16 Pasukan Liga FAM, Liga Amatur Rebut Slot Piala FA

Pusingan pertama Piala FA dijadual berlangsung pada 13 Februari ini,

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Sebanyak 16 pasukan daripada Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Amatur akan bersaing untuk merebut lapan slot ke pusingan kedua Kejohanan Bola Sepak Piala FA 2018.

Pusingan pertama Piala FA dijadual berlangsung pada 13 Februari ini, disusuli pusingan kedua pada 2 dan 3 Mac ini manakala pusingan ketiga dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 Mac ini dengan kesemua perlawanan diadakan mengikut format kalah mati.

Dua belas pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier pula layak secara automatik ke pusingan kedua.

Pada majlis undian di Ibu Pejabat Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) di Petaling Jaya malam ini, juara Liga Bola Sepak Rakyat 2016, Kuching FA dari Sarawak diundi bertemu wakil Terengganu, Real Chukai FC pada pusingan pertama.

Pertemuan lain menyaksikan MOF FC menentang CNA FC manakala Shahzan Muda berdepan Persada Integriti Bersatu FC (PIB FC)

Kategori
Sukan