RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 24 FEBRUARI 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 24 FEBRUARI 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Perubahan Sistem Pendidikan Untuk Hadapi Cabaran IR4.0 – PM Najib

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Kerajaan mungkin menyelaraskan sistem pendidikan dalam usaha menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Barisan Kepimpinan Pakatan Pembangkang Bakal Pincangkan Negara – Najib

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi dua senario barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang bakal pincangkan negara jika pakatan itu dapat merampas tampuk pemerintahan negara kelak.

Najib Ziarah Keluarga Mendiang Chow Chee Keong

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi keluarga bekas penjaga gol kebangsaan, mendiang Chow Chee Keong di Nirvana Memorial Centre, di Jalan Sungai Besi, di sini.

TPM Zahid Minta Anggota Utamakan Perpaduan BN

ALOR SETAR, 23 Feb (Bernama) — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta mereka yang berminat menjadi calon BN supaya bertolak ansur demi perpaduan gabungan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

TPM Zahid Hadiri Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan BN Kedah

ALOR SETAR, 23 Feb (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengadakan perjumpaan khas dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Kedah di Bangunan UMNO di sini.

 

Negara

Bijirin Quinoa Sebahagian Rejim Diet Sihat Najib – PMO

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil bijirin jenis quinoa sebagai sebahagian daripada rejim diet sihat yang diamalkan beliau.

Malaysia Fokus Capaian Internet Di Seluruh Negara – Jailani

KUALA BERANG, 23 Feb (Bernama) — Malaysia menumpukan capaian internet dapat diakses rakyat di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Tiga Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Puncak Niaga Rayu Keputusan Mahkamah Batal Saman RM14 Bilion

SHAH ALAM, 23 Feb (Bernama) — Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang membatalkan saman hampir RM14 bilion syarikat itu terhadap bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dua pihak lain berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.

122 Projek PPR Dengan 84,490 Unit Rumah Disiapkan Sejak 2001

JOHOR BAHRU, 23 Feb (Bernama) — Sebanyak 122 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan 84,490 unit rumah telah disiapkan di seluruh negara sejak 2001 hingga kini, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique.

SPRM Komited Bantu Pelaksanaan MIB Tanpa Rasuah, Salah Guna Kuasa

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited membantu Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan agar pelan hala tuju itu memanfaatkan masyarakat India di negara ini.

Kerajaan Komited Teruskan Usaha Kurangkan Kebergantungan Pekerja Asing

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Kerajaan komited melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing sebagaimana Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang menetapkan had peratusan penggajian pekerja asing di Malaysia tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara pada 2020.

Pasport Malaysia Ke-6 Paling Berkuasa Di Dunia

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) berada di kedudukan ke-enam berkuasa di dunia berdasarkan Laporan Passport Index 2018 yang dibangunkan oleh Arton Capital.

Mahkamah Perlu Terima Pengiktirafan Kehakiman PM Tak Bersalah Dalam Isu 1MDB

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Mahkamah Rayuan perlu menerima pengiktirafan kehakiman tentang hakikat bahawa Peguam Negara (AG) telah membuat keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu 1MDB, kata seorang Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya.

Transformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) 2.0 yang selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menjadikan Malaysia negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan, sosial dan inovasi.

UKHMK Pamer Ketahanan Fizikal Mental Perajurit TDM

KUALA LUMPUR 23 Feb (Bernama) — Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad Tentera Darat Malaysia (UKMHK TDM) mempamerkan ketahanan fizikal dan mental serta kewibawaan kepimpinan perajurit tentera darat dalam merempuh rintangan pertandingan.

Op TBC: Enam Pemandu Bas Ekspres Positif Dadah

SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) — Seramai enam pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu sempena Tahun Baharu Cina (TBC) sejak 9 Feb hingga semalam.

Peluang Graduan, Pekerja Berpengalaman Isi 6,000 Jawatan ETO

PELABUHAN KLANG, 23 Feb (Bernama) — Graduan dan pekerja berpengalaman yang diperakukan sebagai ‘Electro-Technical Officer’ (ETO) berpeluang mengisi 6,000 jawatan dalam bidang penyelenggaraan teknikal kapal di negara ini.

KPDNKK, Dua Syarikat Berminat Operasikan KR1M 2.0 Di Utara Serta Sabah Dan Sarawak

BATU KURAU, 23 Feb (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berbincang dengan dua syarikat besar untuk mengoperasikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di utara Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

Ternak Ikan Air Tawar Di Kawasan Petak Sawah Punyai Potensi Besar – Tajuddin

PASIR SALAK, 23 Feb (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meminta Jabatan Perikanan mengusahakan aktiviti ternakan ikan di kawasan petak sawah yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai sumber tambahan bagi penternakan ikan air tawar.

Tertuduh Nafi Minum Arak Untuk Keberanian Lakukan Pembunuhan

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Tertuduh keempat dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais menafikan bahawa dia dan tiga tertuduh lain mengadakan pesta arak sehari sebelum kehilangan Kevin Morais, bertujuan untuk membangkitkan keberanian untuk melakukan pembunuhan ke atas mendiang.

KTMB, SPAD Teliti Tatacara Operasi Koc Wanita

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tatacara pengoperasian Koc Wanita bagi menjamin dan memastikan koc berkenaan digunakan khas untuk wanita sahaja.

Angkasa Buka Lima Pusat Dialisis Tahun Ini

SHAH ALAM, 23 Feb (Bernama) — Dalam usaha membantu menambah baik perkhidmatan rawatan pesakit buah pinggang yang meningkat setiap tahun, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) akan membuka lima lagi pusat dialisis dikendalikan sepenuhnya oleh Angkasa pada tahun ini.

Laporan Kajian Penilaian Beg Berat Telah Dibentang – Kamalanathan

SERDANG, 23 Feb (Bernama) — Laporan akhir Kajian Penilaian Beg Berat Murid Sekolah, yang antara lain memperakui beg yang dibawa murid adalah berat, telah dibentangkan kepada Kementerian Pendidikan pada Rabu lepas, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

MTDC Tawar Inovasi Teknologi Bantu Usahawan Wanita Desa

ALOR SETAR, 23 Feb (Bernama) — Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bersedia menawarkan inovasi teknologi bagi membantu golongan wanita di desa bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam bidang keusahawanan.

Pos Malaysia Keluarkan Siri Setem Sungai Terpanjang Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem pertama bertemakan tiga sungai terpanjang di Malaysia.

Syiar Islam Dapat Ditegakkan Kerana Kerajaan Miliki Kuasa Politik

SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) — Syiar Islam akan dapat terus ditegakkan di negara ini kerana kerajaan hari ini mempunyai kuasa politik untuk memartabatkan agama selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Publisiti, Pendedahan Kes Rasuah Mungkin Menyumbang Kepada Penurunan CPI

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Publisiti dan pendedahan secara meluas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada kes-kes rasuah tahun lepas mungkin menyumbang kepada penurunan kedudukan dan skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

 

Negeri

Kementerian Teliti Cadangan Pembangunan Semula PA Seri Selangor – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan sedang meneliti cadangan untuk membangunkan semula Perumahan Awam (PA) Seri Selangor di sini dengan infrastruktur bangunan dan kemudahan yang lebih selesa selaras dengan kemajuan pembangunan di sekitar kawasan berkenaan.

Pengendali Dapur Harus Pelajari Cara Tangani Kebakaran

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menasihatkan golongan wanita dan pengendali dapur agar berwaspada dan mempelajari cara-cara mencegah kebakaran kecil yang berlaku secara tiba-tiba ketika memasak.

Qari Gombak, Qariah Hulu Langat Johan Tilawah Al-Quran Selangor

CYBERJAYA, 23 Feb (Bernama) — Abdul Khair Jalil dan Nor Ruzana Natiah Jaafar masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Selangor 2018 di sini, malam ini.

Fasa Kedua Penyelenggaraan Kabel Jambatan Pulau Pinang Mula Isnin Ini

PETALING JAYA, 23 Feb (Bernama) — Fasa kedua kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan berjadual kabel Jambatan Pulau Pinang akan bermula Isnin ini hingga 21 Ogos depan.

Usia Bukan Penghalang Untuk Jadi Sukarelawan ICT

CYBERJAYA, 23 Feb (Bernama) — Pada usia lebih 60 tahun, kebanyakan pesara mungkin lebih cenderung untuk berehat di rumah atau meluangkan masa bersama cucu, namun lain pula halnya bagi seorang bekas guru Junaidi Sabeli.

Bank Islam Belanja RM7.16 Juta Bina, Baik Pulih 265 Rumah

MELAKA, 23 Feb (Bernama) — Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah membelanjakan RM7.16 juta bagi membina dan membaik pulih 265 rumah di bawah Projek Bantuan Rumah institusi perbankan itu dalam tempoh 10 tahun sejak 2008.

Teknologi Dirintis UniSZA Tingkatkan Hasil Tembikai Di Besut

Perasaan gembira dan bersyukur diluahkan penanam tembikai di Kampung Pengkalan Kubur, Tembila dekat sini apabila teknologi baharu diperkenalkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengeluarkan hasil luar jangka.

Felcra Lahir Usahawan Kreatif Dan Berjaya

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Kehadiran dua usahawan terdiri anggota Wanita Dinamis Felcra (Wadira) yang dinamik dan kreatif dalam dunia perniagaan hasil daripada bimbingan dan bantuan Felcra Berhad menarik perhatian pengunjung di Konvensyen Perdana Wadira 2018.

Kolej Vokasional Langkawi Akan Dikhususkan Untuk Bidang Pelancongan

LANGKAWI, 23 Feb (Bernama) — Kolej Vokasional Langkawi akan dijadikan kolej vokasional pertama khusus untuk bidang pelancongan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

200 Kakitangan PAAB Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Seramai 200 kakitangan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah, menjauhkan daripada rasuah dan salah guna kuasa, di sini hari ini.

1,000 Penduduk Bukit Choras Lega Jambatan Dilebarkan

Beberapa buah kereta melalui jambatan Kampung Bukit Choras selepas projek pelebaran yang menelan kos kira-kira RM400,000 siap sepenuhnya bulan lalu sekaligus memberi kemudahan kepada hampir 1,000 penduduk di sini.YAN, 23 Feb ( Bernama) — Kira- kira 1,000 penduduk di Kampung Bukit Choras Dalam, di sini menarik nafas lega apabila penantian mereka untuk mendapatkan jambatan konkrit yang lebar dan selamat, berakhir.

TMJ Rasmi Masjid Bandar Seri Alam

JOHOR BAHRU, 23 Feb (Bernama) — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan Masjid Bandar Seri Alam, di Jalan Rimbun 16, Bandar Seri Alam, Masai, di sini.

ICU Realisasikan Impian Nelayan Miliki Rumah Baharu

BALIK PULAU, 23 Feb (Bernama) — Atas keprihatinan serta mengamalkan langkah proaktif dalam membantu rakyat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri hari ini merealisasikan impian seorang nelayan dan isteri untuk memiliki kediaman baharu yang lebih selesa.

Hadiah Istimewa Menanti Pengunjung Bertuah Ekspo Terengganu 2018

KUALA NERUS, 23 Feb (Bernama) — Bertuahnya rakyat Terengganu! Sebagai pengunjung ke Ekspo Terengganu 2018, mereka berpeluang menerusi cabutan bertuah untuk memiliki hadiah terdiri satu unit apartment di pusat bandar, satu lot tanah kediaman di Kuala Nerus dan satu lot tanah pertanian di daerah Setiu.

20 Nelayan Asing, Dua Bot Ditahan

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 20 nelayan asing dan merampas dua bot dalam operasi berhampiran pelantar minyak Jernih, kira-kira 110 dan 115 batu nautika dari muka muara Kuala Terengganu, pagi semalam.

Risda Peruntuk RM37,500 Laksana Sekolah Tuisyen Di Perlis

PADANG BESAR, 23 Feb (Bernama) — Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntuk RM37,500 bagi melaksana program Sekolah Tuisyen Rakyat@KKLW di tiga sekolah di Perlis tahun ini.

ECRL Projek Mega Berorientasi Keperluan Rakyat – Tengku Abdullah

KUANTAN, 23 Feb (Bernama) — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan ‘projek keretapi rakyat’.

130 Asnaf Fakir Miskin Petaling Terima Bantuan Rumah Dari LZS

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah 26 asnaf fakir dan miskin di Pangsapuri Enggang, Puchong, apabila mereka bakal memiliki rumah sendiri di bawah Program Bantuan Keperluan Asasi Kepada Asnaf Fakir/Miskin 2018 Daerah Petaling oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Video Aksi Tembak Hanyalah Penggambaran Filem – Polis

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim menjelaskan video kejadian tembak-menembak yang tular di media sosial hari ini bukan kejadian sebenar sebaliknya hanya penggambaran filem.

Akademi Helikopter Layang-layang Lahirkan Empat Lagi Juruterbang Bertauliah

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) — Akademi Helikopter Layang-Layang Sdn Bhd hari ini melahirkan empat lagi juruterbang bertauliah, yang juga merupakan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini.

Program Jimat Belanja Dapur Perlu Diadakan Lebih Kerap – Pengunjung

JASIN, 23 Feb (Bernama) — Pengunjung program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA) Melaka berharap program itu dapat diadakan lebih kerap kerana dapat membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tekun Nasional Dorong Usahawan India Bangkit Majukan Diri

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Berbekal keazaman untuk meningkatkan taraf hidup seiring dengan kemajuan zaman, T. Suresh , 41, dari Ulu Tiram, Johor, tekad untuk melibatkan diri dalam penternakan lembu tenusu pada dua tahun lepas.

SPRM Perlis Tumpu Aspek Penguatkuasaan, Pelesenan Dan Perolehan

KANGAR, 23 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis akan memberi penekanan pada tiga aspek utama bagi merapati rakyat sebagai strategi untuk membendung gejala rasuah membabitkan penjawat awam, khususnya pada tahun ini.

Sabri Kesal Watak ‘Pok Ya Cong Codei’ Dimanipulasi

KOTA BHARU, 23 Feb (Bernama) — Pengarah, pelakon, pelawak dan pengacara Mohd Sabri Yunus, 57, kesal selepas watak Pok Ya dalam telefilemnya ‘Pok Ya Cong Codei’ dimanipulasi pihak tertentu untuk pelbagai tujuan termasuk melariskan perniagaan.

86 Polis Perak Terlibat Jenayah Dan Salah Laku Tahun Lepas

LUMUT, 23 Feb (Bernama) — Seramai 86 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak terbabit dalam pelbagai jenis jenayah dan salah laku sepanjang tahun lepas.

Program 1MPAK Port Dickson: Pebagai Peluang Pekerjaan Ditawarkan

SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) — Pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan dan dipadankan untuk golongan muda di negeri ini pada program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang akan berlangsung di Politeknik Port Dickson, Ahad ini.

30 Kakitangan UPSI Ditawarkan Pengajian Ijazah Sarjana

IPOH, 23 Feb (Bernama) — Seramai 30 kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan Pengurusan Sumber Manusia.

Bas Amfibia Dipandu Uji, Bukan Rosak – Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Bernama) — “Bas amfibia atau amphicoach hanya menjalani latihan pandu uji enjin semalam, bukan rosak” kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Projek Naik Taraf Jalan Alor Fasa 2 Bermula Mac

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Pusat penjaja di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini yang terkenal sebagai ‘syurga makanan’ akan dinaik taraf bermula bulan depan, selepas perayaan Chap Goh Mei.

 

News Brief Borneo

Lima Nelayan Terselamat Insiden Tembakan Di Perairan Segama

KINABATANGAN, 23 Feb (Bernama) — Lima nelayan nyaris maut selepas bot mereka ditembak oleh lima lelaki dalam satu kejadian di perairan Segama dekat sini, petang semalam.

Umat Islam Harus Jadikan Amalan Baca Al-Qur’an Sebagai Panduan Pertahan Kesatuan

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) — Umat Islam harus menjadikan amalan membaca al-Qur’an sebagai panduan untuk mempertahankan kesatuan dan memperkasakan perpaduan yang terbina bersama masyarakat lain di negara ini.

KKMM Bina 14 Menara Telekomunikasi Di Kota Belud

KOTA BELUD, 23 Feb (Bernama) — Sebanyak 14 menara telekomunikasi akan dibina di kawasan Parlimen Kota Belud bagi meningkatkan penembusan internet di kawasan parlimen itu.

BHP Dan SQOA Meterai MoU Pembekalan Batu Lebuhraya Pan Borneo

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) — Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pemilik Kuari Sabah (SQOA) bagi tujuan pembekalan batu untuk projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Mangsa Banjir Di Tuaran Terima Bantuan

TUARAN, 23 Feb (Bernama) — Sejumlah 245 keluarga, yang terjejas akibat banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir di sini tahun lepas, masing-masing menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan persekutuan hari ini.

JKKK Penting Tarik Penglibatan Rakyat Majukan Luar Bandar – Musa

KENINGAU, 23 Feb (Bernama) — Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan entiti yang amat penting untuk menarik penglibatan rakyat dalam memajukan luar bandar, kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Existing govt still right one – Musa

Program Latihan Untuk JKKK, JKDB Bukti Kepercayaan Kerajaan

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) — Pelbagai program latihan disediakan bagi meningkatkan kepimpinan serta kecekapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB), membuktikan kepercayaan dan keyakinan kerajaan terhadap institusi tersebut.

Telaga Tiub Manfaatkan Lebih 650 Penduduk Kampung Timbang Dayang

KOTA BELUD, 23 Feb (Bernama) — Lebih 650 penduduk Kampung Timbang Dayang di sini gembira kerana menerima manfaat daripada pembinaan telaga tiub di kampung itu yang bernilai RM90,000.

Penduduk Kampung Timbang Dayang Bakal Dapat Masjid Baharu Bernilai RM1.5 Juta  

KOTA BELUD, 23 Feb (Bernama) — Kampung Timbang Dayang dekat sini bakal memperoleh sebuah masjid baharu bernilai RM1.5 juta yang mampu menampung lebih 500 jemaah pada satu-satu masa.

Polis Sarawak Terima 69 Buah Motosikal, Mantapkan Tugas URB

KUCHING, 23 Feb (Bernama) — Polis Sarawak menerima 69 buah motosikal awal tahun ini untuk diagih ke kawasan-kawasan pedalaman Sarawak bagi kegunaan pegawai serta anggota yang bertugas, dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan serta operasi rondaan Unit Rondaan Bernotosikal (URB) khususnya semasa pilihan raya umum ke-14.

Fasa Dua Projek Naik Taraf Sekolah Daif Di Sarawak Rancak Dirancang  

KUCHING, 23 Feb (Bernama) — Bagi pelaksanaan projek membaiki sekolah daif di Sarawak di bawah fasa dua tahun depan, Kementerian Kerja Raya akan mengusulkan supaya satu jawatankuasa bersama kerajaan negeri dan persekutuan ditubuhkan bagi berbincang mengenai pemilihan dan keutamaan projek yang perlu dilaksanakan segera.

Masjid Terapung Kuching Tertangguh, Dijangka Siap Hujung Tahun

KUCHING, 23 Feb (Bernama) — Hasrat penduduk tempatan melihat masjid terapung pertama seumpamanya di Sarawak yang turut menghiasi Tebingan Sungai Kuching sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negeri sebelum ketibaan Aidilfitri tahun ini tidak kesampaian, apabila penyiapannya tertunda sehingga hujung tahun ini.

Kerajaan Wujud 3.6 Juta Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Perkhidmatan

KOTA BELUD, 23 Feb (Bernama) — Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

Yadim Beri Sumbangan Kepada Masjid, Surau Di Parlimen Batu Sapi

SANDAKAN, 23 Feb (Bernama) — Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) menyalurkan sumbangan sebanyak RM23,000 kepada masjid serta surau di sekitar Parlimen Batu Sapi.

Kebakaran Kuarters Pekerja Di Bintulu, 200 Orang Hilang Tempat Tinggal

BINTULU, 23 Feb (Bernama) — Dua ratus pekerja sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju di sini hilang tempat tinggal setelah kuarters yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian lewat petang semalam.

Sarawak Hos Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa Keempat Pada April

KUCHING, 23 Feb (Bernama) — Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa Keempat (ISES) 2018 akan diadakan selama dua hari bermula 10 April di Pullman Hotel di sini apabila kira-kira 700 peserta antara lain akan membincangkan rangkaian perniagaan mengenai tenaga lestari boleh diperbaharui dan pengurusan permintaan tenaga.

Ubah Suai Projek Air Luar Bandar Manfaatkan Banyak Penduduk – Tangau

TAMPARULI, 23 Feb (Bernama) — Pengubahsuaian yang dilakukan terhadap Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk Kampung Kapa-Kampung Sinalapak dan kawasan sekitarnya di sini akan menyaksikan lebih 6,500 penduduk di 20 kampung menikmati bekalan air terawat.

Villagers in Pusa resort to digging up road to source for water

SRI AMAN: Villagers of Kampung Hilir in Pusa near here have resorted to digging up the road to locate the main pipe after getting fed up with  the prolonged water crisis.

State ups self-sufficiency in beef to 50 per cent by 2030

KUCHING: Sarawak targets to increase its self-sufficiency level (SSL) for beef from the current 10 per cent to 50 per cent by year 2030.

‘Students’ success depends on teachers’

KUCHING: Headmasters and teachers in Sarawak must not rely too much on parents if they want to see improvement in the academic performance of their students.

Organiser expects 1,000 delegates at AAAP Congress 2018 in Kuching

KUCHING: The state will be hosting the 18th Asian Australasian Animal Production (AAAP) Congress for the first time at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), from Aug 1 to 5.

Sarawak Dialogue attracts international investors to state

KUCHING: The inaugural Sarawak Dialogue (SD) themed ‘Sarawak, The Bridge to New Beginnings’ that focuses on digital technology, education, health and tourism, will take place here from Feb 26 to 28.

Chess event to mark DUN’s 150th anniversary

KUCHING: Over 200 people are expected to take part in an international chess competition, set to take place at the State Legislative Assembly (DUN) Complex, to mark the DUN’s 150th anniversary.

Coastal erosion needs study — Minister

KUCHING: A detailed investigation on coastal erosion in the state needs to be done immediately, calls Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Understanding emotional intelligence

IN the World Economic Forum (WEF) report ‘The Future of Jobs’, emotional intelligence was listed as one of the most important job skills that employees must possess to become competitive in the global digital economy.

US traveller cheats death for second time in sinking boathouse

LIMBANG: A US traveller cheated death on Thursday afternoon, the second time in six months when his makeshift boathouse took in water and almost sank in Limbang river.

Tawau school loses classrooms, offices, hall to fire

TAWAU: Fire destroyed two wooden blocks housing classrooms, offices and a hall at SK Sentosa yesterday.

Home for mentally ill seeks funds to build RM2 mln hostel

PENAMPANG: I Link Berhad’s Faith Caring Home, a centre for the mentally ill, is currently looking for more funds from the public, to meet the needs of those who are in desperate need of care.

Child watches father jump off bridge in apparent suicide

KINABATANGAN: A 56-year-old local Dusun man was believed to have committed suicide, witnessed by his six-year-old child as he jumped off the bridge at Sungai Imbak, Tongod here on Thursday at around 6.50 pm.

 

Jenayah

Sembilan Anggota Tentera Direman Bantu Siasatan Kes Rogol Seorang Gadis

Dadah: Pelakon Dan Pelawak Direman

Datuk Didakwa Terima Deposit Haram Lebih RM500,000

Cuba Rompak: Penolong Penyelaras Maksak Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

Bunuh Dua Beradik Ketika Majlis Hari Jadi, Dua Lelaki Didakwa

Aksi ‘zig-zag’: Dua Penuntut Diploma Diperintah Jalani 240 Jam Khidmat Masyarakat

Sarjan Polis Direman Bantu Siasatan Terima Suapan RM13,000

 

Politik

Nancy Selar Pihak Kitar Semula Kenyataannya Pada 2013

LANGKAWI, 23 Feb (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan semula tuduhan lama tidak berasas terhadap beliau menerusi media sosial.

Tengku Razaleigh Yakin BN Mampu Bawa Perantau Kembali Ke Kelantan

GUA MUSANG, 23 Feb (Bernama) — Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu membawa pulang lebih 500,000 rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri lain kerana faktor kerja, untuk menabur bakti di negeri itu jika BN diberi mandat mentadbir Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

PAS Desak SPRM Kemuka Hasil Siasatan Kekayaan Keluarga Dr Mahathir

KOTA BHARU, 23 Feb (Bernama) — Anggota akar umbi PAS Kawasan Kubang Kerian hari ini mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hasil siasatan terhadap dakwaan kekayaan anggota keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad.

BN Perak Bakal Letak Calon Dalam Kalangan Penjawat Awam

IPOH, 23 Feb (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Perak telah mengenal pasti beberapa individu dalam kalangan penjawat awam yang berpotensi diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Anggota PPBM Jelebu Beri Kata Dua Kepada Pemimpin Parti

JELEBU, 23 Feb (Bernama) — Seorang Anggota Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Jelebu hari ini memberi kata dua kepada pucuk pimpinan parti agar menukar ketua bahagian itu atau mereka akan kehilangan 50 anggota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peradong.

BN Bantu Rakyat Tanpa Mengira Masa – Ismail Sabri

BERA, 23 Feb (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membantu rakyat tanpa mengira masa dan tidak seperti pembangkang yang hanya kerap turun padang apabila pilihan raya umum (PRU) bakal diadakan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Puteri UMNO Kemuka 15 Nama Sebagai Calon BN PRU14

PASIR PUTEH, 23 Feb (Bernama) — Pergerakan Puteri UMNO mengemukakan 15 nama daripada sayap parti itu untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tuduhan Ucapan Anifah Berbaur Perkauman Jelas Tersasar – Raime

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) — Tuduhan Parti Warisan Sabah (Warisan) terhadap satu ucapan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang dikatakan berbaur perkauman ternyata tersasar daripada kebenaran, kata Anggota Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi.

Tun Mahathir Dulu Pun Umum Projek Waktu Dekat PRU – Mahdzir

LANGKAWI, 23 Feb (Bernama) — Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menempelak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan pengumuman projek-projek pembangunan di Langkawi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Majlis Syura Ulama PAS Lulus 90 Peratus Senarai Calon

KOTA BHARU, 23 Feb (Bernama) — Majlis Syura Ulama PAS telah meluluskan 90 peratus senarai calon yang dihantar oleh PAS negeri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

J/kuasa IT UMNO Perlu Aktif Promosi Usaha Baik Kerajaan – Ahmad

SANDAKAN, 23 Feb (Bernama) — UMNO mahu semua biro teknologi maklumatnya di 191 bahagian memanfaatkan sepenuhnya media sosial untuk mengetengahkan segala usaha baik yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

MIC Berharap Lebih Banyak Pelantikan Kaum India Dalam Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — MIC berharap pembaharuan perkhidmatan awam akan diteruskan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terutama berhubung kepelbagaian kaum yang lebih besar bagi jawatan tertinggi.

 

Ekonomi

Technology Park Malaysia Bantu Usahawan Bumiputera Di BAHTERA Edisi Timur 2018

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) akan terlibat dalam beberapa siri taklimat bimbingan perniagaan dan peluang keusahawanan khususnya dalam sektor bioteknologi sempena program BAHTERA edisi Timur 2018 mulai esok di Kuantan, Pahang.

Shopee Bakal Lancar Kempen Hari Gaji Pada Akhir Februari

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, akan melancarkan Kempen Hari Gaji, inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji pada 26 hingga 28 Feb ini.

Larangan EU Ke Atas Minyak Sawit Tidak Jejaskan FGV

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit mulai 2021 tidak akan menjejaskan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kerana eksport ke EU adalah minimum, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.

Axiata Rancang Pengambilalihan Dalam Sektor Perkhidmatan Kewangan Digital

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Axiata Group Bhd merancang untuk melaksanakan pengambilalihan dalam teknologi kewangan (fintech), syarikat teknologi pengiklanan (adtech) dan syarikat Internet Perkara apabila ia memperuntukkan RM200 juta bagi pengembangan ke dalam tiga bidang tersebut tahun ini.

PUNB Lepasi Sasaran 30 Peratus Lahir Usahawan Wanita Bumiputera – Jamelah

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah berjaya melahirkan usahawan wanita Bumiputera melepasi sasaran 30 peratus yang ditetapkan kerajaan, kata Ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Jamelah A. Bakar.

FGV Yakin Kekalkan Momentum Kukuh Syarikat Usaha Sama

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — FGV Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, yakin dapat mengekalkan momentum kukuh bagi syarikat usaha sama selepas mencatatkan perkongsian keuntungan RM6 juta pada 2017 berbanding kerugian RM19 juta pada 2016.

Syarikat Malaysia Diseru Gunakan LCS Dalam Urus Niaga Dengan Indonesia

JAKARTA, 23 Feb (Bernama) — Syarikat-syarikat Malaysia diseru untuk menggunakan Rangka Kerja Penyelesaian Perdagangan Mata Wang Tempatan (LCS) bagi memudahkan perdagangan dengan Indonesia, Kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Perdagangan Dua Hala Malaysia-China Meningkat 20.6 Peratus Pada 2017

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Perdagangan dua hala Malaysia-China meningkat 20.6 peratus kepada RM290.65 bilion tahun lepas berbanding RM240.9 bilion pada 2016, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Untung Bersih FGV Meningkat Kepada RM208 Juta Pada 2017

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meningkat kepada RM208.04 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017 daripada RM66.45 juta yang dicatatkan pada 2016.

Ekonomi Malaysia Terus Berkembang Pada Separuh Pertama 2018

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Indeks Perlopor (IP), yang menjejaki prestasi awal ekonomi naik sebanyak 1.6 peratus pada Disember 2017, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

FAMA Sasar Nilai Jualan ABR1M Cecah RM150 Juta Tahun Ini

JASIN, 23 Feb (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) di seluruh negara mencecah lebih RM150 juta sehingga akhir tahun ini.

Projek Infrastruktur Di Pahang Akan Tingkatkan Pelaburan – MIDA

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Pengembangan Pelabuhan Kuantan serta Taman Perindustrian Logistik dan Minyak dan Gas Tanjong Agas, menjadikan Pahang lebih optimis terhadap usaha untuk menarik pelaburan asing dan tempatan ke negeri ini.

Malaysia Boleh Tingkatkan Produktiviti Buruh – Mustapa

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Malaysia boleh menjangkakan peningkatan berterusan dalam produktiviti buruh, terutamanya dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Sukan

Kuantan FA Lakar Kemenangan Sulung Liga Premier

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Kuantan FA melakar kemenangan pertama musim ini pada saingan Liga Premier apabila membelasah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Negeri Sembilan Tersungkur 1-2 Di Tangan Terengganu

SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) — Negeri Sembilan mencatatkan kekalahan ketiga dalam perlawanan keempat Liga Super musim ini, dibenam 1-2 oleh Terengganu FC dalam pertemuan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, di sini malam ini.

Skuad Dodgeball Perlu Teruskan Rentak Cemerlang Di Pentas Antarabangsa – Khairy

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Pasukan dodgeball kebangsaan perlu meneruskan momentum kejayaan pada kejohanan antarabangsa bagi mempromosikan sukan berkenaan kepada rakyat di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Chia-Soh, Wakil Tunggal Negara Yang Masih Beraksi Pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ialah satu-satunya pasangan Malaysia yang masih beraksi selepas wakil negara yang lain tersingkir daripada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland yang diadakan di Basel, Switzerland pada Khamis (awal Jumaat waktu Malaysia.

Pasukan Boling Wanita, Green Bakal Terima Anugerah Khas SAM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bakal menampilkan kelainan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 apabila terdapat dua pemenang bagi penerima Anugerah Khas untuk kali ini.

LTdL: Rally Cycling Sedia Galas Cabaran Pasukan Pro Benua

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Pasukan Rally Cycling yang bakal membuat penampilan sulung sebagai pasukan berstatus Pro Benua dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 bermula 18-25 Mac ini, bersedia memberikan cabaran sengit kepada pasukan Pro Benua yang lain.

Keserasian Pemain Lama, Baharu Mampu Mantapkan Lang Merah

ALOR SETAR, 23 Feb (Bernama) — Keserasian antara pemain lama dan baharu menjadi tanda aras dalam membantu memantapkan pasukan Lang Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2018.

KBS Tidak Lindungi Atlet Atur Perlawanan – Khairy  

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan pihaknya tidak akan memberi perlindungan kepada mana-mana individu mahupun atlet kebangsaan yang terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan.

MRU Terima Tajaan Bernilai RM4 Juta Daripada UEM Group

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Konglomerat infrastruktur dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan terkemuka Malaysia, UEM Group Berhad hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) menerusi kontrak bernilai RM4 juta selama dua tahun sehingga 2019.

Skuad Badminton Perlu Berhati-hati Dengan Pasukan India Dan England Di Gold Coast  Video

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Meskipun memegang rekod cemerlang dalam setiap temasya Sukan Komanwel, skuad badminton masih perluberhati-hati dengan pencabar daripada pasukan sedang meningkat naik seperti India dan England pada temasya Sukan Komanwel bermula dari 4 hingga 15 April di Gold Coast, Australia.

Skuad Angkat Berat Hadapi Tugas Getir Di Gold Coast

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Skuad angkat berat negara berdepan dua tanggungjawab besar untuk mempertahan pingat emas sekali gus menjadi penyumbang pingat pertama negara pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.

MISC Bentang Rancangan Pembangunan Sukan Masyarakat India

SERDANG, 23 Feb (Bernama) — Majlis Sukan India Malaysia (MISC) sedang menyiapkan kertas cadangan berkenaan pelan pembangunan sukan dalam kalangan kaum India untuk dibentangkan kepada kerajaan.

Chong Wei Azam Tambah Koleksi Kejuaraan All England  

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berazam menambah koleksi kejuaraan All England buat kali kelima pada kejohanan yang akan berlangsung mulai 14-18 Mac ini di Birmingham, England.

Muhammad Afiq Raih Emas Kejohanan Berbasikal Trek Remaja

NILAI, 23 Feb (Bernama) — Pelumba pasukan berbasikal Terengganu Muhammad Afiq Iskandar Hasyim raih emas dalam acara 2km kejar-mengejar individu lelaki bawah 17 tahun akhir pada siri pertama Kejohanan Berbasikal Trek Remaja CIMB (JCM-CIMB) 2018, yang memasuki hari kedua di Velodrom Nasional di sini, hari ini.

 

Hubungan Antarabangsa

Polis Thailand Serah Dua Rakyat Malaysia Anggotai Sindiket Penipuan

BANGKOK, 23 Feb (Bernama) — Dua lelaki warganegara Malaysia yang diberkas pihak berkuasa Thailand dalam serbuan terhadap sindiket penipuan pusat panggilan antarabangsa di sini Oktober lepas, diserah kepada Malaysia hari ini.

Malaysia, Hungary Tandatangan MoU Bidang Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Malaysia dan Hungary hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan tinggi untuk membuka peluang kerjasama yang lebih banyak di antara kedua-dua negara.

Kesesakan Campuran Trafik Di Lokasi Penting Punca Utama Kemalangan – JICA

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Kesesakan teruk disebabkan oleh campuran lalu lintas di persimpangan dan lintasan berkemungkinan menjadi antara faktor penyebab kemalangan jalan raya di negara ini.

 

Kategori
Rangkuman Berita