MAT SABU MEMALUKAN PERTAHANAN NEGARA

Rata-rata netizen mengecam kenyataan dungu Menteri Pertahanan yang baru itu kerana kenyataan tersebut dilihat sebagai satu tindakan membocorkan rahsia sulit ketenteraan kepada umum dan ini akan menguntungkan perisik luar

Pada 1 Ogos lalu, Menteri Pertahanan, Mat Sabu telah mendedahkan bahawa Malaysia hanya mempunyai empat pesawat udara yang mampu beroperasi, sedangkan 24 buah lagi sudah tidak berupaya berfungsi.

Pada masa kini TUDM mempunyai 18 pesawat pejuang Sukhoi  dan 10 buah MiG buatan Russia. “Hanya empat daripada pesawat mampu terbang dengan baik dan baki 14 masih dalam pembaikan,” katanya.

Dalam kenyataannya pada sidang Dewan Rakyat, Mat Sabu turut berkata, TUDM tidak mampu menyelenggarakan pesawat pejuang dengan baik.

Walau bagaimanapun rakyat melihat bahawa kenyataan Mat Sabu mempunyai rasional peribadi iaitu melantik kontraktor baru bagi menggantikan kontraktor sebelumnya yang dikatakan lemah.

Kemudian lagi sekali pada 9 Ogos, Mat Sabu membuat kenyataan bahawa kedudukan semasa pertahanan Malaysia adalah terkebelakang berbanding negara-negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.

Tegas beliau, “Sekarang ini, kedudukan tentera laut, udara dan sebagainya dalam kalangan Asia Tenggara, negara kita berada di tempat yang paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu dan Malaysia sekarang ke bawah.” Mat Sabu juga menegaskan bahawa situasi ini amat berbeza dengan kedudukan Malaysia pada tahun 1970-an.

Ini bermakna taraf kedudukan kekuatan tentera Malaysia menjadi lemah sejak Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri pada 1981.

“Malu kita kalau pergi ke peringkat antarabangsa. Tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat semula – akan menjadi nombor satu semula,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Menteri Pertahanan turut mendedahkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia apabila TUDM hanya menerima 62% peruntukan dari jumlah peruntukan yang dipohon.

Rata-rata netizen mengecam kenyataan dungu Menteri Pertahanan yang baru itu kerana kenyataan tersebut dilihat sebagai satu tindakan membocorkan rahsia sulit ketenteraan kepada umum dan ini akan menguntungkan perisik luar. Malah ia membunuh semangat ketenteraan pada jiwa setiap perajurit negara, manakala rakyat pula rasa tidak selamat dengan kekuatan pertahanan yang lemah.

Hasil carian imej untuk Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Datuk Arshad Raji.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Datuk Arshad Raji.

Tindakan Mat Sabu juga mendapat bantahan keras daripada Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Datuk Arshad Raji.  Arshad membidas, “Adalah tidak wajar untuk mendedahkan rahsia persenjataan negara. Orang awam perlu berasa yakin dan terjamin bahawa ruang udara kita dilindungi.”

“Negara di seluruh dunia mengekalkan tahap kesiagaan tertentu, hata pada masa aman untuk bertindak balas terhadap ancaman luar, jadi kita tidak mahu orang lain tahu tentang tahap kesiagaan kita” katanya lagi.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Ismail Abidin pula mengkritik Mat Sabu bahawa dalam masa sama, kenyataan Mohamad boleh menyebabkan para anggota tentera terasa hati.

Presiden PVATTBM, Ismail Abidin

Katanya, sepatutnya segala kekurangan itu disimpan seterusnya menteri berkaitan perlu mencari kaedah terbaik untuk kembali memantapkan pertahanan negara.

“Jangan disebabkan dendam politik kita membongkar habis perkara yang tidak sepatutnya. Tindakan itu tidak menguntungkan Malaysia sebaliknya hanya boleh menyebabkan negara terdedah dengan risiko.

“Saya harap Menteri Pertahanan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan khususnya melibatkan soal pertahanan negara,” katanya Ismail lagi.

SelangorPress melihat kenyataan Mat Sabu sebagai memalukan negara. Karektor badot yang beliau tonjolkan dalam kempen menentang UMNO masih terbawa-bawa sehingga ke Kementerian Pertahanan.

Sebelumnya tindakan Mat Sabu menarik balik penglibatan secara langsung tentera Malaysia dalam pakatan negara-negara Islam yang diketuai Arab Saudi untuk memerangi keganasan khususnya di Syria juga menimbulkan spekulasi berkaitan sokongan beliau terhadap fahaman Syiah.

Malaysia adalah antara 34 negara Islam yang menyertai pakatan tersebut sebelum ini.

Pakatan inilah yang membantu menyelamatkan Syria dari serangan Syiah Iran dan pakatan inilah juga yang telah berikrar akan membantu Mekah dan Madinah dari serangan musuh Islam.

Berita pengunduran tentera Malaysia dari Arab Saudi telah melonjakkan kegembiraan penganut Syiah di seluruh dunia. Paradoksnya ia amat mengecewakan negara Arab Saudi serta negra-negara pakatan tersebut bagi mempertahankan gejala fahaman syiah yang telah difatwakan sebagai sebagai menyesatkan.

Kenyataan pemimpin Syiah Iran yang memuji tindakan Malaysia menarik balik tentera dari Arab Saudi. Video dimuat turun dari YouTube.

 

Kategori
Rencana