Sepasang suami isteri, 3 anak maut dalam kes ‘bunuh dan bunuh diri’

102 WASHINGTON, 11 Julai (Bernama) — Sepasang suami isteri bersama tiga anaknya yang berusia bawah tujuh tahun, meninggal dunia dalam satu kes bunuh dan bunuh diri di Delaware, timur...

WASHINGTON, 11 Julai (Bernama) — Sepasang suami isteri bersama tiga anaknya yang berusia bawah tujuh tahun, meninggal dunia dalam satu kes bunuh dan bunuh diri di Delaware, timur laut Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Menurut polis, Matthew Edwards, 42, menembak isterinya, Julie Edwards, 41, dua anak lelakinya masing-masing berumur enam dan tiga tahun, serta anak perempuannya berusia empat tahun, sebelum menembak dirinya.

Kejadian berlaku pada malam Isnin dan mayat semua mangsa ditemui di rumah mereka di Corner Harga, Delaware, lapor agensi berita Xinhua.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai “bunuh dan bunuh diri”.

— BERNAMA…..

Kategori
BeritaDunia