Rusia kecewa Perancis tutup misi perdagangan di Moscow

54 MOSCOW, 18 Julai (Bernama) — Rusia kesal dengan keputusan Perancis untuk menutup misi perdagangannya di Moscow, dan mahu hubungan ekonomi dua hala terus dibangunkan. “Keputusan untuk menutup misi...

MOSCOW, 18 Julai (Bernama) — Rusia kesal dengan keputusan Perancis untuk menutup misi perdagangannya di Moscow, dan mahu hubungan ekonomi dua hala terus dibangunkan.

“Keputusan untuk menutup misi perdagangan adalah hak berdaulat Perancis. Kami cuma kecewa kerana Paris enggan mendengar cadangan yang diberikan,” kata Kementerian Luar Rusia.

Menurut agensi berita Xinhua, Kedutaan Perancis mengumumkan keputusan itu pada 16 Julai di Moscow.

Menurut pihak kedutaan, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Perniagaan Perancis di Rusia semakin teruk, berikutan pendedahan akaun bank dan pemecatan pengarahnya.

Pada Mac lepas, Pierric Bonnard, pengarah Perniagaan Perancis di Rusia, diusir bersama diplomat Perancis yang lain, sebagai membalas tindakan Perancis mengusir diplomat Rusia susulan kes keracunan membabitkan bekas pengintip Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya di Britain…..

Kategori
BeritaDunia