RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 9 MEI 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 9 MEI 2018

Perdana Menteri  / Timbalan Perdana Menteri

Najib kecewa dengan senior UMNO yang khianati parti

PEKAN, 8 Mei (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan beberapa anggota senior UMNO yang sanggup mengkhianati parti dan perjuangan bersama selama berdekad lamanya pada waktu getir UMNO menghadapi pilihan raya umum.

Najib teruja dengan kewujudan ‘KP House’

PEKAN, 8 Mei (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa teruja dengan pelaksanaan Kuala Pahang House atau ‘KP House’ di sini dan memuji fungsinya sebagai pusat sehenti aktiviti masyarakat.

Najib rai pengundi luar,ingatkan PRU bukan masa bersuka ria

PEKAN, 8 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menutup kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pahang dengan meraikan pengundi luar kawasan Parlimen Pekan pada majlis di Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Najib akan umum khabar gembira buat rakyat malam ini – Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan khabar gembira dan istimewa kepada rakyat dalam perutusan beliau malam ini.

Najib sertai solat hajat sempena PRU14

PEKAN, 8 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai solat sunat hajat bersempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Masjid At-Taqwa di sini.

Golongan muda 26 tahun ke bawah dikecualikan cukai pendapatan – Najib

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa golongan muda yang berusia 26 tahun ke bawah akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Zahid minta penyokong tegar BN undi awal, bantu tarik pengundi Kelabu

BAGAN DATUK, 8 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta penyokong tegar Barisan Nasional (BN) mengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok bagi melancarkan usaha menarik pengundi kelabu dan pengundi atas pagar untuk keluar mengundi.

Negara

14,449,200 pemilih berdaftar mengundi esok – SPR

PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) — Seramai 14,449,200 pemilih berdaftar akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Felda tawar pekerjaan fleksibel kepada generasi baharu

KUANTAN, 8 Mei (Bernama) — Berhijrah ke bandar-bandar besar kini bukan hanya satu-satunya pilihan generasi muda untuk mencari peluang pekerjaan, tambahan dengan pelbagai peluang pendapatan fleksibel yang wujud hasil ekosistem di tanah-tanah rancangan Felda seluruh negara.

Permasalahan negara bukan diselesai turun atau naikkan individu

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Permasalahan dihadapi rakyat dan negara hari ini bukan dapat diselesaikan dengan menurunkan seseorang atau menaikkan mana-mana individu semata-mata, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penjelasan berdasarkan fakta bantu kejayaan sesi penerangan 1MDB

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Pendekatan berhemah dan penerangan yang tidak dipengaruhi spekulasi, membantu kepada kejayaan siri penerangan, yang dijalankan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Keutamaan projek yang beri manfaat kepada negara – Shahril Mokhtar

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Malaysia berusaha melonggarkan dasar legasi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, seperti mengurangkan berbilion ringgit untuk subsidi bahan api dan menghentikan penganjuran perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) yang berintensifkan kos setiap tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepasan jemaah haji

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Malaysia Airports sedia memberi sepenuh kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaan sistem prapelepasan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diumumkan Jabatan Imigresen Malaysia semalam.

Pemerhati antarabangsa bukti ketelusan pilihan raya Malaysia

PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) — Kehadiran pemerhati antarabangsa bagi memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung esok membuktikan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood.

Pembangkang sebar berita palsu kerana tahu akan kalah – Salleh

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk menutup punca kekalahan mereka dalam Pilihan Umum ke-14 (PRU14).

Kerajaan berjaya pisah nelayan daripada perangkap kemiskinan

PEKAN, 8 Mei (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya memisahkan golongan nelayan di negara ini daripada perangkap kemiskinan hasil pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk membantu mereka.

Rundingan kawasan pertindihan sempadan perairan Malaysia-Indonesia perlu berterusan

PONTIAN, 8 Mei (Bernama) — Rundingan mengenai kawasan pertindihan sempadan perairan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia perlu berterusan bagi membela nasib nelayan yang sering ditahan pihak berkuasa akibat kekeliruan yang timbul berhubung perkara itu.

Khaled: Mansuh GST hanya cakap kosong pembangkang

JOHOR BAHRU, 8 Mei (Bernama) — Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijanjikan pembangkang hanyalah cakap kosong yang tidak mempunyai hala tuju jelas, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jualan sentuhan rakyat akan diteruskan – Hamzah

BATU KURAU, 8 Mei (Bernama) — Program Jualan Sentuhan Rakyat akan diteruskan pada masa hadapan memandangkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

12 peserta perdengar hafazan hari pertama MTHQA ke-60

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Peserta dari Kuwait, Abdul Rahman Alshuwaie, 21, adalah antara 12 peserta memperdengarkan hafazan pada hari pertama Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-60 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

MCMC sasar 200,000 premis luar bandar beralamat lengkap menjelang 2020

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyasarkan 200,000 premis di kawasan luar bandar menerima nombor premis

Tengku Abdullah mahu rakyat pilih kerajaan mampu jaga kebajikan

RAUB, 8 Mei, (Bernama) — Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu rakyat di negeri ini memilih calon parti yang benar-benar dapat menjaga kebajikan serta membela nasib mereka pada masa akan datang pada hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14, esok .

APR ke-32 berakhir tengah hari esok beri peluang peserta Malaysia mengundi

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-32 yang sedang berlangsung di sini akan berakhir tengah hari esok bagi membolehkan peserta Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

15 Mei tarikh melihat anak bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan​​​​​​ permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia di Malaysia adalah pada 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.

PRU14

PRU14: PDRM jamin keselamatan negara terkawal dan selamat – KPN

Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu

LITRAK tawar diskaun tol LDP, SPRINT sempena PRU14

Polis beri amaran elak provokasi, menghasut

‘Jom Bantu Rakyat’ beri manfaat kepada penduduk Dungun

Bonus tiga bulan gaji sekiranya BN tawan Selangor

PRU14 : KeTTHA jamin bekalan elektrik stabil

PRU14 : PDRM minta pengundi, penyokong parti politik mengundi secara berdisiplin

Ramalan Invoke sekadar gimik politik penghujung kempen – Hishammuddin

SPR minta penyokong parti politik bersikap matang

Kempen PRU14: Polis Kedah terima 91 laporan, dua tangkapan

Beberapa jalan di Ipoh ditutup sempena PRU14

PRU14: Polis tingkat kawalan lalu lintas di Kelantan

Jangan bimbang untuk keluar mengundi esok – Polis Johor

 

Negeri

Rancangan struktur Negeri Sembilan pacu negeri maju menjelang 2045

SEREMBAN, 8 Mei (Bernama) — Rancangan Struktur Negeri Sembilan (RSNS 2045), dokumen yang menggariskan pembangunan Negeri Sembilan menjelang tahun 2045, dirancang berasaskan tiga teras iaitu Malaysia Vision Valley (MVV), Agropolis dan Biodiversiti.

Nilai Islam tetap utuh di sebalik pembangunan Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 8 Mei (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO sentiasa meningkatkan dan memartabatkan syiar Islam dalam pelbagai aspek pembangunan di Bagan Datuk.

NewsBrief Borneo

Pasukan keselamatan tembak mati empat lelaki di Lahad Datu

LAHAD DATU, 8 Mei (Bernama) — Pasukan keselamatan di Lahad Datu menembak mati empat lelaki dipercayai daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Perairan Laut Sahabat dekat sini dan kira-kira 13.6 batu nautika dari Pulau Malamanuk Filipina, awal pagi tadi.

Jangan spekulasi kematian ketua Warisan Libaran – KP Sabah

SANDAKAN, 8 Mei (Bernama) — Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi kematian Ketua Bahagian Parti Warisan Libaran selepas dilanggar sebuah kereta ketika minum di sebuah restoran di sini, hari ini.

Pembinaan Arked Pekan Muhibbah bakal wujudkan peluang perniagaan

SANDAKAN, 8 Mei (Bernama) — Pembinaan Arked Pekan Muhibbah di Batu 12 dekat sini bakal mewujudkan peluang perniagaan kepada 100 peniaga untuk menjana pendapatan.

Ketua Menteri Sarawak rasmikan pembukaan Pusat Akuatik Pandelela Rinong

KUCHING, 8 Mei (Bernama) — Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini dibuka secara rasminya hari ini oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Assistant minister expects higher voter turnout this time

MARUDI: Assistant Minister of Local Government Datu Dr Penguang Manggil, who is Marudi assemblyman, expects high voter turnout in Baram today than those recorded in the last two elections.

State govt committed to speed up NCR land perimeter survey

MIRI: The state government is giving its total commitment to speed up the native customary right (NCR) land perimeter survey, and issue land titles to the deserving owners.

Musa slams opposition for calling BR1M ‘dedak’

SANDAKAN: Chief Minister Tan Sri Musa Aman said that the opposition is heartless in calling BR1M as ‘dedak’ as there is nothing wrong with BR1M.

Musa confident Sabahans wise and mature in making choice

KOTA KINABALU: Sabah Barisan Nasional (BN) chairman Tan Sri Musa Aman calls upon all citizens who are eligible voters to come out and cast their vote as it is their responsibility to chart the course of our beloved nation as it heads towards greater development and progress.

Isu Berterusan

Mahkamah tolak permohonan halang Shafie Apdal bertanding PRU14

KOTA KINABALU, 8 Mei (Bernama) — Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman untuk menghalang Presiden Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.

Tipu: Kakitangan mahkamah dipenjara 12 bulan, satu sebatan

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan terhadap seorang kerani Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung wang denda dalam satu kes mahkamah.

Hukuman penjara terhadap bekas jurubahasa dikurangkan kepada tiga tahun

PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada lapan tahun kepada tiga tahun terhadap seorang bekas jurubahasa mahkamah bagi kesalahan memecah masuk sebuah mahkamah sesyen dan mencuri beberapa barangan.

 

Jenayah

Polis masih buru individu ugut petugas SPR

 

Politik

Abu Zahar mahu sahabat-sahabatnya – Daim, Rafidah Dan Rais fikir semula

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Veteran UMNO Tan Sri Abu Zahar Ujang berharap tiga sahabat baiknya, Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim memikirkan semula tindakan mereka bersekongkol dengan parti pembangkang, khususnya DAP yang dikatakan sering meracuni pemikiran rakyat.

Bekas pemimpin UMNO hanya diperguna oleh DAP – Mat Taib

PELABUHAN KLANG, 8 Mei (Bernama) — Bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah bakal ‘terperangkap’ dengan politik DAP dan mereka kini hanya diperguna untuk memecah-belah sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional, kata bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib

Mahu Jadi MB Perak menunjukkan DAP kuasai pembangkang – Zambry

LUMUT, 8 Mei (Bernama) — Pendedahan oleh seorang anggota seumur hidup DAP berhubung hasrat parti itu untuk menuntut jawatan menteri besar Perak jika pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menunjukkan parti itu menguasai pakatan itu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

 

Sukan

Penampilan Zulfahmi bersama SIC racing berakhir

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin mengesahkan penampilannya bersama SIC Racing Team dalam Kejuaraan Moto2 Dunia (MotoGP) berakhir serta-merta selepas persetujuan kedua-dua pihak.

Sarawak bakal miliki velodrom, akademi bola tampar dan badminton

KUCHING, 8 Mei (Bernama) — Sarawak bakal mempunyai velodrom serta akademi bola tampar dan badminton sendiri tidak lama lagi dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia dalam ketiga-tiga sukan berkenaan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kategori
Rangkuman Berita