Tidak ada barang kemas dibeli dari tukang emas Lubnan, kata peguam Rosmah

Kata Peguam Rosmah, tuduhan yang disebarkan bahawa barang-barang kemas yang disenaraikan oleh firma terbabit telah dibeli, dan dibeli menggunakan dana yang dicuri, adalah tidak berasas dan tidak benar.
KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan dakwaan yang dibuat oleh sebuah firma tukang emas dari Lubnan, bahawa anak guamnya itu membeli barangan kemas dari syarikat tersebut.

Peguam K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa barangan kemas yang dinyatakan oleh syarikat itu dihantar kepada Rosmah untuk dilihat.

Kata Peguam Rosmah, tuduhan yang disebarkan bahawa barang-barang kemas yang disenaraikan oleh  firma terbabit telah dibeli, dan dibeli menggunakan dana yang dicuri, adalah tidak berasas dan tidak benar.

Untuk itu, syarikat guaman itu akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi kepentingan isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu.

Kategori
BeritaPolitik