Rokok elektronik punca pergolakan pesawat

53 SHANGHAI: Paras ketinggian Pesawat China Air yang menurun mendadak selepas tahap oksigen berkurangan dalam kabin dikaitkan dengan pembantu juruterbang yang menghisap rokok elektronik ketika penerbangan, lapor media hari...

SHANGHAI: Paras ketinggian Pesawat China Air yang menurun mendadak selepas tahap oksigen berkurangan dalam kabin dikaitkan dengan pembantu juruterbang yang menghisap rokok elektronik ketika penerbangan, lapor media hari ini, memetik kenyataan pengendali penerbangan China.

“Dalam siasatan awal, juruterbang didapati menghisap rokok elektronik,” menurut agensi China News dalam laporan, merujuk sidang akhbar oleh Pentadbiran Penerbangan Sivil China, yang menyiasat kejadian Selasa lalu.

“Asap meresap ke dalam kabin penumpang dan komponen pendingin hawa yang relevan dimatikan secara salah, tanpa memberitahu juruterbang, yang menyebabkan oksigen tidak mencukupi,” tambahnya.

Pesawat Boeing 737 Air China itu dalam penerbangan ke Dalian dari Hong Kong, apabila ketinggiannya menurun mendadak kepada 3,048 meter, yang mendorong topeng oksigen dikeluarkan, sebelum naik semula untuk meneruskan perjalanan ke destinasi. – Reuters

 

Kategori
BeritaDunia