RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 11 APRIL 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 11 APRIL 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Rancang masa untuk turun mengundi – Najib

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pemilih supaya merancang jadual dan masa untuk turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei nanti.

PRU14: Pengerusi BN negeri, pemimpin komponen, sayap bertemu Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri-negeri, pemimpin parti komponen dan pemimpin sayap berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Seri Perdana di sini.

PRU14: Menteri Besar, Ketua Menteri bertemu Perdana Menteri

 

Negara

PRU 14

Tarikh undi jatuh hari bekerja bukan perkara luar biasa

PRU14: 9 Mei cuti peristiwa khas sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan

Pengamal media beriadah seketika sebelum PRU14

Penentuan tarikh pilihan raya adalah kuasa SPR – Salleh

Hormat tarikh mengundi ditetapkan SPR – Idris

Majikan dinasihat benar pekerja mengundi – Riot

PRU14: Polis kenal pasti 1,131 individu berpotensi cetus kekacauan

PRU14: Tanggungjawab majikan pastikan keselamatan pekerja

PRU14: Selangor negeri paling ramai pengundi

Sekolah cuti peristiwa khas pada 9 Mei – Mahdzir

PRU14: Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April

Mesyuarat khas SPR putus tarikh PRU14 jadi tumpuan

Jangan bagi alasan tidak mengundi, SPR bagi tempoh sebulan

Mengundi pada hari bekerja bukan gambaran kehadiran pengundi

Pengundian pada hari bekerja bukan luar biasa – KM Melaka

 

Pelaksanaan projek Kementerian Pertahanan ikut prosedur

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) –Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz bahawa terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu mengawal pelaksanaan projek oleh kementerian itu mengikut kaedah ‘land swapping’.

Warga KPK diminta siap sedia jayakan Kempen Melawat Malaysia 2020

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Warga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) diminta berusaha untuk merealisasikan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020 serta bersiap sedia bagi menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2020.

Kerajaan BN terus perkasakan bidang pertanian, pembelaan kepada petani

PASIR MAS, 10 April (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memperkasa bidang pertanian bagi memastikan bekalan makanan untuk rakyat sentiasa mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Hala tuju peralihan tenaga boleh diperbaharui siap menjelang tahun depan

KUCHING, 10 April (Bernama) — Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (SEDA) Malaysia diberi tanggungjawab menyediakan Hala Tuju Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui (RETR) yang perlu disiapkan menjelang tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S. Devamany.

Nirmalan, Ravi Chandaran tahu apa berlaku pada Kevin Morais – tertuduh

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu hanya dua daripada tertuduh tahu apa yang berlaku kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais selepas kereta mangsa dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda dinaiki empat tertuduh pada 4 Sept 2015.

Persenda islam di FB, Vivian Lee terlepas hukuman penjara

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Bekas teman wanita kepada blogger Alvin Tan, Vivian Lee yang disabitkan dengan pertuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut yang mempersenda agama Islam di laman Facebook mereka, terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman itu dengan denda RM5,000.

Tidak tolak kemungkinan pembabitan wanita dalam pasukan komando

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Tentera Darat Malaysia (TDM) berhasrat untuk menarik penyertaan wanita dalam pasukan Rejimen Gerak Khas atau komando bagi memperkasakan kemampuan tentera darat.

IR 4.0: KPT sedia tamat kursus kurang relevan – Idris

KODIANG, 10 April (Bernama) — Kementerian Pendidikan Tinggi bersedia untuk melupuskan kursus yang kurang relevan di peringkat institusi pengajian tinggi sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan pelajar berkemahiran digital bagi berdepan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Zoo diminta ubah konsep bertaraf dunia

BAGAN SERAI, 10 April (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) meminta zoo di negara ini mengubah konsep atau pameran sebagai usaha menjadikan zoo bertaraf dunia seperti di negara lain.

Masyarakat harus percaya media perdana untuk mendapatkan maklumat – Pengurus Besar Bernama

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Masyarakat seharusnya yakin dan percaya kepada media arus perdana dalam mendapatkan maklumat, kata Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

 

Negeri

Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan dekat Pendang

PENDANG, 10 April ( Bernama) — Seorang pelajar tingkatan enam atas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat Yan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta di Batu 5 Jalan Gurun-Pokok Tai dekat sini petang tadi.

Lapan rumah, sebuah gerai rosak dalam kejadian angin kencang

KEPALA BATAS, 10 April (Bernama) — Lapan buah rumah dan sebuah gerai di Kampung Permatang Manggis, Kampung Permatang Kuang dan Kampung Lahar Kepar, di sini rosak dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang hari ini.

Nelayan dibebaskan Indonesia terhutang budi kepada kerajaan

SEPANG, 10 April (Bernama) — Nelayan dari Malaysia yang tiba di tanah air hari ini, setelah menjalani hukuman tahanan selama 22 bulan di Indonesia, menyifatkan dirinya terhutang budi kepada kerajaan.

Dua lagi nelayan Malaysia ditahan di Indonesia dibebaskan

29 pelajar di Kelantan tamat kursus program kepimpinan Danajamin100

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Seramai 29 pelajar dari enam sekolah di Kelantan hari ini menamatkan kursus Program Kepimpinan Danajamin100.

UniMAP raih keuntungan RM410,000, serah harta intelek kepada syarikat tempatan

ARAU, 10 April (Bernama) — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih keuntungan bernilai RM410,000 setelah menyerahkan hak lima harta inteleknya (IP) kepada lima syarikat tempatan.

Stadium Perak dicadang zon larangan merokok

IPOH, 10 April (Bernama) — Kerajaan negeri bercadang mewartakan Stadium Perak sebagai zon larangan merokok bermula dengan aksi pusingan kedua Piala FA 2018 antara Perak dan PKNS FC, pada 21 April ini.

KPDNKK Perak rampas 220 tong gas LPG bernilai RM90,928

IPOH, 10 April (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 220 tong gas petroleum cecair (LPG) pelbagai jenama bernilai RM90,928 dalam serbuan di sebuah stor simpanan barang di Batu Gajah, semalam.

Pulau Pinang lancar perkhidmatan bas percuma di 12 Laluan

BUKIT MERTAJAM, 10 April (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang hari ini melancarkan perkhidmatan bas percuma CAT dengan kerjasama Rapid Penang di 12 laluan terpilih di negeri ini.

Penutupan sementara jalan susur Jalan P Narayanan, 222 Dan Templer

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Jalan susur keluar-masuk Lebuhraya Persekutuan ke Jalan P Narayanan, Jalan 222 dan Jalan Templer di daerah Petaling, Selangor akan ditutup sementara kepada semua kenderaan bermula 11 malam hingga 5 pagi, mulai hari ini hingga 20 April.

KPN puji Terengganu bina litar lumba atasi mat rempit

KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memuji langkah kerajaan Terengganu membina litar lumba di Gong Badak, Kuala Nerus sehingga mampu mengatasi masalah mat rempit.

MUIP laksana wajib taksir zakat

KUANTAN, 10 April (Bernama) — Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini, melancarkan Wajib Taksir Zakat (WTZ) bagi mewajibkan umat Islam yang mempunyai pendapatan tetap melaksanakan kewajipan menunaikan zakat.

Rosmah tinjau pembinaan hospital kanak-kanak permata

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa untuk melihat lebih dekat perkembangan projek Hospital Kanak-Kanak PERMATA Universiti Kebangsaan Malaysia (HKKP UKM) di Cheras.

Elak pasang bendera parti di kawasan persimpangan jalan dan lampu isyarat

SEREMBAN, 10 April (Bernama) –Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin menasihati parti-parti politik supaya tidak memasang bendera parti masing-masing terlalu banyak di kawasan-kawasan yang boleh menyebabkan kemalangan seperti di persimpangan jalan dan lampu isyarat.

Jalan raya bertingkat dari Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan dijangka siap 2019

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Pembinaan laluan tiga lorong sehala bertingkat dari Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan yang memendekkan perjalanan ke pusat bandar dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

Terengganu perkenal dana raya khusus untuk pasukan keselamatan

KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) — Anggota keselamatan yang berkhidmat di Terengganu bakal menerima dana raya antara RM200 dan RM400, sebagai tanda kerajaan negeri menghargai jasa mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

SWCorp Kedah sasar sifar aduan tahun ini

ALOR SETAR, 10 April (Bernama) — Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah yakin dapat mencapai sasaran sifar aduan tentang pengurusan sisa sampah di negeri ini menjelang akhir tahun ini.

Kualiti graduan TVET perlu capai kehendak pasaran kerjaya

ARAU, 10 April (Bernama) — Kualiti graduan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus berada pada tahap kebolehpasaran yang tinggi selaras dengan keperluan dan kehendak kerjaya masa kini.

Golongan muda Perlis disaran rebut peluang jadi usahawan, manfaatkan geran kerajaan

KANGAR, 10 April (Bernama) — Golongan muda di Perlis diseru agar merebut peluang menjadi usahawan dengan memanfaatkan geran perniagaan yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Mohon permit jika mahu adakan perhimpunan, ceramah – polis

KUANTAN, 10 April (Bernama) — Semua parti politik bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diingatkan agar memohon permit jika mahu mengadakan sebarang perhimpunan atau ceramah bagi memastikan kempen dilakukan berjalan dalam suasana aman.

 

News Brief Borneo

61 kali lawat Sarawak bukti keprihatinan Najib – Nanta

SONG, 10 April (Bernama) — Kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Sarawak menjadi bukti bahawa beliau seorang pemimpin yang mengambil berat dan prihatin dengan rakyat di negeri Bumi Kenyalang, kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Alexander Nanta Linggi.

Sarawak manfaatkan teknologi memuncul untuk perkukuh agenda tenaga boleh diperbaharui

KUCHING, 10 April (Bernama) — Sarawak mengambil langkah awal memanfaatkan teknologi memuncul bagi memperkukuh agenda tenaga boleh diperbaharui, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sebutan semula kes anggota pengganas Abu Sayyaf Jumaat ini

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) — Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes seorang lelaki warga asing yang didakwa sebagai anggota pengganas Abu Sayyaf di Sabah.

Naik taraf jalan raya, bina jambatan Pulau Bum Bum disambut baik

SEMPORNA, 10 April (Bernama) — Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban hari ini menyambut baik projek menaik taraf jalan serta pembinaan jambatan Pulau Bum Bum di sini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam.

Sarawak to use Sares to light up remote communities – Abg Johari

KUCHING: Sarawak targets to achieve 100 per cent electrification by 2025.

RM20 mln-Giat Maju to be operational month-end

MIRI: The RM20 million ‘Giat Maju’ equipped with the latest technology and set to be the largest fishing vessel in the country’s Marine Fisheries Department fleet will start going out to sea  end of this month.

Army personnel told not to fall for fake news

MIRI: Members of the Armed Forces are advised to be wary of information they receive which could be false.

‘More federal funds means more NCR land can be surveyed’

MIRI: Funds from the federal government have enabled Land and Survey Department to conduct perimeter survey on 834,696 hectares of native customary rights (NCR) land thus far.

Dates set by EC give ample time to prepare, campaign — Idris

KUCHING: The period between now and polling day provides all political parties involved in the 14th general election ample time to prepare their campaign strategies.

Kuching the venue for 10th BAQ conference this year

KUCHING: The 10th Better Air Quality (BAQ) conference will be held at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) on Nov 14-16.

Ministry embarks on roadmap to reduce greenhouse gas (GHG) emissions

KUCHING: The Ministry of Energy, Green Technology and Water has embarked on the Renewable Energy Transition Roadmap (RETR) 2050 to reduce Malaysia’s greenhouse gas (GHG) emissions.

CM: S’wak needs to reduce use of non-renewable energy

KUCHING: Sarawak has to lower its reliance on non-renewable resources if it wants to have energy security to sustain economic growth.

Nobel prize nominee talks on ‘fire in the belly’

KUCHING: Prof Dr Anne Merriman, Hospice Africa founder and current director of Policy and International Programmes, has been busy delivering talks since landing here.

Mini supermarket owner nabbed over smuggled beer

KUCHING: Marine Police seized 207 cartons of contraband beer during a raid at a mini supermarket in Lundu on Monday.

Embrace modern technology in doing things — Naroden

KUCHING: The people are urged to embrace modern technology in dealing with works transaction, which already becoming the trend, says Assistant Minister of E-Commerce Datuk Mohd Naroden Majais.

Permit need to display flags, poll campaign materials – Mayor

KOTA KINABALU: Political parties or those who wish to display flags or campaign materials in the state capital are reminded to apply for a permit under the Kota Kinabalu City Hall’s Advertisement by-law 1983.

Employers have no issue with staff going out to vote on May 9

KOTA KINABALU: Employers have no issue with their employees taking leave to vote on May 9, said Sabah Employers Association (SEA) president Yap Cheen Boon.

 

Jenayah

Suami isteri ditahan kes tuntutan palsu RM91,000 – SPRM

Dua kumpulan samun warga emas ditahan polis

Kumpulan pecah rumah ‘Fei Fat’ di Taiping tumpas

Polis tahan suspek curi cenderahati di Istana Pahang

Kumpulan samun sarang burung walit diberkas

Lima lelaki geng curi motosikal ditahan

12 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Negara

Pemilik butik didakwa tipu jualan beg tangan berjenama

Pecah amanah: Bekas pengarah syarikat dipenjara tiga tahun

‘Datuk’ dan isteri didakwa terima wang RM46,200 tanpa lessen

Pekerja kilang didakwa tipu tawaran kontrak bekal beras RM100,000

Warga emas Rugi RM40,000 gara-gara batu sakti

 

Politik

Nasrudin Tantawi bertanding di Parlimen Indera Mahkota

KUANTAN, 10 April (Bernama) — Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi dinamakan sebagai calon parti itu untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pelan B Mahathir ialah menafikan BN kemenangan dua pertiga – Salleh

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari sepenuhnya bahawa PH akan dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dan oleh itu beliau akan cuba sedaya-upaya untuk menafikan Barisan Nasional kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum.

Belia harap ‘Jaminan Orang Muda’ dapat perkasa golongan itu

SEREMBAN, 10 April (Bernama) — Belia di Negeri Sembilan berharap manifesto Barisan Nasional (BN) untuk mereka, ‘Jaminan Orang Muda’, yang dibentangkan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin malam ini bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dapat memperkasa golongan itu sebagai pelapis negara.

PRU14 : Manifesto Pemuda BN garis lapan jaminan untuk orang muda

Manifesto golongan muda satu perancangan strategik yang komprehensif

Khairy jawab kenapa Pemuda BN lancar manifesto khusus

Senarai calon Terengganu yang tular tidak betul – MB

KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) — Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini menafikan senarai calon Terengganu yang tular dalam aplikasi WhatsApp adalah calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kerajaan BN ambil pandangan semua pihak laksana manifesto

ALOR SETAR, 10 April (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Bank Negara sebelum membentangkan bajet ataupun manifesto parti itu untuk kebaikan rakyat.

PRU14: bendera BN dirosakkan, Pemuda UMNO buat laporan ;polis

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Pemuda UMNO Bukit Bintang malam ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki yang mencabut dan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) yang dipercayai berlaku di kawasan persimpangan Jalan Sultan Abdul Samad dan Jalan Tun Sambathan 4, di sini.

UMNO iktiraf peranan wanita termasuk warga emas, ibu tunggal

LUMUT, 10 April (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf peranan wanita termasuk golongan warga emas dan ibu tunggal dengan memastikan kebajikan kumpulan berkenaan sentiasa diutamakan.

Pakatan Harapan Perak lancar manifesto PRU14

IPOH, 10 April (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) Perak melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di sini malam ini, yang menggariskan lima teras merangkumi 31 janji sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran negara.

Shafie keluar UMNO kerana berhasrat jadi TPM – Musa

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini berkata Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar UMNO kerana beliau berhasrat menjadi timbalan perdana menteri.

Berhenti minta kerusi – Dr Subramaniam

KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) — Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini menggesa pemimpin dan anggota parti itu berhenti mengeluarkan kenyataan media meminta kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 ini.

Masyarakat Cina akan pilih BN Pada PRU14 – Raymond

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah yakin masyarakat Cina akan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

BN Negeri Sembilan berusaha pastikan 80 peratus pemilih mengundi

SEREMBAN, 10 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan berusaha memastikan 80 peratus pemilih berdaftar di negeri itu akan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU)14.

Guna logo PKR bakal jejaskan pengaruh komponen pembangkang – Sharkar

TEMERLOH, 10 April (Bernama) — Percaturan Pakatan Harapan menggunakan logo PKR sebagai lambang pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal menjejaskan pengaruh tiga lagi parti komponen itu, menurut seorang Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

PAS Kelantan kemuka calon tempatan – Mohd Amar

KOTA BHARU, 10 April (Bernama) — PAS Kelantan mengemukakan senarai calon anak tempatan untuk bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

PRU14: PRM akan bertanding 22 kawasan di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 10 April (Bernama) — Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan senarai calon bagi 18 daripada 22 kawasan pilihan raya yang bakal ditandingi parti itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pakatan Harapan di Selangor akan dilanda krisis dengan tindakan Khairuddin sertai PKR

SHAH ALAM, 10 April (Bernama)– Tindakan Mohd Khairuddin Othman, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, keluar daripada PAS dan menyertai PKR akan menimbulkan konflik dalaman kepada Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

PPBM tarik balik saman terhadap RoS berhubung status pendaftaran parti

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menarik balik saman pemula difailkan terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi menuntut deklarasi berhubung status pendaftaran parti itu.

PRU14: PAS tanding 23 DUN, lima Parlimen di Melaka

MELAKA, 10 April (Bernama) — PAS bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

 

Ekonomi

Tiada bukti ada antisaingan dalam sektor farmaseutikal, bahan binaan – MyCC

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berkata tiada bukti konklusif terdapat keadaan antisaingan antara peserta industri dalam sektor farmaseutikal dan bahan pembinaan di Malaysia berdasarkan dua laporan kajian pasarannya.

Destini, Felcra bkerjsama sediakan perkhidmatan MRO

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Destini Bhd dan Felcra Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi kemudahan dan peralatan perindustrian bagi pertanian dan industri berkaitan di Malaysia dan rantau ASEAN.

MIDA yakin terhadap pertumbuhan pelaburan sektor elektrik & elektronik tahun ini

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yakin pertumbuhan pelaburan diluluskan dalam sektor elektrik dan elektronik negara dapat dicapai meskipun berlaku perang perdagangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

MAB, FlyFirefly, MASwings kecualikan caj penukaran penerbangan sempena hari pengundian

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan syarikat sekutunya, FlyFirefly Sdn Bhd dan MASwings Sdn Bhd, mengecualikan caj penukaran penerbangan mereka untuk rakyat Malaysia dengan tempahan sedia ada sempena Pilihan Raya Umum Ke-14.

AirAsia tawar pengecualian caj penukaran penerbangan untuk tempahan perjalanan jatuh pada hari mengundi

Perbelanjaan IT Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus kepada RM64.4 bilion

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Perbelanjaan Malaysia bagi produk dan perkhidmatan teknologi diunjurkan berkembang 5.8 peratus kepada RM64.4 bilion pada 2018, dengan segmen perbelanjaan tertinggi dijangka daripada perkhidmatan komunikasi dan teknologi maklumat (IT), menurut prospek terkini oleh Gartner, Inc.

Felcra jalin 9 kerjasama sektor perladangan, hartanah, agro

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan (Felcra) menjalin sembilan kerjasama strategik baharu yang bakal mengembangkan sayap organisasi korporatnya, Felcra Bhd, dalam tiga sektor utama — perladangan, hartanah dan perniagaan agro.

Kondo dan rumah teres di Melaka dan Johor miliki peningkatan modal tertinggi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — iPropertyIQ.com, sebuah syarikat perkhidmatan penyelesaian data besar dan jabatan kelolaan iProperty.com.my Malaysia Sdn Bhd, telah menyenaraikan Melaka serta Johor dalam ‘kondominium dan rumah teres lima terbaik’ yang memiliki peningkatan modal tertinggi di Malaysia pada 2017.

Sektor e-dagang berpotensi lonjak dagangan Malaysia cecah RM2 trilion

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Sektor e-dagang berpotensi melonjakkan jumlah perdagangan Malaysia kepada RM2 trilion pada 2018 berbanding RM1.77 trilion tahun lepas, berikutan pelaksanaan pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan.

 

Sukan

Carta pingat Sukan Komanwel 2018 pada Selasa

GOLD COAST, 10 April (Bernama) — Berikut kedudukan pingat Sukan Komanwel 2018 di sini, setakat tengah malam waktu tempatan Selasa. (Gold Coast dua jam lebih awal dari Malaysia):

Petronas taja penunggang Malaysia ke perhimpunan motosikal terbesar Asia

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) –Petronas hari ini melepaskan konvoi motosikal berkuasa tinggi, Petronas Sprinta dengan ‘UltraFlex Experience to Believe’, bagi perjalanan 1,000 kilometer ke Minggu Motosikal Phuket 2018 di Thailand, perhimpunan motosikal terbesar di Asia.

Acara terjun mula buru emas esok

GOLD COAST, 10 April (Bernama) — Acara terjun yang akan membuka tirai esok, dijangka menjadi tumpuan untuk menambah koleksi emas kontinjen negara di Sukan Komanwel 2018.

Felda United terus unggul di persada Liga Premier

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Pasukan kelab, Felda United mengukuhkan kedudukan teratas Liga Premier setelah menewaskan Terengganu FC II (TFC II) 2-0 pada aksi keenam liga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

JDT tewas kepada Persija Jakarta dalam saingan Piala AFC

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memilih jalan sukar setelah tewas 0-4 kepada wakil Indonesia, Persija Jakarta pada aksi kelima Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.

Yee Khie raih perak dalam powerlifting

GOLD COAST, 10 April (Bernama) — Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie meraih pingat perak dalam acara powerlifting heavyweight lelaki pada Sukan Komanwel 2018, di sini.

Walaupun diturunkan kedudukan, ratu berbasikal trek kebangsaan berazam pertingkat prestasi

SEPANG, 10 April (Bernama) — Walaupun masih terkesan dengan penalti yang diterima selepas pusingan kedua acara keirin wanita di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, ratu berbasikal trek negara Fatehah Mustapa tidak mahu insiden itu terus menghantui dirinya.

PFAM gesa pemain, pasukan guna kontrak standard NDRC

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa pemain dan pasukan menggunakan kontrak standard baharu yang digubal oleh persatuan itu berdasarkan ‘National Disputes Resolution Chamber’ (NDRC) dalam proses perpindahan pemain, bagi menjamin kebajikan mereka.

Carmen Lim perbaharui rekod Asia Tenggara

GOLD COAST, 10 April (Bernama) — Perenang para negara, Carmen Lim yang membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Gold Coast, mencapai sasaran peribadinya untuk memperbaharui rekod Asia Tenggara selepas mencatat masa 35.95s dalam acara 50m gaya bebas S8 wanita, hari ini.

Permulaan baik beregu skuasy negara di Gold Coast

GOLD COAST, 10 April (Bernama) — Tiga pasangan beregu negara menampilkan permulaan baik dalam acara beregu Sukan Komanwel 2018, apabila mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, sekali gus mencerahkan peluang mara ke pusingan kedua Khamis ini.

Azizul dan Fatehah dinobat olahragawan, olahragawati Terengganu 2017

KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) — Pelumba basikal negara Mohd Azizul Hasni Awang dan Fatehah Mustapa dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati negeri ini dalam Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2017 yang berlangsung malam tadi.

CDM belum mahu tekan butang panik

GOLD COAST, 10 April (Bernama) — Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018 Huang Ying How belum mahu mengaku panik dengan pencapaian atlet negara setakat ini yang baru mengutip dua emas dan dua gangsa untuk berada di kedudukan ke-11 keseluruhan.

Malaysia gagal kutip tiga mata, tewas kepada India 1-2

GOLD COAST, 10 April (Bernama) — Pasukan hoki lelaki negara tidak mempunyai pilihan selain mencari kemenangan ke atas Pakistan untuk bersaing di kedudukan tempat kelima dan keenam pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Perjalanan saya masih jauh – Farina Shawati

SEPANG, 10 April (Bernama) — Pelumba basikal trek muda negara, Farina Shawati Mohd Adnan tidak mahu terus berpuas hati dengan prestasi semasa beliau, sebaliknya mahu terus berusaha untuk mencipta kejayaan.

 

Hubungan Antarabangsa

Kedudukan hakim perlu diperkukuh dengan pengetahuan terrorisme – Penasihat Undang-undang AS

TUARAN, 10 April (Bernama) — Hakim-hakim mahkamah seantero dunia perlu diperkukuh dengan ilmu pengetahuan luas agar dapat membuat keputusan tepat dan adil dalam kes-kes keganasan, kata Penasihat Undang-undang Kedutaan AS Karyn Kenny.

Bekas Duta Palestin meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Bekas Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abuqutaish (Abu Ghosh) meninggal dunia pada Sabtu lepas (7 April) dan akan dikebumikan selepas zuhur petang ini.

 

Kategori
Rangkuman Berita