TERUS BURU DALANG DI SEBALIK TRAGEDI MH17 – DUTA UKRAINE

77 KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Tidak berundur, tidak mengalah!…Itulah pengakuan Duta Besar Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo, dalam usaha untuk terus memburu dalang di sebalik tragedi pesawat...

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Tidak berundur, tidak mengalah!…Itulah pengakuan Duta Besar Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo, dalam usaha untuk terus memburu dalang di sebalik tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, menerusi apa jua saluran perundangan dan diplomatik yang sah.

Beliau berkata, jika perlu, sekatan antarabangsa juga harus dipertimbangkan sebagai pilihan untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan terhadap mangsa dan keluarga mereka.

“Saya percaya pasukan penyiasat mempunyai semua bukti untuk mendakwa semua yang terlibat. Hanya menunggu masa untuk mereka dituduh dan didakwa di mahkamah.

“Walaupun individu yang terlibat tidak dapat diekstradisi kepada pasukan pendakwaan antarabangsa buat masa ini, proses perundangan tetap perlu ada,” katanya kepada Bernama, di sini Rabu.

Memetik kejayaan mendakwa Ratko Mladic dan Radovan Karadzic di atas penglibatan mereka dalam pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, Duta itu berharap semua pihak tidak berputus asa…..

Kategori
BeritaDuniaRencana