RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 8 MEI 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 8 MEI 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Zahid hadiri majlis Zikir Ulama Antarabangsa Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 7 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis Zikir Ulama Antarabangsa Bagan Datuk yang diadakan di Masjid Al-Falah Sungai Nipah Darat di Rungkup di sini malam ini.

PM Najib naik pesawat AirAsia papar tema manifesto BN PRU14

KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini dengan pesawat AirAsia yang memaparkan slogan ‘Hebatkan Negaraku’, tema manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Majukan Sabah, Sarawak seiring matlamat Malaysia negara maju – Najib

KOTA MARUDU, 7 Mei (Bernama) — Kerajaan perlu membangunkan Sabah dan Sarawak untuk diseiringkan dengan matlamat Malaysia mencapai taraf negara maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zahid selar bekas pemimpin BN sokong pembangkang

SEPANG, 7 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas pemimpin-pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) yang kini menyokong pembangkang supaya jangan berlagak sombong dan merasakan diri mereka hebat.

Tiada sebab BN Sabah tidak cemerlang pada PRU14 – Najib

KOTA MARUDU, 7 Mei (Bernama) — Tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) Sabah tidak cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini sekiranya semua parti komponen BN menunjukkan solidariti tanpa mengira siapa yang menjadi calon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangan Fitnah SPR, PDRM – TPM

BAGAN DATUK, 7 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sambutan terhadap calon BN amat luar biasa – TPM

BAGAN DATUK, 7 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sambutan rakyat terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) amat luar biasa.

Sia-sia saja pilih pembangkang ni! – Najib

BEAUFORT, 7 Mei (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat, khususnya di Sabah, supaya menolak parti pembangkang kerana dengan memilih parti yang ditubuh untuk cita-cita peribadi adalah sia-sia.

Rakyat Sabah perlu pilih BN pastikan Malaysia ‘onsoi’ – Perdana Menteri

KENINGAU, 7 Mei (Bernama) — Rakyat Sabah perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada hari mengundi 9 Mei ini bagi memastikan Malaysia yang ‘onsoi’ (hebat) dan terus berada dalam keadaan stabil demi masa depan lebih cemerlang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tsunami Melayu tidak akan berlaku pada PRU14 – Najib

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin tsunami Melayu yang dicanangkan pembangkang tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

SST akan menyusahkan rakyat – PM Najib

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Rakyat akan mengalami kerugian yang lebih sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diguna pakai semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Negara

PRU 14

Jangan percaya mesej palsu di media sosial – SPR

PROLINTAS tawar diskaun tol 10 peratus sempena PRU14

Waspada kempen mengelirukan saat akhir – Majlis Profesor Negara

3,721 anggota polis bertugas di Negeri Sembilan pada hari pengundian

PRU14: SPR Johor sedia pas PACA mencukupi

PDRM siasat anggota tidak dibenar undi awal – KPN

SPR minta ejen calon buat laporan adil

Pengerusi PPN ingatkan petani keluar mengundi

KSN minta penjawat awam mengundi Rabu ini

Cuaca cerah diramal pada pagi hari pengundian

Tiada pengiraan undi awal di Bagan Datuk Sabtu lepas – SPR

Polis terima 1,069 laporan, 17 tangkapan sepanjang kempen PRU14 – KPN

PRU14: 10,939 pegawai, anggota PDRM ditugaskan di 13 kontinjen – Abdul Ghafar

Pemerhati antarabangsa pantau PRU14 tiba di Malaysia

 

Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa ke-60 bermula malam ini

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-60 yang bermula malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menyaksikan enam peserta memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran.

Pasar Tani FAMA peroleh nilai jualan lebih RM200 juta pada suku pertama tahun ini

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperoleh nilai jualan sebanyak RM222.3 juta daripada pasar tani bagi tempoh Januari sehingga Mac tahun ini.

Pengurangan tunai bukti Felda terus berbelanja untuk kesejahteraan peneroka

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Aset Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sentiasa melebihi tanggungannya dan berkeupayaan untuk membayar pinjaman mengikut jadual.

Jalan berturap campuran getah dicadang dibina di kawasan sering dilanda banjir

MACHANG, 7 Mei (Bernama) — Jalan berturapkan campuran getah dicadangkan dibina di kawasan yang sering dilanda banjir di negeri ini kerana ianya lebih kukuh dan tahan lama.

Lima Wilayah APMM distruktur menjadi 16 zon, tujuh pos maritim

PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menstrukturkan semula lima wilayah maritim menjadi 16 zon dan tujuh pos maritim berkuat kuasa hari ini.

Program secara terus kerajaan berkesan ‘perangi’ isu kos sara hidup

MELAKA, 7 Mei (Bernama) — Program secara terus bagi ‘memerangi’ isu kos sara hidup yang dilaksana kerajaan seperti Jualan Sentuhan Rakyat (JSR) berkesan dalam membantu rakyat menangani isu itu justeru lebih banyak program seumpamanya perlu dilaksana terutama melibatkan kerjasama sektor swasta.

85,198 unit PPR dibina di seluruh negara sejak 2001 – Halimah

KLUANG, 7 Mei (Bernama) — Kerajaan sudah membina 85,198 unit rumah di 125 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan kos hampir RM6.1 bilion sejak 2001.

 

Negeri

Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu di buka di Hotel Permai

KUALA TERENGGANU, 7 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu kini menyediakan satu lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan menerusi penubuhan Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu yang ditempatkan di Hotel Permai, Batu Burok, di sini.

Bekalan elektrik terjejas di Setapak dan Wangsa Maju akibat kerja pengorekan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Empat belas insiden kerosakan kabel bawah tanah akibat kerja-kerja pembinaan lebuh raya menjadi punca terjejasnya bekalan elektrik kepada lebih 100,000 penduduk di beberapa kawasan sekitar Setapak dan Wangsa Maju, sejak November tahun lepas.

Tengku Abdullah dukacita perpaduan rakyat kian rapuh

BENTONG, 7 Mei (Bernama) — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan keadaan perpaduan rakyat pada masa kini yang dilihat semakin rapuh disebabkan perbezaan ideologi politik

Hospital Maran mula dibina pada September 2019 – Ismail

MARAN, 7 Mei (Bernama) — Hospital Maran bernilai RM80 juta akan mula dibina pada September 2019 dan dijangka beroperasi pada 2022, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Maran.

Kemelut 14 tahun pemilik rumah Taman Seri Mambau kini selesai

SEREMBAN, 7 Mei (Bernama) — Nasib 92 pemilik rumah di Taman Seri Mambau, dekat sini terbela apabila projek perumahan di kawasan itu dapat disiapkan apabila terbengkalai hampir 14 tahun.

Pesawah Sekinchan mohon kadar pemotongan pemutuan padi dikurangkan

SEKINCHAN, 7 Mei (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengurangkan kadar pemotongan pemutuan padi kepada pesawah di kawasan Sekinchan di sini berikutan potongan sedia ada dianggap terlalu tinggi.

JKR Negeri Sembilan laksana pelbagai projek tingkat infrastruktur jalan raya

SEREMBAN, 7 Mei (Bernama) — Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan telah melaksanakan pelbagai projek dalam memastikan infrastruktur jalan raya dan jambatan di negeri itu berada dalam keadaan baik.

Melaka bina insinerator RM1 bilion atasi masalah sampah

MELAKA, 7 Mei (Bernama) — Sebuah insinerator baharu bernilai RM1 bilion akan dibina di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini bagi mengatasi masalah sampah di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Sultan Johor sempurnakan Majlis Pecah Tanah Kolam Selam GGK

MERSING, 7 Mei (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kolam Selam Tempur 21 Grup Gerak Khas (GGK) di Kem Iskandar di sini.

Kadar zakat fitrah di Kedah kekal RM7

ALOR SETAR, 7 Mei (Bernama) — Kadar zakat fitrah di Kedah tahun ini kekal RM7 seperti tahun lepas, bersamaan dengan 2.6 kilogram beras, kata Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.

RM10,000 bantu 50 isteri nelayan, ibu tunggal tambah pendapatan – Sallehuddin

SUNGAI PETANI, 7 Mei (Bernama) — Sejumlah RM10,000 diperuntukkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu kira-kira 50 isteri nelayan dan ibu tunggal di kawasan Kuala Muda mengusahakan produk hiliran sebagai sumber pendapatan tambahan keluarga.

Pembinaan Hospital Pasir Gudang bukan gimik pilihan raya – Khaled

JOHOR BAHRU, 7 Mei (Bernama) — Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang yang dijangka bermula pada pertengahan tahun ini bukanlah gimik pilihan raya sebaliknya membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji mereka.

Daerah Baharu Bagan Datuk rancak membangun

BAGAN DATUK, 7 Mei (Bernama) — Kawasan Parlimen Bagan Datuk yang dahulunya dikenali sebagai pekan koboi sejak 60 tahun lepas kini antara kawasan yang pesat membangun di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

TUDM buat penerbangan ihsan bawa pesakit jantung dari Kedah

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membuat satu penerbangan ihsan membawa seorang pesakit yang merupakan isteri kepada pegawainya dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di Kedah untuk dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Peranan guru perlu selaras arus perubahan semasa

MELAKA, 7 Mei (Bernama) — Peranan guru, terutamanya dalam melaksanakan dasar dan transformasi pendidikan perlu selaras dengan arus perubahan semasa bagi memastikan kerjaya itu kekal sebagai pembina modal insan negara masa hadapan.

Itik jawa mampu atasi serangan siput gondang emas

PENDANG, 7 Mei (Bernama) — Menggunakan itik sebagai kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak siput gondang emas (SGE) akan diperluaskan di seluruh daerah ini dalam usaha mengurangkan beban kos operasi petani yang meningkat.

Pembinaan LRT3 punca penunggang motosikal guna laluan utama lebuh raya

SHAH ALAM, 7 Mei (Bernama) — Kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dan beberapa kerja lain berhampiran laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan menjadi punca mengapa ramai penunggang motosikal kini menggunakan laluan utama di lebuh raya berkenaan sejak kebelakangan ini.

Subsidi lebih 50 peratus bantu rakyat Terengganu miliki rumah

KEMAMAN, 6 Mei (Bernama) — Insentif kerajaan Terengganu yang menanggung lebih 50 peratus kos pembinaan rumah membolehkan hampir 400 keluarga berpendapatan rendah memiliki rumah dengan kadar bayaran kurang daripada RM200 sebulan.

 

News Brief Borneo

Petrosains anjur Pameran DinoTrek2 di Kuching

KUCHING, 7 Mei (Bernama) — Petrosains menganjurkan Pameran DinoTrek2 selama setahun di Dewan Suarah di sini bagi memberi peluang kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak untuk ‘bertemu’ beberapa dinosaur ganas seperti Tyrannosaurus Rex dan Spinosaurus.

Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula

MIRI, 7 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan dasar baharu penempatan semula bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berpindah ke kawasan baharu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Penasihat Agama: PAS sangkal dakwaan Mahathir

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — PAS hari ini menyangkal dakwaan kononnya Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah menjadi penasihat agama peribadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

4,422 pemandu teksi di Sabah terima kad bantuan

TAWAU, 7 Mei (Bernama) — Sejumlah 4,422 pemandu teksi di negeri ini menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian bahan api di stesen minyak Petronas.

Sarawak umum potongan 50 peratus premium surat hak milik tanah

KUCHING, 7 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan penurunan premium 50 peratus bagi pengeluaran surat hak milik tanah untuk lot-lot kediaman di bawah Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung di seluruh negeri berkuat kuasa semalam (6 Mei).

UTC, KILC, Pusat Kraftangan Keningau dan Pan Borneo bukti janji ditunaikan

KENINGAU, 7 Mei (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC), Pusat Kraftangan Keningau dan Lebuhraya Pan Borneo merupakan bukti ‘kata dikota, janji ditunaikan’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Gempa bumi lemah landa Niah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Satu gempa bumi lemah berukuran 3.9 pada skala Richter melanda Niah, di selatan Miri, Sarawak pada 5.52 petang tadi.

See Hua Consumer Fair at Boulevard Shopping Mall kicks off Thursday

MIRI: Following the success of the 17th edition of Miri Trade Fair (Mitraf 17) held at Permaisuri Imperial City Mall in January this year, See Hua Marketing Sdn Bhd (SHM) in collaboration with the management of Boulevard Shopping Mall, Miri will host the inaugural edition of See Hua Consumer Fair commencing Thursday, May 10.

Church receives RM50,000 fund under Unit for Other Religions

KAPIT: Deputy Chief Minister Datuk Amar Douglas Uggah Embas on Sunday presented a government grant amounting to RM50,000 to St. Herbert Catholic Church in Song under the Unit for Other Religions.

SJK Chung Hua Batu 15 participates in exhibition at KLCC

KUCHING: SJK Chung Hua Batu 15 will be participating in the 29th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (Itex ’18)) at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) tomorrow (May 9).

Seven schools receive study kits from National Geographic STEM Project

KUCHING: Seven schools in Petra Jaya received educational study kits from the National Geographic STEM Project yesterday to spur their interest in Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) subjects.

New SMK Sebuyau shows govt committed to education — Julaihi

SEBUYAU: The construction of the new SMK Sebuyau secondary school at the new township here is proof of the government’s commitment towards education.

Multimillion tugboat-building deal to boost ports operation

BINTULU: Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) has achieved another milestone with the inking of a RM14.12-million contract for the design and construction of a unit of 25-tonne bollard-pull ship-handling tug.

Local fishermen commended for venturing into deep sea fishing

BINTULU: Samalaju assemblyman Majang Renggi commended local fishermen for venturing into the lucrative deep-sea fishing.

Many developments coming your way, Limbang folk assured

LIMBANG: Assistant Minister of Agriculture Dr Abdul Rahman Ismail assures Dr Ricardo Baba of Parti Keadilan Rakyat (PKR) that the issues raised by the latter recently are being reviewed by the government.

Post-mortem carried out on family-of-five killed in road crash

SIBU: A post-mortem on five family members who died in a collision involving five vehicles at KM45 Sibu-Selangau Road on Saturday has been carried out.

Long-term solution found to mitigate flash floods — Lee

MIRI: Building a bigger detention pond and better drains to discharge rainwater into the sea is likely to end the nightmare of residents of Eco Park 2 at Jalan Sze Chuan in the long term.

Employers obliged to give employees day off on polling day

KUCHING: Employers in the state are obliged to allow their employees to exercise their rights as voters, in observing the declaration by the state government that tomorrow (May 9) – the polling day for the 14th general election (GE14) – is an additional public holiday.

Process to gazette Kg Warisan Inanam approved – Yeo

KOTA KINABALU: The process to gazette Kampung Warisan in Inanam is expected to commence soon, says City Hall Mayor Datuk Yeo Boon Hai.

Maximus presents incentives to 82 pupils scoring at least 3As in UPSR

KOTA MARUDU: Scoring at least three As in last year’s Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) paid off well for 82 pupils when they were rewarded for their hard work.

 

Jenayah & Mahkamah

Farid Kamil mahu kemuka representasi gugur semua pertuduhan

 

Politik

Pemuda UMNO Bahagian Cheras buat laporan polis terhadap Tony Pua

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras hari ini membuat laporan polis berhubung apa yang dikatakan perancangan DAP menabur fitnah dan menanam politik kebencian.

Hilmi masih punyai sentuhan seorang doktor walau dalam berkempen

BALIK PULAU, 7 Mei (Bernama) — Kalau sudah seorang doktor, ke mana pergi pun naluri seorang doktor tetap akan terserlah dan tidak boleh dipisahkan.

Masyarakat peladang beri sokongan penuh kepada calon BN

WESTON, 7 Mei (Bernama) — Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata kira-kira sejuta anggota Pertubuhan Peladang Negeri di seluruh negara akan memberi sokongan penuh kepada semua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Jangan tertipu dengan jumlah tontonan Facebook Live

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) Pengundi tidak seharusnya tertipu dengan jumlah tontonan secara langsung di laman sosial Facebook menerusi FB Live, bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam​​​​​​​memilih calon​​​​​​ wakil rakyat pada hari pengundian 9 Mei ini.

Penganalisis ramal BN menang PRU14

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Rakyat Malaysia akan mengundi Rabu ini dengan pelbagai petanda menunjukkan Barisan Nasional (BN) akan kembali berkuasa, walaupuan dikatakan mendapat tentangan paling hebat dalam sejarah kewujudannya.

Urusan ambil tanah Projek ECRL jadi mudah jika BN kuasai Selangor

KLANG, 7 Mei (Bernama) — Proses pengambilan tanah bagi projek pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Pengkalan Kubor hingga Pelabuhan Klang menjadi lebih mudah sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pemuda BN gesa tindakan parti berkempen tidak ikut ketetapan SPR

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang bertanding menggunakan logo parti lain tetapi menggunakan lambang parti mereka untuk aktiviti berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mah nafi PR Australia, buat laporan polis

TELUK INTAN, 7 Mei (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau pemastautin tetap Australia.

Rakyat Selangor yakin BN bangunkan banyak rumah mampu milik

TANJONG KARANG, 7 Mei (Bernama) — Rakyat Selangor yakin kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) akan dapat memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik termasuk memenuhi hasrat mereka melihat lebih banyak pelaksanaan projek perumahan mampu milik di negeri ini.

DAP cuba kawal keadaan dengan tonjolkan simbol PKR dan DAP – Salleh

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata DAP cuba ‘mengawal keadaan’ dengan menampilkan kedua-dua simbol PKR dan roket bagi menenangkan penyokong Cina mereka sambil memujuk hati orang Melayu pihak pembangkang.

Beri mandat kepada BN untuk tadbir Kelantan – Mustapa

JELI, 7 Mei (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap rakyat akan memberi mandat besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi membolehkan BN mentadbir negeri ini secara sendirian.

Rafidah Aziz tidak kisah dipecat UMNO

PENDANG, 7 Mei (Bernama) — Pemimpin veteran UMNO dan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz tidak kisah dipecat parti itu susulan tindakannya menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beri mandat kepada BN isu Chennah bakal selesai – Mohamad

JELEBU, 7 Mei (Bernama) — Beri mandat pada Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan isu permasalahan rakyat akan diselesaikan, kata Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kemenangan BN Sabah Rabu ini mula terbayang

KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Sabah, yang menghadapi pertandingan banyak penjuru, kini kelihatan sedang menuju ke arah kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Rabu ini.

Musa Aman yakin BN Sabah bawa kejayaan besar pada PRU14

Masih tiada tindakan diambil ke atas Rais Yatim — Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) — Masih tiada tindakan diambil oleh UMNO terhadap anggotanya Tan Sri Dr Rais Yatim meskipun beliau berada di atas pentas ceramah gabungan Pakatan Harapan semalam.

Diskusi tertutup calon Muar batal, tiada lagi debat selepas ini

MUAR, 7 Mei (Bernama) — Program diskusi antara calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan Parlimen Muar yang dijadual petang ini dibatalkan atas persetujuan ketiga-tiga calon.

PAS bakal ‘larikan’ undi DAP di Perak – penganalisis

IPOH, 7 Mei (Bernama) — Perak merupakan antara negeri ‘panas’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Pakatan Harapan mengumumkan cita-cita mereka untuk menawan semula negeri itu.

DAP ingin tuntut jawatan MB Perak jika PH menang – Amran

BN tetap dominasi kerusi Parlimen di Sarawak

KUCHING, 7 Mei (Bernama) — Menjelang berakhirnya tempoh berkempen tengah malam esok, penganalisis politik kini giat membuat ramalan dan andaian mengenai apa yang bakal berlaku di medan politik negara apabila pengundi memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Waspada tsunami fitnah pembangkang – Khairy

MELAKA, 7 Mei (Bernama) — Pengundi diingatkan berwaspada dengan tsunami fitnah terhadap Barisan Nasional (BN) dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbaki kurang 48 jam oleh parti pembangkang demi meraih undi.

Calon Bebas Pekan sedia dipecat PKR

PEKAN, 7 Mei (Bernama) — Calon Bebas bagi Parlimen Pekan Datuk Paduka Abdul Kadir Sainuddin sedia dipecat PKR kerana meneruskan hasratnya bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kunjungan PM ke Beaufort bukti keprihatinan BN – UMNO Beaufort

BEAUFORT, 7 April (Bernama) — Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Beaufort membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat mengambil berat kepentingan rakyat di daerah itu, kata Ketua UMNO Bahagian tersebut Datuk Isnin Aliasnih.

Tun M gadaikan Nasionalisme Melayu untuk kuasa – Azalina

KOTA TINGGI, 7 Mei (Bernama )– Bekas pemimpin UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sanggup menggadaikan nasionalisme Melayu yang diperjuangkannya selama ini demi mendapatkan kuasa dan jawatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Wanita UMNO Kedah tambah ‘sentuhan’ kepada rakyat

ALOR SETAR, 7 Mei (Bernama) — Pergerakan Wanita UMNO Kedah memperhebatkan kempen mereka pada hari-hari terakhir menjelang pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini dengan menambah program sentuhan kepada rakyat.

Pengundi muda boleh tukar angin dalam sekelip mata – penganalisis

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Calon-calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) harus bijak mengawal pemikiran dan emosi pengundi terutamanya dalam kalangan golongan muda kerana mereka boleh ‘bertukar angin’ dalam sekelip mata.

Pola pengundian golongan muda sukar dijangka – Penganalisis Politik

Kempen pembangkang belum capai tahap jatuhkan kerajaan BN Pahang

KUANTAN, 7 Mei (Bernama) — Melewati hari kelima berkempen, gerak kerja pembangkang dalam memenangi hati pengundi dilihat belum mencapai tahap seperti yang diimpikan mereka – meranapkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Pahang.

Nik Omar calon MB Kelantan jika PH menang

KOTA BHARU, 7 Mei (Bernama) — Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz, dinamakan sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu ini.

Peluang sama rata BN-PH di Pagoh

MUAR, 7 Mei (Bernama) — Berbaki dua hari lagi berkempen, kerusi panas Parlimen Pagoh P143, menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersaing sengit untuk menang.

Hishammuddin harap BN menang PRU14 dengan sokongan semua kaum

KLUANG, 7 Mei (Bernama) — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini atas sokongan pengundi pelbagai kaum.

BN Perak kempen secara lokaliti, tidak heboh

LUMUT, 7 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa menggunakan pendekatan secara lokaliti berbanding propaganda dan himpunan besar seperti yang dilakukan pembangkang sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Padi merupakan ‘nyawa’ pesawah, rakyat di negara ini

AYER HITAM, 7 Mei (Bernama) — Kenyataan pembangkang yang mahu para pesawah di negara ini menukar kerjaya daripada menanam padi ke bidang perindustrian adalah tidak berasas kerana padi merupakan ‘nyawa’ kepada golongan itu di negara ini, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Othman Aziz.

Undi penentu masa depan negara bangsa – Lam Thye

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Aktivis sosial dan bekas Anggota Parlimen Tan Sri Lee Lam Thye menyeru semua rakyat Malaysia yang layak keluar mengundi pada 9 Mei ini bagi menunaikan tanggungjawab asas mereka untuk menentukan masa depan negara.

Keluar awal mengundi – Shahidan

ARAU, 7 Mei (Bernama) — Pengundi di Perlis dinasihatkan supaya keluar lebih awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Rabu ini memandangkan cuaca buruk diramal berlaku pada sebelah petang.

Dasar pembangkang akan mufliskan Malaysia – Setiausaha Akhbar PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Sekiranya pembangkang diberi peluang membentuk kerajaan, perbezeaan ideologi akan memecah-belahkan antara mereka, manakala dasar ekonomi mereka yang tidak bertanggungjawab dan bersifat populis pula akan menjadikan negara ini muflis, kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

Sentiasa dapat perhatian kerajaan BN – Masyarakat Siam

BALING, 7 Mei (Bernama) — Masyarakat Siam di daerah ini yang kebanyakannya petani mahukan kehidupan yang lebih baik terutamanya anak-anak mereka yang diyakini dapat dicapai menerusi bidang pendidikan yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Rosmah minta pengundi tidak ikut emosi Rabu ini

PEKAN, 7 Mei (Bernama) — Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meminta pengundi agar tidak bertindak mengikut emosi serta berfikir dengan teliti dalam memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu ini.

PRU 14: Jamawi akan perkasa sektor pertanian Kemabong

TENOM, 7 Mei (Bernama) — Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong Jamawi Jaafar akan memberi fokus ke arah memperkasa pembangunan sektor pertanian kawasan itu jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Etika kedoktoran bantu selami masalah rakyat

BAGAN SERAI, 7 Mei (Bernama) — Etika kerja yang teliti sebagai seorang doktor diterapkan dalam menyelami setiap permasalah rakyat di sini, menjadi ‘bonus’ kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Tun M pinggir golongan nelayan di Langkawi – Johari Baharum

JITRA, 7 Mei (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan Langkawi dengan menidakkan kepentingan golongan nelayan di pulau pelancongan itu sewaktu beliau menjadi perdana menteri, kata bekas setiausaha politiknya Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Ku Nan santuni pengundi sepanjang masa

PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) — Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, adalah figura yang sudah sedia dikenali di Putrajaya sebagai wakil rakyat yang tidak melakukan kempen untuk menyantuni pengundi secara bermusim tetapi sepanjang masa.

Kota Marudu perlu BN demi kesinambungan pembangunan

KOTA MARUDU, 7 Mei (Bernama) — Kerancakan pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membuatkan rakyat di Parlimen Kota Marudu masih memerlukan parti itu demi kesinambungan agenda pembangunan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Arau: Pertembungan dua tokoh besar di kubu kuat BN

KANGAR, 7 Mei (Bernama) — Kerusi Parlimen Arau menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila ia melibatkan dua tokoh besar iaitu bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga penyandang kerusi Parlimen itu dengan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.

 

Ekonomi

Dakwaan Malaysia bankrap tak benar – Mohd Irwan

KOTA KINABALU, 7 Mei ( Bernama) — Dakwaan yang tersebar mengatakan Malaysia kini bankrap adalah tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

 

Sukan

JDT II raih kemenangan pertama Liga Premier

JOHOR BAHRU, 7 Mei (Bernama) — Johor Darul Ta’zim II (JDT II) berjaya mencatat kemenangan sulung dalam saingan Liga Premier musim ini selepas menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.

Mehmet gembira Perak duduki tangga kedua liga

Raja Muda Perlis mahu kejohanan Woodball libatkan pasukan luar

ARAU, 7 Mei (Bernama) — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan penganjur Kejohanan Woodball Piala Tuanku Canselor UniMAP (PTCU) mengundang institusi pengajian tinggi (IPT) di zon utara Semenanjung dan selatan Thailand untuk menyertai kejohanan itu.

 

Kategori
Rangkuman Berita