RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 6 MEI 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 6 MEI 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Shahrizat kembali ke kabinet jika BN menang 2/3 majoriti – Zahid

BAGAN DATUK, 5 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) akan melantik semula Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai salah seorang menteri kabinet sekiranya BN meraih dua pertiga majoriti undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

PRU14 pentas pertama dan terakhir Dr Mahathir tanding atas tiket PPBM – TPM Zahid

BAGAN DATUK, 5 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pentas pertama dan terakhir untuk Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Konsep inabah berjaya turunkan jumlah penagihan dadah – TPM

BAGAN DATUK, 5 Mei (Bernama) — Penggunaan pendekatan agama dan kerohanian atau ‘inabah’ dalam merawat penagih dadah di Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) di negara ini dilihat berjaya menurunkan jumlah penagih dadah sehingga 16 peratus pada tahun lepas.

Najib mahu kemenangan 3-0 di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT, 5 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) menang 3-0 di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

TPM mulakan kempen hari ke-8 dengan tinjauan mesra di pasar

BAGAN DATUK, 5 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan kempen pilihan raya yang masuk hari ke-8 dengan melakukan tinjauan mesra di Pasar Sabtu Selekoh di sini.

Kekuatan jentera BN tidak terjejas dengan fitnah pembangkang – PM

KEPALA BATAS, 5 Mei (Bernama) — Kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan terjejas dengan fitnah yang dilemparkan parti pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagan Datuk akan jadi hab automotif terbaru di Malaysia

BAGAN DATUK, 5 Mei (Bernama) — Bagan Datuk akan menjadi hab automotif terbaru di Malaysia dengan pelaburan RM500 juta dan mewujudkan 4,000 pekerjaan.

Najib yakin BN boleh menang besar pada PRU14

PEKAN, 5 Mei (Bernama) — Selepas seminggu berkempen, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu depan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah tokoh pemimpin sejati negara – PM

KEPALA BATAS, 5 Mei (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan tokoh pemimpin negara dan UMNO yang sejati kerana tidak pernah berganjak menyokong Barisan Nasional (BN) sama ada ketika susah atau senang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pulau Pinang negeri contoh pembangkang ‘janji tinggal janji’ – PM Najib

TASEK GELUGOR, 5 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji pembangkang yang bersifat palsu dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri contoh ‘janji tinggal janji’.

 

Negara

PRU 14

PRU14: 806 warga ATM yang berkhidmat di Lubnan undi Pos

PRU14: 83 peratus anggota keselamatan, pasangan undi awal seluruh negara

Polis perketat kawalan di sempadan menjelang PRU14

Cadangan bas percuma pada PRU14

PRU14 berbeza buat Sarjan Sanip

Pengundian awal perlahan sebelah petang

Bangga tunai tanggungjawab sebagai pengundi awal sebelum bersara Dis ini

Tiada arahan pihak atasan undi parti dan calon tertentu

Dua tangkapan, lebih 20 kes jenayah sepanjang kempen PRU14 di Johor – polis

Polis Kedah terima 61 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya

Tujuh laporan polis berkaitan kesalahan pilihan raya di Miri

Proses undi awal polis berjalan lancar – Ketua Polis Negara

Polis P. Pinang jangka peratusan undi awal anggota capai lebih 90 peratus

45 peratus anggota keselamatan, pasangan undi awal setakat 11 pagi

Tentera wanita berpantang selepas seminggu bersalin antara pengundi awal

152,357 warga ATM undi awal hari ini – PAT

Polis Selangor siasat kain rentang hina pasukan

Konstabel polis teruja undi awal kali pertama

Hasrat Koperal Marzuki jadi pengundi awal pertama tercapai

Salinan laporan kehilangan kad pengenalan boleh digunakan untuk mengundi – SPR

Anggota keselamatan tunai tanggung jawab sebagai pengundi awal hari ini

Undi awal PRU14 berlangsung hari ini

Rakyat Malaysia di Mebourne teruja ikuti keputusan PRU14

Sakit saraf tidak halang bekas tentera keluar mengundi

Ibu dalam pantang tidak lepas peluang keluar mengundi

Polling booths open at 8am for 1,850 voters in Miri

Huge turnout for early voting

DAP’s ‘offensive’ campaign poster taken down by EC

545 security forces and their spouses in Lahad Datu cast ballots early

3,702 armed forces, spouses at Lokawi camp cast their votes today

 

KKLW sedia RM10 juta bantu 1,000 usahawan muda tahun ini

PARIT BUNTAR, 5 Mei (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM10 juta untuk membantu 1,000 usahawan muda di seluruh negara pada tahun ini.

Sindiket penyeludupan manusia dilumpuhkan di Johor – KPN

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Satu rangkaian sindiket penyeludupan manusia melibatkan warganegara Sri Lanka yang dipercayai menggunakan laluan maritim di kawasan Perairan Tanjung Gemuk, Sedili, Kota Tinggi, Johor ditumpaskan Selasa lepas.

Lebih 8,000 pelajar bumiputera Kelantan dapat tawaran ke IPT

KOTA BHARU, 5 Mei (Bernama) — Lebih 8,000 pelajar Bumiputera lepasan sekolah di Kelantan menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta melalui Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 yang diadakan di negeri ini.

Penduduk bandar disaran jalankan pertanian bandar

CHUKAI, 5 Mei (Bernama) — Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara disaran agar memanfaatkan ruang tanah terhad yang dimiliki mereka untuk aktiviti pertanian bandar.

Pampasan Perkeso beri sinar baharu kepada mangsa kemalangan

MARAN, 5 Mei (Bernama) — Tarikh 23 Julai setiap tahun menjadi igauan ngeri bagi seorang pekerja kilang kelapa sawit di Temerloh apabila ketika itulah mula bergelar orang kurang upaya (OKU) selepas hilang sebelah tangan akibat kemalangan di tempat kerja hampir tiga tahun lepas.

Pelantikan Orang Asli ketuai JAKOA bukan bersifat politik

BERA, 5 Mei (Bernama) — Pelantikan Ajis Sitin selaku Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dilakukan mengikut prosedur, dan bukannya bertujuan untuk meraih sokongan masyarakat Orang Asli menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

KDN pantau sebarang video, berita tidak benar – Nur Jazlan

JOHOR BAHRU, 5 Mei (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memantau sebarang bentuk video atau berita yang diterbitkan mana-mana pihak bagi memastikan kesahihannya selari dengan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Pusat komuniti Malayali siap menjelang September

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Pertubuhan Malayali SeMalaysia (AMMA) dan Yayasan AMMA akan mewujudkan sebuah syarikat peneraju (SPV) bagi melaksanakan usaha pembangunan Pusat Komuniti AMMA (ACC).

Dr Fadi: Polis jejaki pemilik van bantu suspek lari

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Polis sedang menjejaki pemilik van yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan Dr Fadi Mohammed Al-Batsh untuk melarikan diri ke negara jiran.

Felda perlu terus maju demi masa depan generasi peneroka

ALOR GAJAH, 5 Mei (Bernama) — Felda bukanlah sebuah kisah politik setiap kali menjelangnya pilihan raya, sebaliknya kisah transformasi kehidupan penerokanya yang berjaya.

Jangan sewenang-wenang kongsi berita tidak dipastikan kesahihan – KP Penerangan

KLANG, 5 Mei (Bernama) — Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menerusi platform media sosial, lebih-lebih lagi ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Felcra bina 881 unit rumah RBN fasa pertama di enam negeri

JASIN, 5 Mei (Bernama) — Felcra Berhad (Felcra) akan membina 881 unit rumah di bawah program Rumah Bina Negara (RBN) bagi fasa pertama di enam negeri secara berperingkat yang dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

 

Negeri

Kerajaan N.sembilan lanjutkan tempoh pajakan tanah individu kepada 99 tahun

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri Sembilan akan melanjutkan tempoh pajakan tanah milik individu yang hampir tamat tempohnya, kepada 99 tahun.

USIM anjur program jelajah sukarelawan

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Seramai 50 pelajar dan tenaga pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ‘berkampung’ di Paroi, di sini bagi menjayakan Program Jelajah Sukarelawan USIM 2018.

Hasrat warga emas 120 tahun jumpa TPM tercapai

BAGAN DATUK, 5 Mei (Bernama) — Walaupun panas dan sesak di Dewan Orang Ramai Cawangan Parit 25, warga emas berusia 120 tahun yang menggunakan kerusi roda sabar menunggu ketibaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merebut peluang bersalaman dengannya.

OKU di Negeri Sembilan tidak dipinggirkan

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Dalam memastikan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negeri Sembilan tidak terpinggir, beberapa program telah dijalankan termasuk pemberian bantuan elaun kepada golongan berkenaan.

Subsidi RM129,200 tiap unit PPR Sentul Murni

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM129,200 bagi pembinaan setiap unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Sentul Murni di sini, kata Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara N. Jayaselan.

Kerajaan BN sentiasa utamakan kemudahan kesihatan rakyat – Zambry

IPOH, 5 Mei (Bernama) — Pembinaan dan kerja menaik taraf perkhidmatan kesihatan di Perak sentiasa diberikan perhatian utama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan rakyat mendapat rawatan yang selesa dan efisien.

‘Saya sangat rindukannya’ – Ismail Sabri

BERA, 5 Mei (Bernama) — “I miss her so much (saya sangat rindukannya)…” ungkapan pertama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya mengenai cucu tunggalnya, Jeanelle Nika Mandagie.

TNB siapkan 47 rumah Baiti Jannati di Kedah setakat 2017

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) — Sebanyak 47 rumah dapat disiapkan menerusi projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kedah sehingga 2017 sejak program itu dimulakan pada 2008.

Padang sintetik pertama di Terengganu bertaraf antarabangsa

KEMAMAN 5 Mei (Bernama) — Padang bola sintetik di Stadium Mak Chili yang siap dibina bulan lepas kini menjadi padang sintetik pertama di negeri Terengganu yang bertaraf antarabangsa.

Baik pulih kuarters balai polis Tanjong Karang siap 18 Mei – Noh

TANJONG KARANG, 5 Mei (Bernama) — Pegawai dan anggota dari Balai Polis Tanjong Karang di sini bakal mendiami rumah yang lebih selesa dan sempurna apabila kuarters balai itu yang sedang dibaik pulih, dijangka disiap sepenuhnya pada 18 Mei ini.

Kerajaan bina dewan utama Paya Besar tampung keperluan penduduk

KUANTAN, 5 Mei (Bernama) — Sebuah dewan utama bernilai RM10 juta akan dibina di Paya Besar pada Jun ini bagi menampung keperluan penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti sukan dan sosial di kawasan itu.

Bangun semula Port Dickson, permata pelancongan Negeri Sembilan

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Port Dickson, destinasi pelancongan popular yang terkenal dengan pantainya yang cantik, akan dibangunkan semula dan dirancang lebih sistematik, sekali gus menjadi pusat pertumbuhan baharu negara.

45,000 petani MADA sudah dapat bantuan khas pesawah

JERLUN, 5 Mei (Bernama) — Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyalurkan kira-kira RM30 juta bagi bayaran Bantuan Khas Pesawah kepada 45,000 petani di bawah seliaan agensi itu sejak akhir Mac lalu.

Kolej Komuniti Jeli akan dibina di Bukit Bunga

TANAH MERAH, 5 Mei (Bernama) — Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kolej Komuniti Jeli akan dibina di Bukit Bunga di sini dan tendernya diluluskan dalam tempoh dua minggu lagi.

Cita-cita anak Orang Asli bukan lagi sekadar miliki SPM

KUANTAN, 5 Mei (Bernama) — Apabila melihat ramai rakan sebayanya tidak meneruskan persekolahan dan hanya sekadar memiliki sijil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menyebabkan Adilah Adi, 18, nekad enggan menjadi seperti mereka dan ingin menghabiskan pelajarannya sehingga ke sekolah menengah.

Orang Sarawak di Pasir Gudang sebahagian keluarga bangsa Johor

JOHOR BAHRU, 5 Mei (Bernama) — Pelantikan jawatan Ketua Masyarakat Sarawak di Pasir Gudang adalah bukti pengiktirafan kerajaan negeri Johor terhadap peranan dan pentingnya golongan masyarakat berkenaan terhadap pembangunan ekonomi dan rakyat Bangsa Johor secara keseluruhannya.

 

News Brief Borneo

Lima sekeluarga maut kemalangan

SIBU, 5 Mei (Bernama) — Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka tersepit antara sebuah lori treler dan sebuah bas ekspres dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 49 Jalan Sibu-Bintulu hari ini.

Kerajaan BN utamakan keperluan prasarana pendidikan di Sabah

SANDAKAN, 5 Mei (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa sedar tanggungjawab untuk memenuhi keperluan prasarana pendidikan di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

APMM Labuan rampas ikan ditangkap guna kaedah bom

LABUAN, 5 Mei (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dimuatkan dengan ikan yang ditangkap menggunakan kaedah bom di persisiran pantai Lambidan, Sabah awal pagi tadi.

Umat Islam di Kampung Takulung, Kota Belud dapat masjid baharu

KOTA BELUD, 5 Mei (Bernama) — Pembinaan Masjid Kampung Takulung, Losou Podi dekat sini bernilai RM100,000 untuk menggantikan surau lama memberi keselesaan kepada kira-kira 200 umat Islam di kampung itu untuk menunaikan solat dan menganjurkan program mengimarahkan masjid.

Pasar nelayan LKIM Tanjung Kapur bantu rancak ekonomi nelayan Semporna

SEMPORNA, 5 Mei (Bernama) — Projek siap pasar nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Tanjung Kapur di sini, berjaya membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat yang rata-ratanya komuniti nelayan.

Abang Johari: Sarawak ada cara dapatkan dana bagi projek pembangunan

KUCHING, 5 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Sarawak memiliki keazaman politik bagi mendapatkan sumber kewangan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan projek-projek pembangunan khusus bagi memacu perkembangan ekonomi negeri dengan lebih pantas.

Polis cari wanita curang menyebabkan suami dibunuh

TAWAU, 5 Mei (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang wanita Indonesia bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditetak dalam kejadian di Kampung Murni, Ladang Kretam di Kalabakan, semalam.

Nancy mahu perkasa sektor pelancongan di Batang Sadong

SADONG JAYA, 5 Mei (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Batang Sadong bagi Pilihan Raya Raya Umum ke-14 Datuk Seri Nancy Shukri berhasrat memperkasa sektor pelancongan di kawasan itu dengan memanfaatkan sepenuhnya konsep inap desa.

Selangau Bazaar gets RM57 million for upgrading works

SIBU: Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg has announced an allocation of RM57 million to upgrade Selangau Bazaar.

‘Environment, natural heritage conservation high on devt agenda’

BATU NIAH, Miri: Conservation of the environment and natural heritage remain high on Sarawak’s development agenda.

Petronas gives away RM120,000 to 10 NGOs

KUCHING: Ten local non-governmental organisations (NGOs) here have received a total of RM120,000 from Petronas.

Poor infrastructure leads to drop in Niah National Park visitors

BATU NIAH: Niah National Park recorded a decline in the number of visitors last year mainly due to poor infrastructure.

Kong defends MPs who backed 1976 amendment

SIBU: Barisan Nasional (BN) candidate for Lanang Kelvin Kong has defended the seven Sarawak United People’s Party (SUPP) parliamentarians who had supported the 1976 constitutional amendment.

STU pledges support for government at 15th annual general meeting

BINTULU: Sarawak Teachers’ Union (STU) Bintulu branch held it 15th annual general meeting (AGM) at a hotel here yesterday.

State rights and Federal rights on territorial waters

Sarawak has dominion, namely legal ownership, economic and property rights of its oil, gas and other minerals in its Continental Shelf as a coastal state which “comprises the seabed and subsoil of the submarine areas that extend beyond its territorial sea throughout the natural prolongation of its land territory to the outer edge of the continental margin [up to a maximum of 350 nautical miles or 100 nautical miles from the 2,500 metre isobaths which is a line connecting the depth of 2,500 metres] or to a distance of 200 nautical miles from the baselines from which the breadth of the territorial sea is measured where the outer edge of the continental margin does not extend up to that distance”: Article 76 (1), (4), (5) and (6) of the United Nations Convention On The Law Of The Sea (“UNCLOS”) 1982.

Piasau Nature Reserve to get Interpretation Centre to provide in-situ information

BATU NIAH: Sarawak Forestry Corporation (SFC) is expected to launch its newest Interpretation Centre at Piasau Nature Reserve in June.

Rainwater a precious resource for Kg Lajong folk

MIRI: For villagers from Kampung Lajong in Niah, rainwater is a precious natural source for their daily use.

CM: State’s oil and gas to finance mega projects

KUCHING: Sarawak will look to its oil and gas (O&G) sector to finance the mega projects that it has planned for the people.

 

Jenayah & Mahkamah

ATM rampas 310 kilogram daun ketum di sempadan

Polis rampas dadah pelbagai jenis bernilai RM98,676

Seven suspected drug pushers arrested in two police raids

 

Politik

Setiap ahli termaktub pada peraturan UMNO

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Kesemua ahli UMNO tidak mengira veteran, Pemuda, Puteri dan anggota biasa merupakan subjek kepada setiap peraturan parti dan tiada siapa yang terkecuali dikenakan tindakan jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pemecatan Daim dan Rafidah tidak jejaskan kempen BN – Irmohizam

KUALA SELANGOR, 5 Mei (Bernama) — Pemecatan dua anggota veteran UMNO dari parti itu susulan sokongan mereka terhadap pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam parti, tidak menjejaskan kempen calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Pemecatan Rafidah dan Daim adalah wajar – Mustapa

Perkara biasa bagi parti pecat anggota menyimpang dari perjuangan Parti – Salleh

Tun Daim belum terima surat pemecatan

Tindakan parti gugur keahlian dua veteran UMNO wajar – Hishammuddin

Rafidah, Daim digugurkan, Rais disiasat – Tengku Adnan

Gugur tiga veteran UMNO elak kerosakan parti menular – Idris Haron

MCA Kalabakan minta pengundi Cina sokong calon komponen BN

TAWAU, 5 Mei (Bernama) — Timbalan Ketua MCA Kalabakan Woo Min Sui meminta masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai agar memberi sokongan kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili Barisan Nasional (BN) di DUN itu, Lim Ting Khai.

Perwatakan Mukhriz kini sudah berubah, suka mencerca – Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) — Perwatakan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kini sudah berubah apabila suka mencerca pemimpin Barisan Nasional (BN) setelah menyertai gabungan pakatan pembangkang yang diterajui DAP, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pengalaman dan khidmat bakti beri kelebihan BN menang di DUN Manjoi

IPOH, 5 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Perak menyifatkan faktor pengalaman selain khidmat bakti yang berterusan kepada masyarakat menjadi kelebihan untuk calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BN Terengganu optimis rampas kembali Parlimen dan DUN di Dungun

DUNGUN, 5 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) optimis merampas kembali kerusi Parlimen Dungun dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang selain mengekalkan kemenangannya di DUN Bukit Besi pada pilihanraya umum ke-14 (PRU14) ini.

Lebih 120 ngo India Muslim zahir sokongan kepada BN

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Gabungan lebih 120 badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India Muslim hari ini menzahirkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Pemimpin BN sepanjang musim bersama rakyat – Musa

KINABATANGAN, 5 Mei (Bernama) — Pemimpin Barisan Nasional (BN) merupakan pemimpin sepanjang musim untuk bersama rakyat, kata Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman.

Rafizi berdepan siasatan polis mengikut Akta Antiberita Tidak Benar

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Polis Negeri Sembilan boleh menjalankan siasatan ke atas naib presiden PKR Rafizi Ramli mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Sabas akan pastikan anggotanya bantu kemenangan BN

SANDAKAN, 5 Mei (Bernama) — Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) akan memastikan kesemua kira-kira 5,000 anggotanya menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-p14 ini.

Abang Johari sangkal dakwaan ada calon BN terlibat salah laku

KUCHING, 5 Mei (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan semua calon BN di negeri itu adalah bebas daripada sebarang bentuk rasuah dan kesalahan jenayah.

Penerimaan golongan muda ke dalam UMNO masih baik – Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) — Penerimaan golongan muda untuk menyertai UMNO kini adalah semakin baik yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap parti keramat itu tidak hilang seperti dakwaan pembangkang.

Serangan Mahathir terhadap Najib bersifat peribadi – Hadi

KUALA TERENGGANU, 5 Mei (Bernama) — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini lebih bermotifkan peribadi dan bukannya demi kepentingan negara.

Kejayaan Mahathir kuasai pakatan hanya perkuat DAP – Pemuda UMNO Kelantan

KOTA BHARU, 5 Mei (Bernama) — Kejayaan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menguasai parti dalam pakatan itu hanya memberi kekuatan kepada DAP, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan Mohammad Azam Ismail.

Pilihan BN akan pastikan pembangunan berterusan di kawasan majoriti Bidayuh

KUCHING,5 Mei (Bernama) — Masyarakat Bidayuh perlu memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesinambungan projek dan pembangunan di kampung mereka, kata Menteri Muda Permbangunan Tanah Adat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menasihatkan pengundi supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang berhubung isu penggunaan dakwat pada jari yang mudah ditanggalkan bagi pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), hari ini.

Isu pajakan tanah: Mohamad bidas pembangkang

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membidas dasar baharu yang ingin diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) jika berjaya menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Masyarakat India dapat manfaat daripada kepimpinan Najib – Samy Vellu

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Bekas presiden MIC Tun S. Samy Vellu percaya bahawa majoriti masyarakat India akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah banyak membantu masyarakat itu sejak mengambil alih pada 2009.

Pembangkang golongan cakap tak serupa bikin – Shabery Cheek

KUANTAN, 5 Mei (Bernama) — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek menyifatkan pembangkang sebagai pihak yang bercakap tidak serupa bikin apabila bercadang mengenakan pelbagai caj kepada nelayan di Selangor.

Debat Syed Saddiq dan Razali di Muar esok

MUAR, 5 Mei (Bernama) — Hasrat pengundi Parlimen Muar untuk melihat calon mereka berdebat menjadi kenyataan apabila majlis tersebut akan diadakan esok (Ahad).

Waspada fitnah pada saat-saat akhir – Khairy

KUALA LANGAT, 5 Mei (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) dijangka mencipta pelbagai jenis fitnah bertujuan mengacau emosi pengundi terutama menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Rabu depan.

BN mampu capai kemenangan di Kuala Krai

KUALA KRAI, 5 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Krai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarkan rekod baik perkhidmatan serta pembangunan yang dibawa sejak lima tahun lepas di kawasan itu.

Ibu tunggal di Perlis dinasihat buat pilihan tepat

KANGAR, 5 Mei (Bernama) — Persatuan Ibu Tunggal Perlis (PERKIT) mengingatkan golongan itu supaya keluar mengundi dan memilih parti yang telah banyak memperjuangkan nasib dan prihatin terhadap mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Jangan sabotaj, utamakan perjuangan parti – Musa

BELURAN, 5 Mei (Bernama) — Semua anggota Barisan Nasional (BN) di kawasan Beluran perlu mengutamakan perjuangan parti dan tidak mensabotaj parti mahupun calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Kehadiran ramai di ceramah pembangkang tidak semestinya mereka menyokong

GUA MUSANG, 5 Mei (Bernama) — Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kehadiran ramai mendengar ceramah pakatan pembangkang tidak semestinya bermakna mereka menyokong parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Sambutan luar biasa kempen pembangkang bukan tanda sokongan

Pembangkang di Labuan guna taktik lama yang tidak berkesan

LABUAN, 5 Mei (Bernama) — Pembangkang di Labuan mengulangi taktik yang sama dengan menonjolkan isu berkaitan ekonomi bagi meraih undi, menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Kemenangan Heng di Gopeng dapat bawa suara wanita ke Parlimen – Shahrizat

IPOH, 5 Mei (Bernama) — Pengundi di kawasan Parlimen Gopeng, khususnya wanita digesa mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Datuk Heng Seai Kie supaya suara serta harapan golongan itu dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Orang Sabah akan tolak Pakatan Harapan – Rahman Dahlan

SEPANGGAR, 5 Mei (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata Orang Sabah akan menolak Pakatan Harapan kerana parti pembangkang itu mengamalkan sentimen politik mengadu domba dan menabur fitnah.

Enam pemimpin Warisan Sulaman keluar parti

TUARAN, 5 Mei (Bernama) — Seramai enam pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Sulaman hari ini melepaskan kesemua jawatan mereka dan mengisytihar keluar parti seterusnya menyertai Barisan Nasional (BN) selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan sebenar parti itu.

Jentera BN: Jangan mudah berpuas hati, teruskan momentum kempen – Salleh

KOTA MARUDU, 5 Mei (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan jentera parti Barisan Nasional (BN) agar tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian kempen mereka memenangi hati pengundi setakat ini sebaliknya meneruskan momentum kempen bagi memastikan kejayaan BN pada pilihan raya umum ini.

Tolak Pakatan Harapan yang tidak mampu beri Harapan

PADANG BESAR, 5 Mei (Bernama) — Pengundi perlu menolak sebuah gabungan pembangkang yang terdiri daripada parti yang sering berpura-pura dan tidak mampu memberi harapan kepada rakyat walaupun menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Zahidi Zainul Abidin.

PAS kini hilang aura Nik Abdul Aziz – Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, 5 Mei (Bernama) — Ketiadaan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kesan teruk kepada perjuangan PAS sehingga berlaku perpecahan sesama anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Hasan yakin mampu pertahan Kuala Pilah

KUALA PILAH, 5 Mei (Bernama) — Datuk Seri Hasan Malek yakin kerusi Parlimen Kuala Pilah mampu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Slogan pembangkang menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat, kata penganalisis

KOTA KINABALU, 5 Mei (Bernama) — Perpaduan mantap parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) lebih meyakinkan rakyat berbanding gabungan pembangkang yang rapuh, mengelirukan serta berpuak-puak, kata seorang penganalisis politik Sabah.

PRU14: Restu ibu iringi Syamsul, Chong

SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) — Restu ibu mengiringi perjuangan dua calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat Syamsul Amri Ismail dan Parlimen Seremban Datuk Chong Sin Woon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

BN dijangka mampu tawan kembali Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 5 Mei (Bernama) — Selepas dua penggal dikuasai pembangkang, kerusi Parlimen Sungai Petani kini dianggap kawasan ‘hitam’ bagi Barisan Nasional (BN) namun langkah parti itu mengetengahkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini dijangka mampu mengubah keadaan tersebut.

Sanglang tidak terpinggir, rakyat turut nikmati limpahan pembangunan

KANGAR, 5 Mei (Bernama) — Walaupun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang terletak lebih 25 kilometer dari pusat bandar Kangar, di sini masyarakatnya tetap merasai limpahan pembangunan dibawa kerajaan negeri dan tidak pernah tersisih dalam agihan kebajikan sepanjang 20 tahun ini.

BN miliki peluang cerah di Parlimen Jerlun

JERLUN, 5 Mei (Bernama) — Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kerusi panas Parlimen Jerlun, yang disifatkan agak menarik apabila ia membabitkan pertemuan antara penyandang, Datuk Othman Aziz (BN) dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (PKR-PPBM) dan Abd Ghani Ahmad (PAS).

28 of 31 seats within reach

KUCHING: Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg remains confident of winning 28 of the 31 seats after seven days of campaigning in this parliamentary election.

‘No’ to peninsula-based BN parties in state – Abang Jo

KUCHING: The state Barisan Nasional (BN) does not allow peninsula-based component parties to spread their wings to Sarawak as local-based component parties have their own ‘culture’.

 

Sukan

Inisiatif kerajaan pastikan atlet wanita ke peringkat dunia

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Usaha kerajaan untuk memartabatkan golongan wanita tidak lagi bertumpu pada bidang-bidang seperti akademik, perundangan dan perniagaan tetapi turut mencakupi bidang sukan.

JDT lebarkan jurang mata, benam Negeri Sembilan 4-0

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan jurang mata dalam carta kedudukan liga selepas membenam pasukan tercorot, Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Hafizh Syahrin sekadar bermula dari petak ke-22 Di Jerez

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah hanya sekadar meraih petak ke-22 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Sepanyol di Litar Jerez, hari ini.

Welson raih emas, catat rekod terbaik musim ini

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Perenang sensasi negara, Welson Sim mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas dalam acara 200m gaya bebas lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2018 hari ini.

Peluang Malaysia ke Piala Dunia Ragbi 2019 semakin tipis

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Ketua jurulatih skuad ragbi 15 sepasukan kebangsaan, Lee Nyuk Fah mengakui peluang Malaysia mencipta sejarah beraksi pada Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun, semakin tipis selepas tewas 8-67 kepada Hong Kong pada aksi kedua Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sukan Asia 2018 uji kemampuan pimpinan baharu MOM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Sukan Asia 2018 di Indonesia bakal menjadi medan penting bagi kepimpinan baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menunjukkan kebolehan mereka mengendalikan badan induk sukan negara itu, kata Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Saya bukan mahu merampas jawatan sesiapa – Abdul Azim

Mohamad Norza yakin mampu galas tugas Presiden MOM dan BAM

Pelari lelaki dan wanita Kenya kuasai marathon Perlis

KANGAR, 5 Mei (Bernama) — Pelari marathon lelaki dan wanita dari Kenya menguasai kategori terbuka antarabangsa Martahon Perlis 2018 sejauh 42 kilometer (km) di sini, hari ini.

 

Kategori
Rangkuman Berita