GUAN ENG, KALAU KAMU BUKAN CINA, SILA TUTUP SEKOLAH CINA

kami mencabar kamu Lim Guan Eng, sekiranya kamu jujur dengan “Malaysians’ Malaysia DAP”

Guan Eng nak tunjukkan bahawa dia menolak etnosentrik, lalu dengan gahnya dia mencanangkan bahawa dia bukan Cina, dia adalah berbangsa Malaysia.

Bagus Guan Eng, kerana kamu melihat contoh Singapura yang nasional-sentrik dan membuang jauh sikap dan prinsip etnosentrik.

Namun Guan Eng harus ingat bahawa perkara pokok yang dilaksanakan oleh Singapura ialah menghapuskan sekolah-sekolah vernakular dan digantikan dengan sekolah satu aliran, dengan pengantar Inggeris sebagai pengantar tunggal. Dengan sebab itu juga golongan ‘etnosentrik’ seperti Lim Kit Siang dinyahkan oleh Lee Kuan Yew daripada bumi Singapura.

Dengan itu, kami mencabar kamu Lim Guan Eng, sekiranya kamu jujur dengan “Malaysians’ Malaysia DAP” dan mahu menafikan bahawa negara ini adalah negara hak Melayu sebagaimana negara China adalah negara hak Cina dan India adalah negara hak India, maka marilah sama-sama dengan kerajaan Pakatan Harapan, kita lenyapkan sekolah vernakular Cina dan India atau sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Kita gantikan sekolah-sekolah itu dengan sekolah nasional-sentrik atau sekolah ‘Kebangsaan Malaysia’ dengan hanya satu aliran sahaja.

Dengan itu kita terapkan nilai nasional Malaysia tanpa identiti bangsa sebagaimana yang kamu canangkan.

Tidak guna kalau kamu Guan Eng, berpura-pura menolak identiti bangsa Cinanya tetapi dalam DAP masih penuh dengan 90% pemimpin Cina, agenda tersembunyi masih tebal dengan kecinaan, sokongan DAP terhadap Dong Jiao Zong masih tidak berbelah bahagi.

Dipetik dari UtusanOnline

Dong Jiao Zong atau Dong Zong, yang merupakan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia adalah merupakan sebuah persatuan yang menguruskan puluhan Sekolah Tinggi Persendirian Cina di seluruh negara.

Dong Zong juga bertekad untuk “memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina dan bekerjasama dengan kerajaan ke arah memajukan lagi pendidikan Cina.”

Jadi kami juga mencabar kamu Guan Eng, untuk menghapuskan Dong Zong dan sekolah-sekolah Cina bagi membentuk konsep dan falsafah “Bangsa Malaysia” yang kamu retorikkan itu.

Dengan tindakan sedemikian barulah kami dapat melihat kejujuran kamu Guang Eng, dan bukan sekadar retorik ‘longkang’ untuk menghebohkan ke seluruh dunia bahawa kamu ‘Bukan Cina’.

Gerakkanlah impian kamu sekarang, mari kita bekerjasama dengan Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Pakatan Harapan dan kita bina bangsa Malaysia, bukan bangsa Cina sepet seperti kamu yang menjadikan kamu rabun di siang hari.

Kategori
Rencana