnya.

Dipetik dari UtusanOnline

“Dalam soal menghapuskan tol, ia dalam janji yang ambil tempoh masa, memang kita akan hapuskan tetapi mungkin berperingkat kerana melibatkan perkiraan yang lebih detail, tetapi sedaya upaya kita cuba melunaskan janji,” katanya.

Walau bagaimanapun SelangorPress melihat tuduhan Saifuddin agak aneh kerana, mantan PM, Datok Seri Najib Tun Razak tanpa banyak alasan telah menghapuskan 11 tol lebuh raya di negara ini iaitu plaza tol di Teluk Kapas Klang Utara; Metramac; Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang; Batu 11, Lebuh Raya Cheras-Kajang; Jambatan Lanang, Sibu; Jam­batan ASEAN, Baram; Jam­­batan Salahuddin, Ku­ching; Batu Tiga; Sungai Rasau; Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru (EDL). 

Malah, kerajaan BN terdahulu mampu membiayai BR1M kepada rakyat yang berpendapatan RM4000 ke bawah sedangkan tahap pendapatan Skim Bantuan Sara Hidup Rakyat PH telah menurunkan tahap pendapatan itu kepada RM3000, sedangkan aras pendapatan rakyat miskin telah meningkat.

Rakyat juga dapat memerhatikan bagaimana pelabur asing menarik balik pelaburan mereka sebaik sahaja PH mengambil alih kuasa sehingga syarikat yang menjadi sandaran pelaburan KWSP kerugian RM6.09bilion.

Dipetik dari MStar

Aneh juga apabila perbelanjaan untuk pelaksanaan projek HSR Singapura-Kuala Lumpur telah meningkat mendadak berbanding dengan nilai perbelanjaan yang telah dipersetujui oleh kerajaan BN-Singapura.

Lebih aneh lagi apabila Menteri Kewangan dikritik keras kerana menggunakan formula sendiri untuk mentafsir hutang negara yang dikatakan berjumlah lebih RM1trilion, sedangkan hutang negara sebagaimana yang diperakui oleh IMF, Blomberg, Bank Negara dan piawaian antarabangsa hanyalah bernilai RM686bilion sahaja selari dengan statutori dalam Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Hutang negara tidak boleh melebihi had nisbah 55% berbanding KDNK negara.

Banyaklah lagi langkah kerajaan BN terdahulu yang memperlihatkan kemampuannya mentadbir ekonomi negara dengan baik berbanding PH. Malahan nilai Ringgit berbanding mata wang Dolar Amerika juga tinggi, namun menjunam jatuh sebaik Mahathir mengambil alih.

Harga petrol yang dijanjikan akan turun oleh kerajaan PH, juga merupakan pembohongan, sebaliknya mengikut Pengarah Urusan Mydin, Datok Ameer Ali Mydin, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah membuat kesilapan besar apabila ingin melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kembali bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).  Mngikut Datok Ameer harga pengurusan perdaganagn barangan akan menjadi lebih tinggi dan hal ini akan meningkatkan harga barang. GST telahpun dilaksanakan di lebih 150 negara di seluruh dunia, dan kerajaan PH seperti mengundur ke belakang.

Namun rakyat tahu pembohongan kerajaan PH kerana GST sebenarnya tidak dihapuskan tetapi diwujudkan dengan kadar 0% dan pastinya akan kembali aktif dengan kadar beberapa % tidak lama lagi.

Nampak sangat bahawa kerajaan PH adalah kerajaan penipu yang cuba memutar-belitkan fakta, manakala kelemahan mereka diletakkan pada bahu orang lain.

Kategori
Rencana