Tokoh kanan Buddha tipu kelayakan akademik

35 SEOUL: Persatuan Buddha terbesar Korea Selatan mengarahkan ketua eksekutifnya meletak jawatan hari ini susulan dakwaan beliau memalsukan kelayakan akademik, mengumpul kekayaan dan melanggar ikrar untuk kekal bujang. Undi...

SEOUL: Persatuan Buddha terbesar Korea Selatan mengarahkan ketua eksekutifnya meletak jawatan hari ini susulan dakwaan beliau memalsukan kelayakan akademik, mengumpul kekayaan dan melanggar ikrar untuk kekal bujang.

Undi tidak percaya 56 berbanding 14 yang diberikan kepada presiden Jogye Order, Seoljeong, oleh jawatankuasa pusatnya adalah yang pertama dalam sejarah ratusan tahun pertubuhan itu. Ia dipercayai ditubuhkan pada abad ke-12.

Dengan lebih 3,000 kuil, 13,000 sami dan tujuh juta pengikut, ia merangkumi hampir keseluruhan penganut Buddha Korea Selatan dan amat berpengaruh di negara itu yang menyaksikan agama kekal sebagai kuasa sosial berpengaruh.

Namun ia sudah lama dicemari dakwaan rasuah dan perbalahan dalaman.

Ramai anggota bawahan dan kumpulan sivik melancarkan bantahan menuntut peletakan jawatan Seoljeong berhubung dakwaan itu.

Seorang sami kanan dibawa ke hospital bulan ini selepas melancarkan mogok lapar 14 hari di luar kuil Jogyesa, ibu pejabat pertubuhan itu di tengah Seoul.

Tekanan memuncak ke atas Seoljeong sejak program televisyen mendedahkan Mei lalu beliau mendakwa graduan Universiti Kebangsaan Seoul, yang dinafikan institusi berkenaan. — AFP

Kategori
BeritaDunia