Soon Huat-Shevon bakar semangat

“Apabila bertanding di kejohanan antarabangsa, semua pasangan beregu akan memberikan yang terbaik kerana ia adalah kejohanan peringkat paling tinggi.

PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berharap dapat melakukan yang terbaik di Terbuka Singapura sebagai pembakar semangat menjelang Kejohanan Dunia di Nanjing, China, bulan depan.

Beregu campuran nombor dua Malaysia itu berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Terry Hee-Putri Sari Dewi Citra 21-16, 22-20 di Terbuka Indonesia, Selasa lalu.

Shevon ketika dihubungi berkata, mereka tidak boleh berasa terlalu selesa biarpun keputusan undian menunjukkan mereka boleh pergi lebih jauh di Kejohanan Dunia nanti.

“Apabila bertanding di kejohanan antarabangsa, semua pasangan beregu akan memberikan yang terbaik kerana ia adalah kejohanan peringkat paling tinggi.

“Jadi Soon Huat dan saya perlu memberikan persembahan terbaik kerana ia membantu kami mempersiapkan diri untuk beraksi di Kejohanan Dunia, tidak lama lagi. Memberikan persembahan terbaik akan meningkatkan keyakinan kami untuk menang,” katanya ketika dihubungi.

Soon Huat-Shevon, yang mendapat bye di pusingan pertama Kejohanan Dunia, bakal menentang pemenang perlawanan antara regu campuran China,  Ren Xiangyu-Tang Jinhua dan wakil Thailand, Parinyawat Thongnuam-Kittipak Dubthuk.

Kategori
BeritaSukan