Washington perketat visa kepada Myanmar, Laos

15 WASHINGTON: Washington semalam, mengumumkan keputusan memperketatkan pengeluaran visa kepada warga Myanmar dan Laos, berikutan keengganan kedua-dua negara itu menerima rakyat mereka yang dihantar pulang dari Amerika Syarikat. “Kedua-dua...

WASHINGTON: Washington semalam, mengumumkan keputusan memperketatkan pengeluaran visa kepada warga Myanmar dan Laos, berikutan keengganan kedua-dua negara itu menerima rakyat mereka yang dihantar pulang dari Amerika Syarikat.

“Kedua-dua negara di Asia Tenggara itu sudah menafikan atau menangguhkan langkah menerima rakyat mereka yang dihantar pulang dari Amerika Syarikat tanpa alasan yang munasabah.

“Berikutan itu, berdasarkan hasil penyelesaian yang dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Jabatan Negara sudah mengarahkan pejabat konsulat di Myanmar dan Laos untuk melaksanakan sekatan terhadap beberapa kategori permohonan visa.

“Ia akan dilaksanakan sehinggalah penjelasan lanjut diperoleh dari Myanmar dan Laos dan sekatan ini mungkin diperluaskan kepada beberapa kategori lain,” kata DHS.

DHS berkata, tindakan Myanmar dan Laos yang enggan menerima semula rakyat mereka menyebabkan jabatan imigresen Amerika Syarikat terpaksa ‘melepaskan’ beberapa penjenayah berbahaya ke dalam negara itu.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keputusan itu tidak didedahkan ketika pentadbiran Presiden Donald Trump sedang memperketatkan tindakan terhadap pendatang tanpa izin dan sah. – AFP

Kategori
BeritaDunia