RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 7 MEI 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 7 MEI 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Najib tiba untuk lawatan dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kota Kinabalu malam ini untuk lawatan dua hari ke Sabah.

Tindakan akan diambil terhadap sebuah akhbar politik – TPM Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 6 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap sebuah akhbar politik kerana menyalahgunakan permit penerbitan.

Siap sedia hadapi serangan saat akhir pembangkang – TPM Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 6 Mei (Bernama) — Berbaki 48 jam untuk berkempen, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar jentera Barisan Nasional (BN) bersiap sedia berdepan ‘serangan’ mengejut saat akhir daripada pembangkang selain memanfaatkan tempoh itu untuk meraih sokongan di peringkat akar umbi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ziarah Kubur Nik Abdul Aziz: Kepura-puraan politik Mahathir paling ekstrem – Najib

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menziarahi kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, Kelantan hari ini.

Najib yakin BN kekal kuasai Putrajaya selepas PRU14

PENAMPANG, 6 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini berikutan penerimaan rakyat di seluruh negara.

Najib tempelak DAP amalkan politik fitnah

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak DAP yang mengamalkan politik fitnah dan propaganda menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu ini seperti didakwa oleh anggota parti tersebut.

Itu tulisan Telegu di kain rentang BN – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 6 Mei (Bernama) — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa tulisan Telegu dalam kain rentang kempen Barisan Nasional (BN) bukan untuk meraih sokongan pengundi dari luar negara dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bantu rakan dalam parti komponen BN menang PRU14 – TPM Zahid

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua anggota komponen parti dalam Barisan Nasional (BN) membantu dan memenangkan calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Jadikan jasa pemimpin terdahulu asas pacu kemajuan negara – Najib

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — Jasa pemimpin terdahulu bukan sahaja untuk dikenang tetapi dijadikan asas memacu negara ke tahap lebih tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang gagal bawa pembangunan di Hutan Melintang – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 6 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pengundi di Ladang Jendarata di sini memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menjaga dan memberi khidmat kepada rakyat di sini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

DAP jadi kilang fitnah untuk burukkan kerajaan BN – PM Najib

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan DAP sebagai ‘kilang fitnah’ yang sentiasa berusaha mencari isu untuk memburukkan imej Barisan Nasional (BN) dan kepimpinannya.

Najib tinjau kawasan pembinaan kolam takungan air di Chini

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa meninjau lokasi cadangan pembinaan kolam takungan air di kawasan penyadap Sungai Mentiga, Loji Rawatan Air Chini di sini.

Pekan akan terus jadi kubu utuh BN – PM Najib

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk terus menjadikan kawasan Parlimen Pekan sebagai kubu utuh Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan asakan pembangkang.

 

Negara

PRU 14

PRU14: Hanya 212,834 pengundi pos – SPR

Isu Bawa Keluar Kertas Undi: Itu video lama – SPR

Polis tubuh pasukan khas siasat dakwaan Amran Ahmad

Jumlah penonton Facebook Live boleh dimanipulasi

PRU14: 142 laporan polis di KL sepanjang tempoh kempen

Polis Pulau Pinang terima 120 laporan politik sejak penamaan calon

PH puji SPR komited jalankan tugas

Empat penyokong parti politik direman empat hari di Segamat

 

Laporan media barat berasaskan pembohongan pembangkang

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Laporan media barat tentang politik Malaysia sering menampakkan kejahilan mengenai fakta dan penuh dengan pembohongan dari pembangkang, kata Sholto Byrnes, felo kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

Lebih ramai pemandu teksi, GrabCar digalak carum PERKESO

TANJONG KARANG, 6 Mei (Bernama) — Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggalakkan lebih ramai pemandu teksi dan GrabCar berdaftar dengan agensi itu memandangkan skop kerja mereka yang mudah terdedah kepada risiko kemalangan.

Fitnah lebih buruk daripada membunuh – Mufti Pahang

KUANTAN, 6 Mei (Bernama) — Umat Islam di negara ini diseru supaya menolak golongan yang mengamal dan menyebarkan fitnah kerana ia boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada perpaduan sesama Islam tetapi juga masyarakat pelbagai kaum di negara ni.

Arul Kanda dapatkan nasihat undang-undang untuk bersihkan nama

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy akan mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguamnya mengenai cara terbaik untuk membersihkan namanya berhubung satu artikel fitnah diterbitkan dalam satu portal berita.

Wanita muda perlu matang hadapi ledakan maklumat di media sosial

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengingatkan golongan wanita muda supaya lebih matang dalam menangani ledakan maklumat di media sosial.

Program #MOF bersama rakyat bukan agenda PRU14

IPOH, 6 Mei (Bernama) — Program Kementerian Kewangan Malaysia #MOF Bersama Rakyat adalah program yang bertujuan untuk meringankan kehidupan rakyat bukan sebagai sebahagian daripada agenda Pilihan Raya Umum ke-14.

BR1M rahmat ringankan beban isi rumah

ALOR SETAR, 6 Mei (Bernama) — Halimah Dahaman bekerja sebagai pembantu gerai di kaki Gunung Jerai, Gurun, dan dengan gaji harian RM30, dia berterima kasih atas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disifatkan suatu rahmat kerana dapat dimanfaatkan untuk membeli barangan keperluan dapur.

Guru ejen penting realisasi transformasi peringkat akar umbi pendidikan

SEMPORNA, 6 Mei (Bernama) — Guru merupakan ejen penting dalam usaha merealisasikan transformasi pendidikan di peringkat akar umbi, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Insentif kerajaan bantu pesara atasi masalah kos sara hidup

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Pelbagai inisiatif dan insentif telah diberikan kerajaan dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup terutama kepada golongan pesara antaranya pelarasan kenaikan pencen dua peratus setahun yang mula dilaksanakan pada 2013.

Kerajaan tanggung beban jika hutang PTPTN dihapuskan – Shamsul Anuar

LENGGONG, 6 Mei (Bernama) — Hasrat Pakatan Harapan dan PAS untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah langkah yang realistik.

Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M angkuh – Othman

JERLUN, 6 Mei (Bernama) — Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata kenyataan Tan Sri Mokhzani Mahathir tentang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jelas menunjukkan sifat angkuhnya.

Lihat kejayaan program Permata sebelum pertikaikannya – Rosmah

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung program Permata Negara (Permata) meminta pembangkang yang mempertikaikan inisiatif murni kerajaan itu untuk datang dan melihat sendiri hasil program itu.

Tilawah Al-Quran: Enam dekad satukan ummah sedunia

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Sejak 1960-an, Malaysia sentiasa konsisten menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) dalam usaha meninggikan syiar Islam dan memartabatkan Al-Quran.

Saya tidak pernah masuk campur urusan suami – Rosmah

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah masuk campur urusan kerja suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan mentadbir negara.

Insentif kerajaan tingkatkan sosioekonomi wanita di sektor awam

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Pelbagai insentif kerajaan yang memberikan tumpuan kepada penjawat awam termasuk golongan wanita memberikan banyak kelegaan serta kemudahan kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam.

Wanita sumber berharga kepada pembangunan negara

SHAH ALAM, 6 Mei (Bernama) — Memetik peribahasa Melayu ‘tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’ menunjukkan bahawa kebolehan wanita jika disokong dan diupayakan akan menjadi sumber berharga kepada pembangunan sesebuah negara.

Seorang daripada tiga nelayan ditahan di Indonesia bakal dibebaskan tidak lama lagi

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Seorang daripada tiga nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu dua tahun lalu, dijangka akan dibebaskan tidak lama lagi, demikian menurut Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

 

Negeri

Jambatan hubungkan Kampung Bertam Baru dan Kampung Bertam Lama

GUA MUSANG, 6 Mei (Bernama) — Penduduk di Kampung Bertam Baru di sini kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan yang sangat mereka perlukan untuk menghubungkan kampung itu dengan Kampung Bertam Lama kini mula dibina.

10,000 penduduk dari tiga buah kampung di Sik nikmati manfaat bekalan air alternatif

SIK, 6 Mei (Bernama) — Lebih 10,000 penduduk dari 13 buah kampung di daerah Sik mendapat manfaat daripada bekalan air alternatif di bawah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), sejak projek itu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lalu.

Penduduk Tanjong Karang bakal menikmati kemudahan hospital baharu

TANJONG KARANG, 6 Mei (Bernama) — Lebih 200,000 penduduk di sekitar Parlimen Tanjong Karang bakal mendapat manfaat kemudahan kesihatan terbaik apabila sebuah hospital baharu yang sedang dibina di kawasan itu siap menjelang 2020.

Felcra rancang pulihkan tanah terbiar di Parlimen Pengkalan Chepa

KOTA BHARU, 6 Mei (Bernama) — Felcra Bhd mengenal pasti kira-kira 100 hektar tanah terbiar dalam kawasan Parlimen Pengkalan Chepa di sini untuk dimajukan dengan projek pertanian yang akan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan terbabit.

Projek pemuliharaan muara Sungai Paka siap 2021

DUNGUN, 6 Mei (Bernama) — Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka yang dijangka siap Mei 2021, dapat menyelesaikan masalah hakisan pantai yang dialami kira-kira 1,000 penduduk di kawasan tersebut.

Kehadiran orang Sabah bantu kurangkan kebergantungan kepada warga asing

JOHOR BAHRU, 6 Mei (Bernama) — Kehadiran masyarakat Sabah yang merantau mencari pekerjaan di kawasan perindustrian di Johor khususnya di Pasir Gudang telah mengurangkan kebergantungan industri terhadap tenaga kerja warga asing.

Pembinaan SMK Bawong bukti Orang Asli tidak dipinggirkan

SUNGAI SIPUT, 6 Mei (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli dalam aspek pembangunan terutamanya pendidikan malah, pelbagai inisiatif dilaksanakan demi memajukan golongan pribumi itu.

Memperkasakan kaum Tamil agenda utama kerajaan – MB Negeri Sembilan

REMBAU, 6 Mei (Bernama) — Memperkasakan kaum India menjadi agenda utama kerajaan sehingga mewujudkan dasar dan unit khas untuk menjaga kepentingan mereka selari dengan kemajuan negara, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Undi mereka yang mampu beri perkhidmatan terbaik – Tengku Abdullah

TEMERLOH, 6 Mei (Bernama) — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan yang terbaik pada Piliihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti dengan memberikan mandat kepada parti yang telah terbukti memberikan khidmat yang baik dan ikhlas.

Negeri Sembilan catat 6.8 juta pelancong pada 2016

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan meningkat kepada 6.823 juta pada tahun 2016, berbanding 2.103 juta pada 2009.

Kerajaan saran penduduk tempatan tanam rumput

KEMAMAN, 6 Mei (Bernama) — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyarankan masyarakat tempatan memanfaatkan tanah mereka dengan tanaman rumput yang boleh dikomersilkan.

Ahmad Bashah mahu bawa peniaga Pekan Rabu lawat negara jiran

ALOR SETAR, 6 Mei (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bercadang membawa peniaga di Pekan Rabu dekat sini melawat kompleks perniagaan di beberapa negara jiran selepas sambutan Aidilfitri ini bagi mendedahkan mereka kepada teknik perniagaan di sana.

Johor bakal perintis projek kajian penanaman mengkuang

KOTA TINGGI, 6 Mei (Bernama) — Johor bakal menjadi perintis bagi projek kajian penanaman pokok mengkuang di Malaysia.

Projek ‘Sea Felda’ beri manfaat 2,000 penduduk Kuala Nerus

KUALA NERUS, 6 Mei (Bernama) — Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau “Sea Felda”, sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di Seberang Takir di sini, bakal memberi manfaat kepada 452 peserta AKN, atau hampir 2,000 penduduk tempatan, termasuk ahli keluarga mereka.

Masjid Ketiga Di Putrajaya Dijangka Siap Empat Tahun Lagi

PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) — Selepas Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebuah lagi masjid bakal didirikan di Putrajaya yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

242 rumah mampu milik untuk generasi kedua Felda Sendayan

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan sebanyak 242 rumah teres setingkat berharga RM80,000 kepada generasi kedua peneroka Felda Sendayan, yang akan dibina di Taman Bandar Sendayan dan Jimah.

265 peneroka Felda Palong Timur Dua dan Palong Tiga bakal terima insentif tanam semula mulai esok

SEGAMAT, 6 Mei (Bernama) — Seramai 265 peneroka Felda Palong Timur Dua dan Felda Palong Timur Tiga bakal menerima insentif tanam semula sebanyak RM4,000 seorang mulai esok.

 

News Brief Borneo

Tiket feri Labuan-Menumbok hingga 8 Mei habis dijual

LABUAN, 6 Mei (Bernama) — Tiket untuk perkhidmatan feri kenderaan ‘roll on roll off’ (ro-ro) dari Labuan ke tanah besar Sabah mulai hari ini sehingga 8 Mei telah habis dijual, mengakibatkan pengundi tanah besar di pulau ini tertanya-tanya bagaimana mereka hendak melaksanakan hak sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Empat ahli keluarga cedera bergelut dengan perompak bersenjata

LABUAN, 6 Mei (Bernama) — Empat orang dari satu keluarga mengalami kecederaan apabila bergelut dengan tiga perompak bertopeng dan bersenjata yang memecah masuk ke rumah mereka pada awal pagi, Ahad.

Ghapur mahu usul kepada Felda, bayar bulanan dividen peneroka

TAWAU, 6 Mei (bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh akan mengemukakan permohonan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) supaya dividen peneroka di sini dapat dibayar secara bulanan dan bukannya bayaran tahunan.

Bina rumah PPR, baiki rumah daif untuk penduduk Batu Sapi

SANDAKAN, 6 Mei (Bernama) — Dalam usaha memenuhi keperluan penduduk di Batu Sapi, kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Baik Pulih rumah daif di kawasan itu.

Program keusahawanan lonjak potensi belia Sabah – pemimpin belia

KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) — Program keusahawanan dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh lima tahun ini dilihat telah berupaya melonjakkan potensi belia Sabah dalam bidang perniagaan serta pemasaran, kata Presiden Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu Abqaree Fawwaz Abekan.

Local beauties to vie for Cats Kumang Gawai 2018 title

KUCHING: The Cats Kumang Gawai (CKG) 2018 pageant will see 10 finalists battle it out for the title at CityOne Megamall here on May 12.

DCM: RM32.5 mln channelled by Teraju to boost entrepreneurship in S’wak

LAWAS: The Bumiputera Agenda Steering Unit (Teraju) has channelled RM32.5 million for the implementation of Sarawak Entrepreneur Capital Development Scheme.

Development a collective responsibility, people reminded

SIMUNJAN: Development is not the sole work of an elected representative, but is also the collective responsibility of the people – specifically the constituents.

‘Lower land premiums for resettlers’

KUCHING: The state government has decided to give a discount on land premium in resettlement schemes across the state with immediate effect.

Sentuhan Kasih programme greatly helps 30 students from SMK Dato Permaisuri

MIRI: Thirty students from SMK Dato Permaisuri (SMKDP) received contribution amounting to RM3,000 from National Security Council (MKN) yesterday.

Kelab Rukun Negara holds camp for 75 students from six schools

BINTULU: A total of 75 students who are members of Kelab Rukun Negara from six secondary schools here completed their three-day-two-night camp at the community hall in Kampung Assyakirin Phase 1.

Man lodges police report over threat by two brothers

SIBU: A man has lodged a police report after he was threatened with harm by two brothers in Sibu Jaya here.

Plans underway to make Kpg Punang a tourist attraction

LAWAS: The charming and idyllic Kampung Punang will one day become one of the state’s iconic tourist attractions, upon the completion of the ‘floating’ mosque and waterfront projects there.

Women have same rights as men — Jamit

KAPIT: Women have equal rights as their male counterparts in nation building.

Tatau folk commended for not making prank calls

TATAU: The Fire and Rescue Department has commended the people of this district for their strong support and cooperation over the years, especially for not making prank emergency calls.

MBKS launches ‘IPeople App’ for public to submit feedback

KUCHING: Members of the public are now able to submit feedbacks on issues they are facing directly to the Kuching South City Council (MBKS) via the ‘IPeople App’.

‘Business-friendly policies, political stability a catalyst for foreign investment’

LAWAS: Sarawak remains a highly attractive foreign investment destination in the region due to its ‘very business-friendly’ policies, says Deputy Chief Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

New approach in resettlement

MALUDAM: Sarawak will do away with the traditional low budget ‘site and services’ approach in opening up new resettlement schemes for the people.

 

Jenayah & Mahkamah

Empat anggota Ah Tee Jinjang ditahan, rampas dadah RM4.8 juta

Warga emas ditemukan mati dipercayai disamun

 

Politik

Padang Besar terus dimajukan jika BN kekal memerintah – Zahidi

PADANG BESAR, 6 Mei (Bernama) — Padang Besar dijangka mengalami pertumbuhan perdagangan penting di kawasan Asia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi jika perancangan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ?terganggu’ dalam tempoh tersebut.

Rais Yatim belum terima maklumat disiasat UMNO

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kedudukan beliau dalam UMNO, susulan siasatan ke atasnya berkaitan isu menyokong pembangkang dan menghentam parti.

Rais juga berdepan tindakan jika naik pentas pembangkang – Tengku Adnan

Jangan terpengaruh pembangkang putar belit kenaikan harga – Badruddin

KEPALA BATAS, 6 Mei (Bernama) — Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sering memanipulasi isu kenaikan harga barang dengan matlamat untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kebajikan guru Yayasan Islam Kelantan jadi keutamaan BN jika menang

PASIR PUTEH, 6 Mei (Bernama) — Kebajikan guru agama yang berkhidmat di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan mendapat pembelaan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

BN sentiasa sokong program martabat keunikan budaya di Sabah

TAWAU, 6 Mei (Bernama) — Kerajaan pimpinan Barisan Nasional sentiasa menyokong segala aktiviti kebudayaan semua masyarakat termasuk kaum Cina di daerah ini, asalkan aktiviti itu berunsur positif serta mendatangkan pelbagai manfaat kepada kerajaan negeri dan semua pihak.

Pemimpin akar umbi harus pertahan calon BN – Nancy

SIMUNJAN, 6 Mei (Bernama) — Pemimpin peringkat akar umbi terutama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus berani mempertahankan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

BN akan terus perkasakan institusi pondok di Kelantan

JELI, 6 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memperkasa institusi pengajian pondok selaras dengan dasar kerajaan persekutuan yang memberikan tumpuan terhadap pusat pengajian agama Islam itu dalam arus pembangunan negara.

‘Demi Cinta’ dekatkan Mastura dengan penduduk Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 6 Mei (Bernama) — ‘Apa khabar, bagaimana keadaan’, itu sapaan mesra calon Barisan Nasional (BN) yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazie setiap kali bertemu penduduk ketika mengunjungi rumah mereka menerusi Program Demi Cinta.

Kerajaan BN tidak pinggirkan penduduk Dungun

DUNGUN, 6 Mei (Bernama) — Meskipun Barisan Nasional (BN) hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Dungun namun, kerajaan dilihat tidak meminggirkan penduduk di kawasan itu.

Semua parti termasuk pembangkang akan pecat anggota tidak setia – Zambry

LUMUT, 6 Mei (Bernama) — Menjadi prinsip setiap parti politik termasuk pembangkang untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin atau anggota mereka yang terlibat dengan kempen parti lawan berdasarkan peraturan parti masing-masing, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hishammuddin persoal keikhlasan Tun M lawat kubur pemimpin PAS

JOHOR BAHRU, 6 Mei (Bernama) — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoal keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur pemimpin tertinggi PAS beberapa hari menjelang hari pengundian sedangkan pusara pemimpin awal UMNO yang banyak berjasa tidak pernah diziarahinya.

Ziarah kubur hanya perkara sunat, Abdul Hadi perli Dr Mahathir

Ziarah Kubur: Hormati keputusan keluarga – Nik Omar

Tun M akan buat macam-macam di saat akhir – Hishammuddin

Mahathir dihalang ziarah kubur Nik Aziz

“Nak sehari je…9 Mei” – Calon BN Chini

PEKAN, 6 Mei (Bernama) — “Kome (saya) nak sehari je… iaitu 9 Mei,” kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Datuk Abu Bakar Harun.

Pengundi jangan perjudi masa depan – Azlan Man

KANGAR, 6 Mei (Bernama) — Projek Lembangan Sungai Perlis yang menelan kos kira-kira RM1.5 bilion memberi impak tinggi terhadap sosioekonomi, sosial dan landskap Kangar, tidak mungkin mampu dilaksanakan oleh pembangkang.

Suku kaum Rungus di Kampung Labuan sama sokong BN

KUDAT, 6 Mei (Bernama) — Suku kaum Rungus di Kampung Labuan Sama, dekat sini memberi jaminan akan menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor dan Parlimen Kudat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Buat pilihan atas kewarasan fikiran, kesedaran – Tun Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihati rakyat agar membuat pilihan atas kewarasan fikiran dan kesedaran semasa memilih parti yang akan memacu pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) ini.

Kerajaan BN Terengganu yang tunaikan janji

KUALA NERUS, 6 Mei (Bernama) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong kosong untuk memancing perhatian rakyat.

Tidak Mengejutkan DAP reka risalah dan video fitnah kerajaan dan PM

KUBANG PASU, 6 Mei (Bernama) — Tindakan DAP yang didakwa mereka puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan serta pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengejutkan.

DAP sanggup menfitnah untuk kuasa politik – Noh Omar

Serah pada polis siasat dakwaan DAP sebar propaganda jahat

Khaled anggap DAP terdesak jika dakwaan sebar video propaganda benar

Syed Saddiq teruskan program debat ‘berseorangan’

MUAR, 6 Mei (Bernama) — Calon PKR bagi kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan program debat yang dijadual malam ini ‘secara berseorangan’ walaupun tidak mendapat permit polis.

Debat Batal: Razali tawar diskusi di rumah Pegawai Daerah Muar esok

Tiada permit, polis minta debat Syed Saddiq-Razali dibatalkan

BN yakin kerusi Parlimen Seremban dan PD mampu dirampas

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata Barisan Nasional (BN) berpotensi besar untuk merampas penguasaan DAP dan PKR di kerusi Parlimen Seremban dan Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Tolak pembangkang, elak peristiwa 11 bulan – Bekas Exco Perak

IPOH, 6 Mei (Bernama) — Rakyat Perak diingatkan supaya menolak pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini bagi mengelak peristiwa pahit sepanjang 11 bulan kerajaan negeri Perak dikuasai pembangkang pada 2008 berulang kembali.

BN Selangor ingatkan rakyat waspada gula-gula pembangkang

KUALA SELANGOR, 6 Mei (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar mengingatkan rakyat Selangor supaya berwaspada dengan ?gula-gula’ politik yang ditabur pemimpin pembangkang sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Jangan terpengaruh slogan ‘ubah’ – Musa

TENOM, 6 Mei (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan slogan ‘ubah’ yang dimainkan pembangkang.

Mizma Azam realisasikan hasrat penduduk Tungku dapat masjid

LAHAD DATU, 6 Mei (Bernama) — Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Mizma Appehdullah berazam merealisasikan projek pembinaan masjid Tungku yang pernah disuarakan sebelum ini sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU14), Rabu ini.

Mahathir jadi bahan lawak, diperkudakan pembangkang – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Insiden Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menjadikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bahan lawak di dalam ceramahnya baru-baru ini jelas membuktikan bahawa beliau hanya ‘diperkudakan’ oleh pakatan pembangkang itu.

Jentera BN perlu beri penjelasan berserta fakta – Ismail Sabri

BERA, 6 Mei (Bernama) — Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu memberikan penjelasan berserta fakta kepada rakyat bagi menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap kerajaan BN, kata calon BN yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rakyat Sabah sokong BN – Musa Aman

PUTATAN, 6 Mei (Bernama) — Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman yakin rakyat Sabah masih menyokong Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan kepada negeri ini.

Hati-hati, jangan termakan fitnah pemimpin lama – Shahrizat

KLUANG, 6 Mei (Bernama) — Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan dan fitnah pembangkang terutama pemimpin politik lama yang sebelum ini berada dalam kerajaan dan kini sudah tidak berjawatan.

Perjuangan BN untuk rakyat, bukan kehendak individu – Azizah

BEAUFORT, 6 Mei (Bernama) — Perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah untuk kesejahteraan rakyat, bukan berpaksikan kepentingan individu atau peribadi seperti yang diperjuangkan oleh beberapa parti politik baharu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Perkukuh pendidikan antara tumpuan Parlimen Batang Sadong – Nancy

SIMUNJAN, 6 Mei (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri menjadikan pendidikan sebagai agenda pembangunan untuk masyarakat di kawasan itu.

Penduduk mahu era kegemilangan Sungai Siput dikembalikan

SUNGAI SIPUT, 6 Mei (Bernama) — Selama dua penggal tanpa sebarang kemajuan di bawah teraju pembangkang, penduduk Sungai Siput kini merindui era Tun S. Samy Vellu yang mereka anggap zaman ‘bercahaya’.

Pembangkang manipulasi media sosial, ganggu sentimen pengundi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini memasuki pusingan terakhirnya menyaksikan parti-parti politk bertanding memperkemas strategi masing-masing untuk meraih sokongan pengundi yang bakal menentukan nasib mereka pada 9 Mei ini.

Pemecatan tokoh UMNO tidak jejaskan parti – Khairy

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata pemecatan dua veteran UMNO tidak akan menjejaskan parti itu mahupun momentum Barisan Nasional (BN) menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu ini.

Pertembungan antara gergasi politik dan ahli strategi di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 6 Mei (Bernama) — Apabila berbincang mengenai politik di Johor, agak mustahil untuk tidak menyebut nama Tan Sri Shahrir Samad, seorang yang kuat semangatnya serta idealistik dengan perjalanan sejarah politiknya yang berwarna warni dan begitu menarik untuk diikuti.

Sokongan rakyat Sabah kepada BN masih kuat – Salleh

KOTA BELUD, 6 Mei (Bernama) — Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yakin sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di seluruh Sabah masih kuat.

 

Ekonomi

Khazanah diiktiraf dalam senarai pemimpin Bretton Woods II

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Khazanah Nasional Bhd telah diiktiraf dalam Senarai Pemimpin Bretton Woods II sebagai satu daripada 25 Peruntuk Aset Paling Bertanggungjawab di seluruh dunia dan bukti terhadap kemajuan ekonomi Malaysia yang mantap.

Malaysia dapat manfaat daripada tarikan taman bertema baharu

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Malaysia dijangka menjadi ibu kota taman tema ASEAN apabila negara ini mempunyai lebih banyak taman tema bertaraf antarabangsa yang akan turut merangsang ekonomi.

DPMM tidak syok sendiri, dekati rakyat untuk atasi masalah

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Lapan belas inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk Langkawi adalah berasaskan keperluan lebih 30 kumpulan berkepentingan atau ‘stakeholder’ di pulau peranginan itu.

 

Sukan

Nur Dhabitah di tangga tercorot di Kazan

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di tangga tercorot dalam acara final 3m papan anjal individu wanita pada pusingan akhir Siri Terjun Dunia FINA 2018 di Kazan, Rusia, hari ini.

Pandelela Gagal Tambah Koleksi Pingat Di Kazan

Welson capai sasaran raih tiga pingat emas

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Kecederaan bahu kaki tidak menghalang perenang sensasi negara, Welson Sim, meraih tiga pingat emas dalam tiga acara disertai pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-61 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di si

Skuad kriket negara gagal ke Divisyen 3 WCL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Impian skuad kriket negara bersaing dalam Divisyen 3 Liga Kriket Dunia ICC (WCL) 2018 tidak kesampaian selepas hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam saingan Divisyen 4 di Kinrara Oval, hari ini.

 

Hubungan Antarabangsa

ICLEI pilih Idris Haron sebagai anggota GexCom

MELAKA, 6 Mei (Bernama) — Local Governments for Sustainability (ICLEI) iaitu majlis antarabangsa bagi inisiatif alam sekitar tempatan, telah memilih Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Global (GexCom) 2018-2021 bagi potfolio ketahanan, berkuatkuasa Rabu lepas (2 Mei).

Kategori
Rangkuman Berita