RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 26 FEBRUARI 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 26 FEBRUARI 2018

Perdana Menteri  / Timbalan Perdana Menteri

BR1M Bukan Untuk Beli Undi – PM  

PEKAN, 25 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi asal usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan terdapat pelbagai tohmahan daripada pihak pembangkang termasuk bertujuan membeli undi.

Kerajaan Peruntuk RM564 Juta Untuk Projek RTB Bandar Pekan  

PEKAN, 25 Feb (Bernama) — Kerajaan menyediakan sebanyak RM564 juta untuk kos keseluruhan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 2, Bandar Pekan dalam usaha untuk mengatasi masalah banjir yang membelenggu rakyat di daerah itu sejak 1920-an.

Perlu Sedar Risiko Pinjam Along – TPM

KUANTAN, 25 Feb (Bernama) — Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau along harus sedar risiko yang perlu ditanggung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Negara

1,300 Penjawat Awam Sertai Karnival Sukan Puspanita

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) — Sebanyak 1,300 penjawat awam dari seluruh negara mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Kebangsaan yang berlangsung di Taman Pancarona, Presint 18 di sini hari ini.

JPJ Nafi Dakwaan Anggotannya Berkelakuan Samseng

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan tohmahan yang tular di media sosial baru-baru ini kononnya beberapa anggota JPJ berkelakuan samseng dan telah memecahkan cermin lori bagi mendapatkan maklumat pemandu.

Tiada Lagi Kuil Dirobohkan Jika BN Memenangi Selangor Pada PRU14 – Isham

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Tiada lagi kuil akan dirobohkan jika Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), menurut pegawai Khas kepada Perdana Menteri Isham Jalil.

Rumah Transit Pertama Di Ibu Negara Siap Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Sungai Udang, Segambut di sini bakal menjadi rumah transit pertama di ibu negara apabila pembinaannya siap pada tahun hadapan.

Malaysia, Qatar Meterai MoU Luaskan Capaian Wanita Di Pasaran Global

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) — Malaysia dan Qatar memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk meluaskan capaian usahawan wanita di pasaran global. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pemeteraian MoU antara Sheikhahub Malaysia dan Q Signature dari Qatar bertujuan untuk menjalin kerjasama perniagaan dan aktiviti kepentingan bersama terutama dalam bidang fesyen dan gaya hidup.

CUMIG Meterai MoU Promosi Peluang Pendidikan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Concerned United Malaysian Indian Graduates (CUMIG) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan 115 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempromosikan peluang pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada lepasan sekolah dan pemegang diploma berketurunan India menerusi kempen ‘IPTA My 1st Choice’.

Kepelbagaian Agama Bukan Penghalang Rakyat Bersatu – Kurup

KENINGAU, 25 Feb (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kepelbagaian agama bukan penghalang bagi rakyat negara ini untuk bersatu.

Karnival Sukan Puspanita Berjaya Lahirkan Atlet Profesional

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) — Karnival Sukan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) berjaya meningkatkan aktiviti bersukan dalam kalangan anggota Puspanita sehingga menjadi atlet profesional.

Negeri

Parkir Bertingkat Siap Tahun Ini – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dan Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, di sini bakal menikmati kemudahan parkir lapan tingkat yang masing-masing dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan dan akhir tahun ini.

MB Selangor Cedera Tulang Belakang

SHAH ALAM, 25 Feb (Bernama) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berehat seketika daripada tugasan rasminya berikutan disahkan mengalami kecederaan tulang belakang minggu lepas.

LKIM Akan Perluaskan Jualan Ikan Q-Fish

KUALA SELANGOR, 25 Feb (Bernama) — Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang mengguna pakai pelbagai kaedah dalam memperluaskan pengedaran dan penjualan ikan segar sejuk beku Q’Fish ke seluruh negara.

Peralihan Kuasa Sukarkan Kesinambungan Pembangunan Dilaksana

ALOR SETAR, 25 Feb (Bernama) — Peralihan kuasa akan menyukarkan kesinambungan pembangunan dilaksanakan di negeri ini berikutan pihak pembangkang tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Warga Emas Maut Dengan Kesan Dijerut Tuala Oleh Penyamun

ALOR SETAR, 25 Feb (Bernama) — Seorang wanita warga emas dijumpai mati dengan kesan dijerut tuala dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Malaysia, di sini hari ini.

3,500 Usahawan Muda Mohon Geran IKC Sehingga Kini

PASIR SALAK, 25 Feb (Bernama) — Kira-kira 3,500 permohonan usahawan tani bagi Geran In-Kind Contribution (IKC) diterima Unit Agropreneur Muda (UAM) dalam tempoh Januari sehingga hari ini.

Pelumba Cub Prix Maut Dalam Kemalangan Lebuh Raya

NILAI, 25 Feb (Bernama) — Pelumba Cub Prix Negara, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran, maut dalam kemalangan yang melibatkan dua motosikal di Kilometer 22.9 arah Utara Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), awal pagi tadi.

15 Kawasan Berisiko Di N. Sembilan Akan Diberi Tumpuan

SEREMBAN, 25 Feb (Bernama) — Lima belas kawasan berisiko di Negeri Sembilan akan diberi tumpuan dalam usaha memerangi dadah habis-habisan pada tahun ini. Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri Nazira Sadiron berkata kawasan itu ialah Rompin, Batu Kikir, Bahau dan Ladang Gaddes di daerah Jempol; Senawang, Paroi, Seremban dan Sikamat (daerah Seremban); Gemas dan Gemencheh (daerah Tampin); Teluk Kemang, Lukut dan Port Dickson (daerah Port Dickson); Kuala Pilah dan Rembau.

Kementerian Kesihatan Latih 50,000 Sukarelawan Untuk Cegah NCD

GEORGE TOWN, 25 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan melatih lebih 50,000 sukarelawan untuk memeriksa pesakit yang mempunyai paras kolesterol dan glukos serta tekanan darah tinggi agar boleh dicegah dan dikesan pada peringkat awal.

Aksem Kedah Rampas Benih Kerang Dipercayai Seludup Ke Negara Jiran Bernilai RM97,000

BUKIT KAYU HITAM, 25 Feb (Bernama) — Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kedah berjaya menahan tiga lelaki dan merampas 2,010 kilogram benih kerang bernilai RM97,000 yang dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran semalam.

Islam Bukan Untuk Satu Kaum Sahaja

IPOH, 25 Okt (Bernama) — Islam itu ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ merupakan konsep yang perlu diselami dan diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum hari ini.

Sultan Perak Dan Permaisuri Ke Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri

BIDOR, 25 Feb (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Hua 2 di sini malam ini.

Mayat Penuntut UIA Lemas Ditemukan

KUANTAN, 25 Feb (Bernama) — Mayat penuntut undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kampus Gombak yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lata Hammer Bentong dekat sini semalam, ditemukan pada 10 pagi ini.

Warga Australia Terselamat Pesawat Ringan Terhempas

KUANTAN, 25 Feb (Bernama) — Seorang lelaki warga Australia terselamat selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas berhampiran Ladang Kampung Melati, Rompin dekat sini, petang ini.

Rakyat Mahu Bantuan BR1M Diteruskan

PEKAN, 25 Feb (Bernama) — Kumpulan pertama yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengharap bantuan itu dapat diteruskan pada masa depan kerana ia banyak membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

25 Pelajar Perempuan SMA Maahad Ahmadi Terselamat Dalam Kebakaran

TANAH MERAH, 25 Feb (Bernama) — Seramai 25 pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Ahmadi, Kampung Padang Siam di sini, terselamat selepas sebuah rumah sewa yang dijadikan asrama pelajar terbabit musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kerjasama YPU, MAI Tingkatkan Prestasi Usahawan Bengkel Terengganu

KUALA NERUS, 25 Feb (Bernama) — Jumlah usahawan Terengganu yang terlibat dalam perusahaan bengkel kenderaan dijangka terus meningkat kepada 400 orang menjelang akhir tahun ini berbanding 132 orang setakat Disember lepas.

Masyarakat Bantu Polis Selesai Kes Jenayah Dianggap ‘Hero’

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai usaha anggota masyarakat yang membantu polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah sekali gus mereka boleh dianggap sebagai ‘hero masyarakat’, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail.

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2018 Tarik Penyertaan 45 Negara

JOHOR BAHRU, 25 Feb (Bernama) — Sebanyak 45 negara mengesahkan penyertaan dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2018 yang bakal diadakan di Bukit Layang-layang, Taman Bandar Pasir Gudang, mulai Rabu ini (28 Feb) hingga 4 Mac depan.

Lelaki Maut Di PLUS Akibat Langgar Lari

JOHOR BAHARU, 25 Feb (Bernama) — Seorang lelaki maut dipercayai akibat dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenalpasti di Kilometer 61.2, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, malam semalam.

Pertubuhan Ihsan Johor Berbeza, Terbuka Kepada Semua

JOHOR BAHRU, 25 Feb (Bernama) — Memperkenalkan konsep berbeza, Pertubuhan Ihsan Johor Johor terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk menjadi sukarelawan tanpa mewajibkan penyertaan secara tetap.

Kakitangan Mahkamah Syariah KL Yang Hilang Ditemukan Selamat Di Batu Pahat

JOHOR BAHRU, 25 Feb (Bernama) — Kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias, yang hilang sejak 12 Februari lalu, ditemukan selamat di rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai Kecil, Simpang Lima, dekat Batu Pahat, hari ini.

NewsBriefBorneo

Sabah Tidak Pernah Ketepikan Kawasan Pembangkang Dalam Pembangunan

PENAMPANG, 25 Feb (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Sabah tidak akan mengetepikan kawasan pilihan raya yang diwakili pembangkang dari segi pembangunan, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Warga Emas Hilang Semasa Mencari Udang

BINTULU, 25 Feb (Bernama) — Seorang warga emas yang mencari udang sejak tiga hari lepas di Sungai Kemena dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya dijumpai terbalik malam semalam.

Majlis Perundingan Untuk Pembangunan Sepanggar Ditubuhkan

KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini mengumumkan sebuah majlis perundingan untuk perancangan pembangunan Sepanggar akan ditubuhkan.

PPKHAS: RM36.82 Juta Untuk Pembaikan, Penyelenggaraan 552 Sekolah

KUCHING, 25 Feb (Bernama) — Kerajaan negeri menerima peruntukan RM36.82 juta bagi Projek Penambahbaikan Dan Penyenggaraan Sekolah Menggunakan Peruntukan Tabung Khas (PPKHAS) 2018, melibatkan 552 sekolah tahun ini.

Better times ahead for PDP

BINTULU: Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg is confident that with 2018 known as the ‘Year of the Dog’, the Progressive Democratic Party (PDP) will be inspired because the animal has been known to have the highest loyalty to its owner.

‘No report of illegal fishing, smuggling in Miri waters so far this year’

MIRI: The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has succeeded in bringing down the number of cases involving illegal fishing and smuggling in Miri waters since last year.

Awang Tengah: Vital to understand importance of wetlands to ecosystem

KUCHING: The people have been asked to understand the importance of wetlands in the ecosystem as there are still many who are unable to understand how it contributes to the ecosystem circle.

TYT attributes state’s progress to every S’wakian

KUCHING: The progress enjoyed in the state is the fruit of collaboration among everyone in Sarawak and not because of the efforts of any particular race.

Government always ensures schools are conducive for learning – Uggah

DEBAK: Run-down, dilapidated and poor schools, especially in rural areas, will continue to receive aid to ensure that children study in an environment that is conducive for learning.

Isu Berterusan

Kertas Siasatan Anggota Tentera Merogol Diserah Kepada Peguam Negara

JOHOR BAHRU, 25 Feb (Bernama) — Polis akan mengemukakan kertas siasatan segera kepada pihak Peguam Negara berhubung kejadian rogol ke atas seorang gadis berumur 17 tahun dipercayai melibatkan sembilan anggota tentera di Kluang.

Rasuah: Inspektor Polis Dipenjara Enam Tahun, Denda RM125,000  Video

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) — Seorang Inspektor polis dijatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dia didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah.

Jenayah

Polis Tumpas Sindiket Pengedar, Rampas Dadah Rm1.2 Juta Di Jb

Lelaki Ditahan Bakar Rumah Mentua Dengan Botol Berisi Petrol

Politik

UMNO Semporna Bagi Minyak Petrol Percuma

SEMPORNA, 25 Feb (Bernama) — UMNO Semporna hari ini memberikan petrol percuma kepada kira-kira 400 pengguna kereta dan motosikal di sebuah stesen minyak Shell di daerah ini, pagi tadi.

BN Parlimen Lembah Pantai Yakin Rampas Kembali Kerusi

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai yakin dapat merampas kembali kerusi itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14, yang akan diadakan pada bila-bila masa sekarang.

NS Mahu ‘Hadiahkan’ Kerusi Teluk Kemang Dan Seremban Kepada Najib

SEREMBAN, 25 Feb (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan berhasrat menghadiahkan kemenangan dua kerusi Parlimen iaitu Teluk Kemang dan Seremban kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

PRU Medan Penting Tentukan Wakil Rakyat Dan Parti Politik Berkredibiliti

JASIN, 25 Feb (Bernama) — Pilihan raya umum (PRU) merupakan medan penting untuk menentukan wakil rakyat dan parti politik yang berkredibiliti dan mempunyai kekuatan untuk membela nasib rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Orang Asli Teguh Sokong Kerajaan Walau Diracun Politik Kebencian

KUANTAN, 25 Feb (Bernama) — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin masyarakat Orang Asli di negara ini akan terus menyokong kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti walaupun terdapat anasir yang cuba menyemaikan kebencian terhadap kerajaan.

Musa Bukti Contoh ‘Pemimpin Dengan Rakyat Berpisah Tiada’

TAWAU, 25 Feb (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman merupakan pemimpin yang rajin turun ke akar umbi untuk mendengar denyut nadi rakyat, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Hasrat Pembangkang Mahu Kuburkan Gerakan Tidak Berasas – Mah

TELUK INTAN, 25 Feb (Bernama) — Tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mengeluarkan kenyataan dalam media sosial mahu menguburkan parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak berasas, kata Presiden parti Datuk Seri Mah Siew Keong.

Kerajaan Rasional Beri Janji Kepada Rakyat – Ronald

BELURAN, 25 Feb (Bernama) — Kerajaan rasional dalam memberi janji kepada rakyat kerana mempunyai kemampuan untuk menunaikannya, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pembangkang Muflis Modal Politik Sehingga Guna Isu Perkauman

TAWAU, 25 Feb (Bernama) — Rakyat perlu menolak pembangkang yang nampaknya muflis modal politik sehingga menggunakan isu berkaitan perkauman, keturunan dan agama sebagai modal serangan untuk meracuni pemikiran rakyat.

Pemimpin Akar Umbi Perlu Kerja Keras Menangkan Calon BN

KUANTAN, 25 Feb (Bernama) — Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk memenangkan calon Barisan Nasional yang terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) tanpa mengira parti komponen mana sekalipun.

Tiada Tsunami Politik Di Johor Pada PRU14 – Gerakan

KULAI, 25 Feb (Bernama) — Parti Gerakan Johor yakin Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang tidak akan membawa fenomena tsunami politik kepada parti itu mahupun parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain di negeri itu.

PRU14: Sokongan Pengundi Pembangkang Dijangka Beralih Ke BN – Teo

KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) — Sebilangan besar pengundi pembangkang yang kecewa dengan realiti politik semasa dijangka beralih menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Teo Chee Kang.

Sukan

Kedah Kembali Ke Landasan Kemenangan Saingan Liga Super

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Kedah mencalar rekod tanpa kalah PKNS FC pada saingan Liga Super musim ini selepas meraih kemenangan tipis 4-3 pada aksi penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam ini.

Morais Tinggalkan JDT Selepas Sembilan Bulan

JOHOR BAHRU, 25 Feb (Bernama) — Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima tamparan hebat apabila Ulisses Morais mengumumkan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan itu berkuatkuasa hari ini.

Pelumba Cub Prix Maut Dalam Kemalangan Lebuh Raya

NILAI, 25 Feb (Bernama) — Pelumba Cub Prix negara, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran, maut dalam kemalangan yang melibatkan dua motosikal di Kilometer 22.9 arah Utara Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), awal pagi tadi.

22 Pasukan Liga-M Mohon Lesen FAM – Hamidin

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Kesemua 12 pasukan Liga Super dan 10 daripada 12 pasukan Liga Premier musim ini telah mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan Lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup 15 Feb lalu, iaitu syarat untuk beraksi pada Liga Super 2019.

 

Kategori
Rangkuman Berita