SEORANG LELAKI GUNA PISTOL POLIS TEMBAK BANGUNAN HOSPITAL

45 CANBERRA, 19 Julai (Bernama) — Seorang lelaki pada Khamis didakwa dengan dua pertuduhan cubaan membunuh, selepas merampas senjata polis dan melepaskan tembakan ke arah sebuah hospital di ibu...

CANBERRA, 19 Julai (Bernama) — Seorang lelaki pada Khamis didakwa dengan dua pertuduhan cubaan membunuh, selepas merampas senjata polis dan melepaskan tembakan ke arah sebuah hospital di ibu negara Australia.

Pada petang Rabu, polis bergegas ke Hospital Canberra selepas seorang suspek berusia 26 tahun didakwa menyerang dan merampas pistol pegawai polis sebelum melepaskan satu das tembakan ke arah siling.

Menurut agensi berita Xinhua, senjata yang digunakan lelaki ialah senjata renjat (Senjata berarus elektrik rendah yang digunakan untuk melumpuhkan sementara penjenayah.)

Terdahulu, saksi mengatakan mendengar lelaki berkenaan membuat ancaman sebelum melepaskan tembakan.

Pada Rabu, suspek ditahan di jabatan kecemasan (ED) di bawah kawalan polis selepas didakwa melakukan kesalahan lalu lintas yang serius.

Pemangku Penguasa Polis Wilayah Australia (ACT), Marcus Boorman berkata, pihak polis akan menyiasat bagaimana suspek boleh memiliki senjata api berkenaan…..

Kategori
BeritaDunia