GUAN ENG MELATAH: RM18 BILION WANG GST DIROMPAK

Oleh Dr Razali Ghani

Pada minggu lepas Guan Eng melatah lagi dengan dakwaan bahawa RM18 bilion wang bayaran balik GST kepada pembayar cukai telah hilang.

Sebelumnya Guan Eng telah menuduh bahawa hutang yang dipikul oleh kerajaan BN yang lalu adalah lebih RM1 trilion. Sedangkan Bank Negara, IMF and piawaian antarabangsa telah mengesahkan bahawa hutang negara semasa BN memerintah adalah RM686 bilion sahaja dengan kadar nisbah bawah 55% berbanding KDNK.

Menurut Penganalisis Ekonomi, Syahir Sulaiman, propaganda hutang negara sudah melebihi RM1 trillion dan nisbah hutang sudah mencecah 80% berbanding nisbah KDNK adalah dibuat oleh mereka yang tidak faham kewangan kerajaan dan undang-undang berkaitan pengendalian hutang kerajaan.

Mahathir arah saya -Guan Eng. Dipetik dari BHOnline

Hutang kerajaan adalah dihadkan di bawah 55% berbanding nisbah KDNK sebagaimana dimaktubkan dalam Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

Dengan itu agak aneh sekiranya kerajaan BN berhutang sehingga mencecah RM1 trilion yang berjumlah kira-kira 80% berbanding nisbah KDNK.

Dalam kes kehilangan wang GST RM18 bilion itu pula, Guan Eng mendakwa bahawa wang itu hilang semasa pentadbiran Barisan Nasional dan sepatutnya dikembalikan kepada peniaga 2 minggu selepas mereka memfailkan tuntutan.

Nampaknya tidak sudah-sudah cina latah ini mahu menuding jari kepada BN khususnya mantan Perdana Menteri terdahulu Datok Seri Najib, sedangkan kes rasuahnya masih berjalan.

Semua pendedahan Guan Eng ini adalah untuk memperlihatkan bahawa dia bekerja keras, atau mahu mencari populariti untuk menenggelamkan kes rasuah yang dia sedang hadapi.

Sebagaimana pendedahan yang dia buat terdahulu tentang kedudukan kewangan negara, pelabur asing menjadi takut; sekiranya Menteri Kewangan sendiri pesimis terhadap kedudukan dan kestabilan kewangan negara, apatah lagi pelabur. Dengan itulah bursa saham Malaysia telah merudum dan dilihat oleh penganalisis ekonomi sebagai terburuk dalam sejarah negara sejak PH berkuasa.

Bursa Malaysia terburuk di dunia setelah PH memerintah – MyNewsHub

Kesudahannya nanti Lim akan mendakwa pula bahawa Tun Mahathir yang mahu dia melaporkan ini semua. Secara tidak langsung dia mahu pula menuding jari bahawa dia hanyalah kaldai Mahathir.

Namun bagi rakyat yang berfikiran singkat, kali ini jika Guan Eng mahu menuduh kerajaan lalu yang melesapkan atau dengan bahasa kasar, yang PH selalu gunakan, ‘BN telah merompak’, maka tempelaknya berbalik kepada kerajaan PH.

Kerajaan PH-lah yang merompak sekiranya benar wang bayaran balik GST itu telah hilang, kerana segala kuasa pengendalian wang negara sekarang berada pada tangan kerajaan PH bukan BN.

PH boleh wewenangnya menggunakan SPRM untuk membekukan akaun orang itu dan orang ini, sehingga akaun cucu DS Najib yang tak seberapa ringgit itu pun dibekukannya.

Jika tidak dirompak sekalipun nampaklah sangat bahawa Kementerian Kewangan amat lemah dalam mengendalikan urusan kewangan negara.

Dengan latahan Guan Eng itu, tanpa lengah lagi Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Khairy telah membuat laporan polis pada 11 Ogos di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 2.00 petang berhubung dakwaan Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan GST yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ oleh kerajaan BN.

Khairy Jamaluddin membuat Laporan Polis dan SPRM berkenaan tuduhan Guan Eng – Dipetik dari Sinar

Khairy berkata tuduhan yang dibuat oleh Guan Eng di Dewan Rakyat berhubung isu ‘rompakan RM18 bilion’ berkenaan merupakan tuduhan yang serius dan memerlukan bukti kukuh.

Siasatan dalaman, seperti yang dicadangkan Guan Eng tidak memadai untuk dakwaan serius seumpama itu. Nampaklah sangat, kes ini adalah satu lagi dakyah Guan Eng untuk memalukan BN-UMNO.

Khairy menegaskan, “Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan inkuiri dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam”.

Walau bagaimanapun, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957, setiap hasil yang dikutip kerajaan termasuk GST, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dividen PETRONAS dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta hasil lain perlu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Mohd Irwan menjelaskan, segala pengurusan keluar dan masuk hasil kewangan dan bayarannya diuruskan Jabatan Akauntan Negara dengan diaudit setiap tahun dan laporan turut dibentangkan di parlimen.

Dari segi prosedur, keperluan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung dana amanah pembayaran balik GST hanya dibuat selepas Mesyuarat Pengurusan Aliran Tunai kerajaan yang diadakan setiap bulan.

Mesyuarat ini akan membincangkan secara terperinci kedudukan kutipan hasil berbanding yang disasarkan, dan kedudukan perbelanjaan sama ada perbelanjaan mengurus atau pembangunan.

Dalam mesyuarat itu juga, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membentangkan keperluan dana untuk membuat bayaran balik dan jumlah tunggakan yang perlu dibayar.

Mengikut keperluan mereka dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan berapa jumlah peruntukan untuk disalurkan kepada dana amanah ini daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Penjelasan Mohd Irwan itu dibuat untuk menafikan pendedahan Guan Eng, tentang berlakunya kekurangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang berkenaan.

Ahli Parlimen Pekan pula, Datok Seri Najib amat kesal dengan tuduhan Guan Eng itu, yang lebih banyak memaparkan niat jahat dan kelemahannya sebagai Menteri Kewangan yang gopoh dan melulu mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat.

Bagi Najib, Guan Eng membuat tuduhan itu kerana setiap kesalahan yang dilakukan kerajaan PH, ia akan dituding kepada BN walaupun ia kesilapan mereka sendiri.

Najib menempelak, “Dakwaan kononnya BN merompak RM18 bilion wang GST mungkin dapat dimasukkan sekali dengan ‘hutang negara RM1 trilion’ yang digunakan sebagai alasan PH tidak melaksanakan janji manifesto.”

Najib memberi jaminan kepada Dewan Rakyat bahawa dia bersedia memberikan sebarang kerjasama sekiranya dipanggil untuk disiasat dan memberi keterangan berhubung dakwaan ‘rompakan’ RM18 bilion.

Jika dakwaan Guan Eng itu didapati tidak benar, maka dia telah memperdayakan dan membohongi parlimen apabila dia membuat tuduhan serius sedemikian.

Daripada apa yang dapat disimpulkan, nampaklah sangat cina Guan Eng ini suka melatah dan membuat tuduhan dan kenyataan melulu untuk menonjolkan bahawa dia hebat mendedahkan gejala rasuah BN bagi menenggelamkan kes rasuah yang sedang dihadapinya.

Kategori
Rencana